Chapter 56

17 4 0
                                    

Hari yang tenang untuk Yaya. Dia sekarang berada di rumah hijau, bermain dengan Steel Bear yang ada sambil mengutip herba yang ditanam.

Yaya: Hah~ Bukan selalu dapat cuti macam ni. Aku kena mengaku,Ying memang betul. Aku kena bercuti untuk beberapa hari.

Yaya mengelus bulu beruang di sebelahnya manja. Kemudian dia melangkah keluar dari rumah hijau dan menuju ke Guild untuk menjual herba yang dikutipnya. Selepas itu dia berjalan ke arah pelabuhan untuk melihat keadaan pelabuhan.

Yaya: Mereka semua sibuk sentiasa dengan kapal yang keluar masuk.

Yaya memandang pekerja di pelabuhan membaiki kapal sana membina bot untuk nelayan. Dia ternampak sebuah kapal yang ada lubang yang besar.

Yaya: Kenapa dengan kapal tu?

Yaya bertanya kepada pekerja yang ada tentang kapal tu. Rupanya kapal tu diserang oleh jerung raksasa dan lubang di kapal boleh menyebabkan kapal terbelah dua.

Yaya: Hm.....nampaknya kapal ni perlukan bahan yang berkualiti untuk dibaiki. Aha!

Yaya buka topi dan keluarkan beberapa batang balak yang besar dan berkualiti.

Yaya: Nah! Saya tak tahu nak buat apa jadi saya berikan pada kamu semua.

Yaya meninggalkan pelabuhan dengan para pekerja ternganga melihat balak di hadapan mereka.

Yaya berjalan di sekitar pantai sambil memandang laut yang cantik dan bersinar.

Yaya: Dah lebih 300 tahun aku tinggal di dunia ni. Agaknya apa yang jadi dengan kawan-kawan aku di dunia asal?

T.Bers: Mereka semua sihat dan elok je. Tapi mereka semua dah tua....

Yaya: Hm. Dah bertahun berlalu mestilah mereka dah-eh!!

Yaya memandang T.Bers yang bersandar pada tiang macam biasa.

Yaya: Tok! Terkejut saya! Mana tok menghilang selama ni?!

T.Bers: Atok ada banyak kerja nak kena buat. Kamu ni dapat cuti mesti pergi berjalan di sekeliling bandar.

Yaya: Mestilah. Inikan bandar kelahiran saya.

T.Bers: Hm.....baguslah.Sebenarnya tok ada seseorang nak kenalkan. Tapi bila dia muncul ada sesuatu yang pelik terjadi.

Yaya: Apa dia?

T.Bers: Masa akan berhenti dan hanya orang tertentu saja yang boleh bergerak. Macam sekarang.

Yaya: Eh?

Yaya memandang sekelilingnya, semuanya berhenti. Pergerakan orang ramai terhenti,burung terapung di udara dengan sayap terbuka dan ais krim budak hampir jatuh.

T.Bers: Itu dia.

Dari celah orang ramai,kelihatan seorang perempuan berambut putih dengan buku di tangannya berjalan ke arah mereka.

Chronomage: Yo.

T.Bers: Yaya,kenalkan ini Chronomage. Penjaga garisan masa.

Chronomage: Aku tahu siapa kau jadi tak perlu kenalkan diri.

Yaya: Penjaga.....garisan masa?!

Chronomage: Yelah. Tak payahlah terkejut sangat.

Yaya: Mana mungkin!! Penjaga garisan masa memang wujud!?

Chronomage: *facepalm* Aduh,parah budak ni.

T.Bers: Biarkan je Chro. Biasalah tu.

Chronomage: Hm. Aku datang nak berikan amaran.

YAYA: RICH WITCHWhere stories live. Discover now