" Saya redha andai ini takdirnya ... "
"Akak betul okay ni ? Akak pergi rehat lah, Adiel jaga akak," kata Adiel risau.
Wajah kakaknya dipandang. Pucat bukan main.
"Akak okay lah. Hish, Adiel kan nak kena sekolah. Ingat tahun ni SPM tau. Pandai lah akak jaga diri," balas Rafanda menghilangkan kerisauan adiknya yang seorang itu.
Adiel tetap gelabah. Risau lah, kot tiba-tiba pengsan kat Universiti nanti macam mana ?
"Tapi kak-" belum sempat Adiel menghabiskan ayatnya, Rafanda memotong.
"Takde tapi-tapi. Akak pandai lah jaga diri. Adiel tu fokus SPM, akak ni dah besar pandai-pandai lah," tambah Rafanda lagi.
Adiel mengeluh. Kakaknya ini, kalau dikata A, memang A lah. Takde B, C, D, bagai semua tu.
"Yelah, kak. Akak jaga diri baik-baik. Apa-apa call Adiel," pesan Adiel.
Rafanda mengangkat tangannya membuat gaya 'okay'.
Raydan sedari tadi hanya memerhati kedua manusia dihadapannya. Malas nak masuk campur, akhirnya dia main bubur sahaja.
Habis bersepah bubur di atas kerusi khasnya. Nasib tidak sampai ke lantai, kalau tidak, pasti dibebel dengan ibunya.
Sudah lah Rafanda baru sahaja mop lantai. Kang tak memasal dapat bebelan free.
"Raydan, ya allah kenapa buat main makanan tu ?" Rafanda menepuk dahi.
Bertuah punya budak !
"Ya Allah, habis bersepah dengan baju-bajunya. Nasib baik tak mandi lagi. Kalau dah mandi ni, siap Raydan mommy cubit dia nanti," pipi tembam Raydan yang melekat bubur itu dicubit.
Adiel tergelak dengan tingkah anak buahnya. Lelaki kan ? Memang susah dijaga waktu kecil.
"Raydan, Raydan, kalau makan tak pernahnya tak bersepah. Kesian mommy Raydan ni," ucap Adiel menggelengkan kepalanya.
Raydan hanya buat muka tak bersalah. Sengihan ditayangkan.
"Dah lah, jom mandi dulu. Kang lambat pula," Rafanda mendukung Raydan lalu berjalan ke bilik Raydan yang terletak bersebelahan bilik Rafanda di tingkat 1.
Adiel sekadar memerhati. Nasib lah dapat anak buah gitu.
🤍🕊️
"Hati-hati tau, kak. Apa-apa call Adiel," pesan Adiel sebelum keluar dari kereta Mercedes-Benz milik Rafanda.
"Iye, akak tahu. Dah berapa kali Adiel ulang benda yang sama ? Pening akak dengar," kata Rafanda memicit kepalanya.
Adiel tersengih.
"Orang pesan jer. Takut jadi apa-apa ke," kata Adiel.
Tangan Rafanda disalam lalu pipinya dicium.
"Adiel tu jaga diri. Fokus apa yang cikgu ajar, tahun ni SPM. Kalau ada orang buli, sepak jer dia. Dah pergi masuk sana, kang lambat," halau Rafanda.
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mistério / SuspenseBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...