Chapter 12

57 6 2
                                    

Kapal Jacob berlabuh di pelabuhan bandar,dan semua penumpang turun dengan beg masing-masing. Ada yang disambut oleh saudara mara,ada yang terus tinggalkan pelabuhan.

Yaya: Cantiknya tempat ni! Bandar ni memang macam ni ke?

Eryan: Kalau ikutkan,bandar ni dah lama jadi macam ni. Selepas perang besar 3000 tahun lepas.

Tasya: Pengasas bandar ni merupakan Golem King yang juga antara raksaksa rank-SS.

Yaya: "Apahal aku rasa tak sedap hati ni?"

Gop: Dia kalau nak buat golem untuk seseorang,kena ada duit. Kalau takde, takde bisnes.

Fang: Yelah. Soalannya,kita nak cari di mana? Bandar ni tak besar,tapi tak kecik jugak.

Yaya rasakan renungan dari kalangan orang ramai.

Yaya: Korang,apa kata kita cari rumah tumpangan atau hotel untuk berehat? Baru kita mulakan pencarian.

Ying: Boleh je.

Fang: Aku pernah datang untuk lawatan sekolah dulu. Aku tahu kat mana hotel yang terbaik punya.

Yaya: "Rindunya nak dengar catchprase tu." Baiklah,tunjukkan kami!!

Mereka berlalu pergi. Terdapat beberapa mata memandang mereka dari bayang sebelum menghilang.

Yaya dan keluarganya berada di hotel kayu yang agak cantik dengan ukiran bunga dan lukisan padang rumput pada dinding sebagai hiasan dalaman dan siling dengan warna biru menggambarkan langit cukup memenangkan.

Fang berjalan ke arah kaunter dan bertanya pada penjaga kaunter.

Fang: Tiga bilik. Ada bilik kosong lagi?

Nina: Um.......ada tapi di tingkat 6.

Fang: Boleh je. Berapa?

Nina: 15 gangsa semalam. 2 emas untuk seminggu.

Fang: Yaya,kau ada syiling emas tak?

Yaya: Kejap.

Yaya terbalikkan topinya dan Adudu berikan beg kecil berisi emas.

Yaya: Nah.

Yaya membayar 4 keping emas untuk bilik mereka.

Nina: Terima kasih. Eh?

Nina meneliti syiling emas tu. Dia merenungnya lama sebelum...

Nina: Eh!?! Syiling dari 500 tahun yang lepas?! Jarang nak jumpa syiling macam ni!!

Yaya: Sebenarnya....

Nina: Sila tunggu sebentar!!

Nina terus lari ke bilik belakang. Sementara itu,Yaya keluarkan kotak game dan genggam dengan kuat.

Adudu: Ampun Yaya! Jangan hancurkan rumah aku!!

Proboy: Rumah kita!!

Yaya: Kenapa kau bagi syiling lama tu?! Aku usaha taknak buat masalah tahu tak?!

Sejurus selepas itu,pemilik hotel datang berjumpa mereka.

Haley: Cik ni Yaya Twilight bukan?

Yaya: "Ah sudah. Aku dah boleh agak apa akan jadi." Ya saya.

Haley: Biar saya sediakan bilik terbaik kami untuk cik dan keluarga cik.

Yaya: "Aku dah agak!!!"

Mereka di bawa ke bilik di tingkat tertinggi,tingkat 20. Di situ,bilik dibahagikan kepada tiga. Bilik tidur, bilik mandi dan bilik air. Dan juga balkoni yang luas dengan hammock.

YAYA: RICH WITCHWhere stories live. Discover now