" Saya redha andai ini takdirnya ... "
Mata Rafanda tidak duduk diam. Matanya melilau ke sekitar shopping mall. Kebosanan melanda dirinya.
Encik Rafiuddin dan Puan Aufa pergi memesan makanan. Sementara Adair dan Adriel pergi ke toilet. Rafanda pula ditugaskan untuk menjaga meja.
Tiba-tiba, mata Rafanda terpandang satu susuk tubuh yang cukup dia kenali. Tak mungkin...?
Hatinya bagai dirobek tatkala melihat orang yang dikenalinya itu bergelak tawa dengan gadis lain.
"Huh, sedar Liya ! Dia tak pandang kau pun. Kita hanya sebatas sahabat. Takkan lebih dan takkan pernah lebih," Rafanda menepuk pipinya beberapa kali.
Rafanda menunduk. Dia rasa bagai mahu meraung sekarang ini. Air matanya cuba ditahan.
"Kak Liya," teguran Adair membuatkan Rafanda tersentak.
Dia memandang kedua adik kembarnya dengan sebuah senyuman. Menunjukkan dia baik-baik sahaja.
"Kak Liya okay ?" soal Adriel prihatin.
"Okay lah, asal tak okay pula ?" Rafanda tergelak kecil.
Adair dan Adriel memandang sesama sendiri. Mereka tahu, itu hanya ketawa yang dibuat-buat.
"Hah nah, makanan dah sampai," ucap Puan Aufa.
Automatik Rafanda tersenyum riang. Terus lupa tentang perkara tadi.
"Malam ni, mummy ajak kita dinner rumah dia," kata Puan Aufa sedikit teruja.
Sudah lama dia tidak berjumpa dengan sahabat baiknya.
Uhukk ! Uhukk !
Encik Rafiuddin cepat-cepat memberi air kepada Rafanda yang sedang menepuk dadanya. Air coca cola diteguk rakus.
"Kamu ni kenapa, Liya ?" soal Encik Rafiuddin pelik.
"Takde apa lah ayah. Ada orang mengumpat Liya kot," Rafanda tersengih.
"Siapa jer nak ngumpat kamu, Liya oi ?" soal Puan Aufa.
"Ada lah, ibu. Diorang mesti jealous sebab Liya lagi gergous and pretty dari diorang," jawab Rafanda riak.
Adair dan Adriel memandang wajah kakanya dengan gaya mahu muntah. Puan Aufa dan Encik Rafiuddin menggelengkan kepala mereka.
🖤🕷️
"Fatimah Rafanda Auliya ! Berapa lama lagi kamu nak belek tudung tu ?" jerit Puan Aufa dari ruang tamu.
Rafanda mencebik. Ibu ni, potong line lah.
"Iye, ibuku sayang. Jangan lah marah Liya, awning ni yang salah. Time, time ni lah dia tak jadi," rengus Rafanda.
Awning tudung bawalnya dibetulkan beberapa kali.
"Sudah, jom kita pergi cepat. Nanti lambat pula," Puan Aufa menarik lengan anak daranya masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mystère / ThrillerBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...