Yaya dan keluarganya dibawa ke kampung elf yang terletak di tengah padang tumbuhan berwarna emas.
Ying: Boleh tahan tempat ni...
Sana: Di sinilah tempat tinggal saya dan mak saya. Kami bersama elf yang lain tinggal di sini dan mengusahakan tumbuhan ni.
Yaya meneliti tumbuhan tu dan dapati...
Yaya: Ini padi!!
Sana: Awak tahu tumbuhan ni? Kami boleh hidangkan sedikit kalau awak nak.
M&T: Nak!!
Eryan: *sniff* Baunya macam wangi...
Gop: Yeay! Makan lagi!
Ying: Boleh juga.
Mereka masuk ke kampung elf. Mereka nampak penduduk kampung menjalani kehidupan seharian yang normal. Ambik air dari telaga,buat kraftangan,bercucuk tanam. Rumah mereka diperbuat dari kayu berwarna merah dan pakaian mereka sama macam Red Indian,cuma mereka tak pakai celoreng kat muka.
Sana: Kampung ni memang macam ni. Cuma.....sejak kabus tu muncul kami dah jarang keluar.
Fang: Normal untuk duduk dalam rumah kalau benda macam ni jadi.
Sana bawa mereka ke rumah paling besar di kampung tu. Dia menjemput mereka masuk dan terlihatlah ketua kampung.
Sana: Kenalkan,ini papa saya.
Andro: Sana,kenapa kamu bawa orang luar masuk kampung kita?
Sana: Sebenarnya....
SKIP TIME
Andro: Oh.....terima kasih ya sebab selamatkan anak pakcik.
Mereka sekarang duduk atas meja kayu panjang untuk 20 orang duduk dengan air teh dihidangkan. Yaya perasan sesuatu tentang hiasan dalaman rumah tu dan alas meja yang digunakan.
Yaya: "Aku taknak cakap tapi...... kenapa hiasan rumah mereka macam orang Melayu!?! Ada tudung saji rotan,kain pelikat mereka guna sebagai selimut dan alas meja ni..... ada corak keris! Tak silap,rasanya aku ada nampak kain pelikat dijahit on the way ke sini...."
Andro: Oh ya. Memandangkan kamu semua dah ada,apa kata kamu semua-
M,T,E,F,G,Y,F: Kami terima.
Andro: Pakcik tak sempat tanya sampai habis lagi. Haha.....
Kemudian,isteri Andro,Asami memanggilnya.
Asami: Abang,mari makan. Kamu semua pun marilah makan.
Mereka ke dapur dan dapati makanan yang dihidangkan agak sama dengan apa yang Yaya pernah masak.
Gop: Wow....
Ada nasi putih,kari ayam,daging masak hitam,sambal belacan,masak lemak cili padi dan reader fikirlah sendiri.
Yaya: "Masakan Melayu! Dan nasi...!!"
Yaya dah terliur memandang hidangan di hadapannya. Dalam hati dia berfikir dia akan buat titik portal untuk selalu ke sini kalau rindukan masakan Melayu.
Selepas makan,mereka diberikan bilik untuk tinggal untuk sementara. Yaya berbaring atas katil sambil memegang perutnya.
Yaya: Kenyangnya~
Ying: Kali pertama aku nampak kau tambah lima pinggan. Sedap sangat ke? Macam sama dengan masakan kau je...
Yaya: Sedap....hehehe...
Misha,Frisa dan Tasya dah baring di sebelahnya kerana kekenyangan. Ying sekadar baring atas katil sambil berguling.
SKIP TIME
YOU ARE READING
YAYA: RICH WITCH
RandomKalini kita tengok kisah Yaya pula bila di dunia lain, dia adalah ahli sihir dengan duit sana sini. Yaya: Aku?! Author: Ya,kau pulak. Yaya: Yelah. Author dapat ilham dari: I've been Killing Slime for 300 Years and become the strongest x Kuma Kuma K...