" Saya redha andai ini takdirnya ... "
Maya mengusutkan rambutnya. Kakinya dari tadi mundar-mandir. Kepalanya bagai nak pecah memikirkan soal Riyadh.
Orang-orang dihadapannya dipandang sebelum senyuman sinis terukir di bibir merahnya.
"Padan muka korang. Aku dah kata, jangan dekat dengan si Liya tu," omelnya sendiri.
Maya telah menculik kesemua ahli keluarga Riyadh, tidak termasuk Dayang, Ian serta anak-anak mereka.
Kawan-kawan Riyadh turut diculiknya. Dia menculik semua ahli keluarga dan rakan-rakan Riyadh hanya kerana satu. Mereka telah membuat perjanjian, dan yang diculik itu sahaja yang mengetahui perjanjian mereka.
"Maya... tolong lepaskan kami..." rayu Syatilla perlahan.
Riefqie hanya mampu memandang. Jatuh kesian melihat tunangnya sebegitu.
"Lepaskan ? Kau fikir sesenang tu ? Memang tak lah !" tengking Maya kuat.
"Tolong lah, Maya. Kau nak apa dari kami ?" soal Qistina pula.
Ilham menunduk. Tidak sanggup melihat Qistina lagi.
"Nak apa ? Hey, kau sedar tak tindakan kau dah melampau ?!" jerkah Maya.
PANGG
PANGG
Syatilla dan Qistina terasa pijar di pipinya. Air mata mereka mengalir deras.
"Maya ! Apa masalah kau ni ?" tengking Riefqie.
Maya tersenyum sinis.
"Masalah aku ? Masalah aku, kau lah !" Riefqie disepak pada perutnya.
"Maya ! Sudah-sudah lah tu. Lepaskan kami !" ronta Ilham pula.
"Korang diam boleh tak ? Memekak !" giliran Ilham pula yang disepak.
Maya ke arah meja yang terletak di hujung gudang itu. Sebuah beg besar dibukanya. Bermacam jenis senjata ada.
Sebilah pisau dan sepucuk pistol diambil. Kemudian dia berpaling.
"Aku tak tahu nak guna yang mana. Tapi, aku rasa lebih baik guna pistol, kan ? Mudah kerja aku," Maya menunjukkan kedua barang itu dihadapan mata mereka.
Terbuntang luas mata mereka dibuatnya.
Pistol itu dihala ke hadapan. Picu ditarik.
BANGG !
🤍🕊️
"Betul ke ni, kak ? Akak dah cari dah ?" soal Adiel turut kalut.
"Betul ! Akak dah cari semua tempat dalam rumah ni. Tapi takde ! Ya Allah," Rafanda terduduk di atas lantai.
Adiel segera menghampiri kakaknya. Belakang badan Rafanda diusap perlahan.
"Sabar lah, kak. Kita cari slow-slow. In Syaa Allah, Raydan tak kemana pun," pujuk Adiel.
Rafanda menekup mukanya pada lutut. Dia rasa dia bagaikan emak tak guna.
Baru dia tinggal Raydan di ruang tamu sekejap untuk ambil botol susu di dapur, bila dia pergi ke ruang tamu balik, Raydan dah hilang.
Puas dia cari sekitar rumah, tiada. Bila tengok Adiel, Adiel tengah tidur. Mustahil lah Adiel ambil. Kalau betul pun, mesti Adiel ada dengan Raydan kat ruang tamu.
"Istighfar, kak. Doa supaya kita dipermudahkan urusan, jumpa Raydan," pujuk Adiel lagi.
"R-Raydan tu satu-satunya anak akak. Ma-cam mana akak tak ri-sau ?" balas Rafanda teresak-esak.
"Adiel tahu, kak. Nanti kita cari dia sama-sama," tambah Adiel bagi menenangkan hati kakaknya.
Dia juga turut risau, satu-satunya anak buah kesayangannya sudah hilang. Apa lah nasib budak kecik tu ?
Ting !
Phone Rafanda berbunyi tanda ada message masuk. Dia mencapai phone itu dan melihatnya. Kot-kot pasal Raydan ?
Membulat mata Rafanda memandang notifikasi dari aplikasi Message yang baru dia dapat itu.
"A-Adiel, Raydan, Ray-dan !" phone tadi ditunjukkan ke arah Adiel.
Terkejut juga Adiel semasa membacanya.
"Okay, jom kita pergi ! Baik cepat. Dia ni tak boleh buat main !" ujar Adiel berbaur amaran.
Rafanda mengangguk. Phone disimpan kembali ke dalam poket.
🤍🕊️
Maya tergelak besar. Peluru tadi terkena tepat pada dinding di sebelah Riyadh.
"Kau fikir aku nak bunuh korang macam tu jer ? Heh, memang tak lah," kata Maya angkuh.
Maya pergi ke arah pintu gudang dan bercakap dengan beberapa bodyguard nya. Tidak lama kemudian, dia kembali semula.
"Hey guys ! Tengok kita ada siapa ni ?" kata Maya mendukung seorang bayi.
Bayi itu hanya diam di dalam dukungan Maya.
"Maya, apa kau buat ni ?" soal Qistina.
Dia tahu itu pasti anak Rafanda, Aydan.
"Buat apa ? Setahu aku, ni anak angkat Liya korang tu ? Betul, ke ? Atau... ni anak luar nikah dia dengan Aiman ?" soalan Maya menambah suasana menjadi keruh.
"Maya !" Riyadh bersuara.
Maya tergelak sinis. Tahu pula nak takut.
"Haih, korang ni. Percaya sangat dengan si Liya tu, kan ? Cuba tengok nama dia, Aydan. Mesti bapak dia Aiman, right ?" Maya tergelak besar persis orang mental.
Kemudian dia diam. Dia kembali ke arah meja tadi dan mengambil lilin yang sudah dibakar.
Mereka hanya memerhati. Tak mampu berbuat apa-apa.
Tidak lama kemudian, penuh segenap ruangan gudang dengan bunyi tangisan bayi yang nyaring. Bayi itu meronta supaya dilepaskan.
Sementara Maya tergelak lagi. Rupanya dia mengambil lilin dan cecair lilin yang panas itu dititikkan ke atas tangan serta kaki Raydan.
"Huwaaaaa..." bergema satu gudang dengan suara tangisan.
BANGG !
Suasana sunyi sebentar.
❦︎ 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰...
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Misterio / SuspensoBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...