Chapter 68

31 3 0
                                    

Keesokan harinya,Yaya membawa anak-anaknya dan Dorothy ke Sky Castle. Mereka semua ada reaksi yang sama,masing-masing rasa macam mereka bermimpi.

Tasya: Banyaknya...emas...

Misha: Semua ni diperbuat dari emas? Tiang ni pun?!

Eryan: Ada beberapa artifak purba tertanam kat dalam ni!

Frisa: *blink*

Dorothy dah mula rasa seronok. Dia menekap wajahnya,memandang emas yang tak terhingga di hadapannya.

Dorothy: Hehehe!! Akhirnya...!!

Yaya: Aip!! Kau tak boleh keluar!

Dorothy: Apa?!

Yaya: Lepas apa yang jadi,aku akan bincangkan perkara ni dengan raja Bruce dan permaisuri July tentang hukuman kau dan ahli Black Order yang lain.

Dorothy duduk bersilang tangan melihat Yaya.

Dorothy: Kau ingat senang-senang je kau nak tangkap kami semua? Heh! Cuba jelah kalau boleh.

Yaya: Kau tak nak bagitahu?

Dorothy: Kau buat je apa yang kau nak. Aku takkan cakap.

Yaya: Kalau macam tu,Aria!!! Mari sini kejap!

Aria muncul melalui dinding di belakang Yaya. Dorothy terkejut melihat Aria yang tiba-tiba muncul dari dalam dinding.

Dorothy: Siapa dia...

Aria: Ya tuan. Ada apa-apa saya boleh bantu?

Yaya: Tolong saya soal jawab dia ni.

Aria: Baiklah.

Dorothy: Apa kau nak buat....?

SKIP TIME

Dorothy: ####......!!!

Dorothy sekarang berada di butik peribadi istana,terpaksa mencuba pakaian yang dipilih secara rawak oleh Yaya.

Yaya: Nah,pakai yang ni jugak.

Yaya mencampak baju yang banyak pada Dorothy. Dia tetapkan peraturan,kalau gaya Dorothy tak menarik dia akan dipaksa makan biskut buatan Yaya.

Dorothy: Hukuman apa ni....!?!?

Dorothy sekarang berpakaian seperti seorang pelajar universiti. Dengan cermin mata dan rambutnya diikat tinggi,memang nampak macam pelajar pertukaran luar negara.

Yaya: Okey,kau lepas. Seterusnya!

Dorothy terpaksa mencuba semua baju yang ada. Sehinggalah....

Yaya: Tak! Tak masuk!!

Dorothy memakai jubah berhud dengan baju putih dan skirt mini.

Yaya: Pemakaian tidak sopan. Masa untuk hukuman.

Dorothy: Kau biar betul?! Aku pakai elok-elok kot!!

Yaya: Untuk pengetahuan kau,skirt tu pendek sangat. Angin tiup je,habis terangkat. Hukuman!!

Sebuah troli berisi biskut Yaya dan segelas air ditolak ke tengah butik. Dorothy memandang biskut coklat di hadapannya.

Dorothy: "Apa yang dia mengarut ni? Biskut je pun."

Dorothy mengambil sekeping biskut dan masukkan dalam mulut. Tak sampai sesaat mukanya memerah dan dia rasa nak pitam.

Dorothy: Aghk...!!

Dorothy jatuh tersungkur selepas makan biskut Yaya. Dia memandang Yaya yang tersenyum sinis ke arahnya.

Dorothy: Kau....gila...

YAYA: RICH WITCHWhere stories live. Discover now