Yaya duduk di bawah pokok, membelai seekor arnab bersama sekeor beruang di sebelahnya.
Yaya: Hari ni agak mendung. Nak hujan agaknya.
Ying: Hm....baik kau masuk dalam cepat. Aku tak nak basah macam hari tu.
Gop: Macam masa kau jatuh dalam lumpur hari tu?
Ying menendang Gop hingga jatuh bergolek.
Gop: Hei!
Yaya: Dah! Dah! Jom kita masuk!
Yaya mengangkat Ying dan Gop dan terbang masuk melalui tingkap.
Sejak Yaya bawa balik Sky Castle, semua benda yang ada dalam rumah dan rumah agam keluarga Twilight dibawa masuk ke dalam istana. Dan istana tu terletak betul-betul di luar bandar Flowerlily,dekat atas bukit tempat rumah Yaya dulu.
Bukan Yaya je,malah Kasumi,Gaus, Tarung,Hana dan Eric turut serta tinggal di situ. Istana kan besar? Dah tentu ada banyak bilik kosong.
Yaya letak Ying dan Gop ke bawah dan mereka berubah menjadi manusia.
Ying: Sekarang,aku nak pergi kebun. Nak tengok arnab aku tengah buat apa.
Gop: Beruang aku pun ada kat kebun.
Mereka berlari anak menuju ke kebun. Yaya tersenyum melihat mereka berdua. Dia berjalan ke tingkat bawah,ke butik peribadi. Kelihatan Hana sedang mencuba baju yang ada sambil ditemani Eric.
Yaya: Hana,dah tiga hari kau cuba baju yang ada kat sini. Sudahlah...
Hana: Kau bergurau ke?! Baju kat sini semua selesa gila! Rasa macam sutera je...
Eric: *sigh* Dah tentulah. Aku rasa mesti kain ni semua diperbuat dari emas.
Hana: Kau ni! Kalau macam tu,aku tak berani nak pakai dah!
Yaya: Taklah. Kebanyakkannya dijahit dari emas tulen. Ada sesetengahnya digabungkan dengan benang diperbuat dari perak dan kristal yang mudah didapati di dasar laut.
Hana tergamam mendengar penjelasan Yaya. Dia segera menukar baju dan menyimpan baju yang dia pakai tadi.
Hana: Eric!! Cepat tolong aku simpan semua baju ni!!
Eric: Pulak....*facepalm*
Yaya meninggalkan mereka berdua di situ. Dia menuju ke arah bengkel dan nampak seseorang berekor serigala sedang sibuk menyiapkan kerja.
Yaya: Apa kau buat tu Bobby?
Bobby: Aku tengah siapkan golem untuk mereka berdua.
Bobby memandang golem yang ada nama Adudu dan Proboy.
Bobby turut sama tinggal bersama mereka. Sebaik saja dia tahu yang bengkel di Sky Castle berpuluh kali lebih baik dari bengkel dia di Sky City, dia terus pindah tempat.
Yaya: Akhirnya mereka akan ada badan sendiri!
Yaya keluarkan kotak permainan kad dari topinya dan muncul dia ekor hantu.
Adudu: Akhirnya! Badan kita dah siap!
Proboy: Yeay!
Mereka berdua segera masuk dalam golem yang dihasilkan untuk mereka. Golem Adudu membuka mata dan memandang tangannya. Dia menggerakkan tangannya perlahan sebelum berdiri. Dia tersenyum gembira dengan badan barunya.
Adudu: Hahahah! Aku dah ada badan sendiri!
Proboy: Adik pun sama!
Mereka berdua berpelukan. Yaya menahan dirinya dari memeluk mereka berdua sebab comel.
Yaya: Comelnya....!!!
Bobby: Kau buat apa? Bukan ke kau sepatutnya ada dekat perpustakaan sekarang?
Yaya: Nak pergilah ni. Saja jalan-jalan sekitar istana kejap.
Selepas berbual seketika bersama Bobby,Yaya meneruskan perjalanan menuju ke perpustakaan. Sebaik tiba, dia dapati anak-anaknya terlebih dulu mengemas buku-buku yang ada.
Misha: Mama dah sampai! Lama kami tunggu!
Tasya: Kami dah siap di bawah ni. Mama boleh uruskan bahagian atas rak.
Yaya memandang rak buku yang banyak tersusun rapi seperti pagar sesat. Kalau bukan sebab label buku di rak,mesti dah lama ada yang sesat.
Yaya: Baiklah.
Yaya apungkan beberapa buah buku menggunakan kuasa graviti. Dia menyusun buku mengikut warna dan jenisnya. Dia siap bersihkan habuk di setiap ceruk rak.
Frisa: Mak,macam mana dengan keadaan bandar? Dah lama tak pergi tengok.
Yaya: Mama ada pergi dari semasa ke semasa. Untuk sementara ni, semuanya baik je. Takde apa-apa masalah.
Eryan: Apa kata kita ajak yang lain main bunga apa atas bumbung?
Yaya: Boleh jugak. Nanti sediakan bunga api untuk semua. Dan makanan,sebab ada beruang yang selalu lapar.
Mereka ketawa.
SKIP TIME
Malamnya,semua orang berkumpul di bumbung untuk bermain bunga api.
Yaya: Malam ni,kita akan enjoy!
Yaya menyalakan bunga api diikuti yang lain. Mereka bermain bunga api bersama serta bermain meriam buluh. Mulanya mereka takut buluh tak dapat bertahan selepas satu tembakan tapi mereka kemudian jadi seronok selepas meriam buluh tak terbakar walaupun digunakan berkali-kali.
Fang: Ambik ni!
Fang menyalakan meriam buluh dengan nafasnya dan halakan ke atas. Letupan yang terhasil boleh didengari dari bandar Flowerlily.
Fang: Haha! Aku menang! Aku-
Yaya: Sedia Hana?
Hana: Sedia!
Mereka berdua bersama membaling bebola api ke udara,mengalahkan letupan meriam buluh Fang. Dia memandang mereka sambil bercekak pinggang.
Fang: Mana aci! Kau kata main bunga api!!
Hana: Tapi tak bermakna kau tak boleh guna magik Kan?
Fang: Grrrr~!
Yaya: Hehehehe....
Malam kian larut,semua orang masih seronok bermain. Yaya duduk di tepi, memandang wajah yang sentiasa bersamanya sama ada susah atau senang. Dia teringat akan dirinya yang datang dari dunia lain.
Yaya: Apa agaknya dia tengah buat sekarang ya? Diri aku lagi satu?
DI DUNIA LAIN
Yaya: BoBoiBoy! Gigirgirl! Korang berdua hati-hati sikit!
Yaya memerhatikan BoBoiBoy dan Gigirgirl yang menyertai pertandingan Nova Grand Prix di samping peserta lain.
BoBoiBoy: Nak buat macam mana Gigirgirl?!
Gigirgirl: Kita bagi mereka makan asap!
BoBoiBoy: Yeah!
Yaya: *facepalm*
Ying: Sabarlah Yaya. Aku faham.
Gopal: Kenapa mereka boleh masuk perlumbaan ni? Kenapa aku tak boleh?
Fang: Kau lupa ke kau tukar kenderaan kita semua jadi biskut?
Gopal: *sad*
Kembali ke dunia asal. Yaya memandang bintang di langit, teringatkan kawan-kawan dan keluarganya yang masih ada di dunia asalnya.
Yaya: Walaupun aku rindukan mereka,tapi aku ada keluarga sendiri di sini.
Anak-anak Yaya datang dan duduk di kiri dan kanan dan memeluk dia. Mereka semua tertidur dalam pelukan keluarga. Yaya berasa sangat gembira kerana ada keluarga dan kehidupan yang menggembirakan.
Yaya: Terima kasih....untuk segalanya...
YOU ARE READING
YAYA: RICH WITCH
RandomKalini kita tengok kisah Yaya pula bila di dunia lain, dia adalah ahli sihir dengan duit sana sini. Yaya: Aku?! Author: Ya,kau pulak. Yaya: Yelah. Author dapat ilham dari: I've been Killing Slime for 300 Years and become the strongest x Kuma Kuma K...