ℂ𝕙𝕒𝕡 20 : Jangan Melampau !

400 21 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

"Hah, dah Maghrib baru reti nak balik. Biar lah suami tu terkontang-kanting sendiri. Ingat bujang lagi kot," perli Adila apabila terperasan kelibat Rafanda masuk ke rumah.

"Ini pun dah nak Maghrib baru balik. Tantah kat KL tu, Subuh baru balik," tambah Afia sengaja memanaskan keadaan.

Rafanda tetap bersabar. Bibirnya diketap dan matanya dipejam.

"Entah berapa banyak lah jantan dia pasang kat luar tu, kan ? Kesian suami kau, kena tanggung dosa kau," celah Alia.

Puas hatinya dapat meluahkan segalanya.

"Ke, kau kahwin dengan Aisy supaya dia dapat jadi pak sanggup kau ? Oh my god," Adila menutup mulutnya.

"Kak Dila !"

Keadaan di ruang tamu tiba-tiba jadi sunyi sepi. Teriakan yang begitu kuat berjaya memanggil seluruh isi rumah untyk ke ruang tamu melihat apa yang jadi.

"Heh, kenapa ni ? Siapa jerit ?" soal Hajah Rana kalut.

"Dila ? Apa jadi ni ?" soal Puan Risa pula.

Masing-masing memandang Rafanda di pintu dan Adila, Afia serta Alia di sofa.

"Liya, masih boleh hormat Kak Dila sebagai kakak. Tapi kalini, Kak Dila dah melampau," kata Rafanda masih menahan geram.

Adila tersenyum sinis.

"Apa ? Mesti betul, kan ?" sengaja dia menambah minyak di api yang marak.

"Tak ! Kak Dila nak hina Liya, Liya tak kisah. Tapi kalau dah melbatkan family, suami Liya, memang Liya kena kisah. Apa yang Kak Dila cakap, semua tak betul ! Kak Dila jangan nak menimbulkan fitnah !" luah Rafanda.

"Apa lagi Dila ? Apa yang kamu tak puas hati dengan Liya lagi ?" soal Encik Ayrian bernada lemah.

Penat bercakap dengan anak-anak daranya. Hanya anak sulungnya yang mendengar kata.

"Sekali lagi Kak Dila melampau, Liya takkan teragak-agak nak ambil tindakan. Kak Dila tentukan sendiri masa depan Kak Dila. Lebih sayang mak ayah, atau lebih sayang pakwe ? Hidup senang atau hidup susah ? Rumah atau... penjara ?" soal Rafanda sinis.

Kakinya diatur ke bilik di tingkat 2. Panas pulak duduk bawah tu lama-lama.

Masing-masing pula sudah terkedu mendengar kata-kata Rafanda sebentar tadi.

Adila sudah cuak. Macam mana perempuan tu boleh tahu ?

"Dila, apa maksud Liya tadi ?"

🖤🕷️

"Hikss... hikss..." esakannya tidak mampu ditahan lagi.

Jika tadi dia berpura-pura kuat kerana keadaan, kini dia sudah lemah. Hatinya terasa begitu sakit bagai digores. Luka dihatinya semakin bertambah.

Apa yang dia tahu, dia mahu lepaskan semuanya. Hanya ada dia seorang disini. Anggaplah dia berada di suatu ruangan hitam, seorang diri.

Menangis sepuasnya, meratapi hati yang kian terluka. Jika dibelah dadanya dan dikeluarkan hatinya, sudah pasti ianya kelihatan begitu banyak luka.

Hatinya tak sempurna. Dan hanya seorang sahaja yang sanggup menerima dan membaiki semula hatinya yang terluka itu.

"Baby..." suara itu berjaya menghentikan lamunannya.

"Baby..." sekali lagi suaranya kedengaran.

Mukanya diangkat lalu air matanya dikesat. Tubuh dihadapanny dipeluk.

Rambut gadis itu dibelai. Belakangnya ditepuk perlahan.

"Shuhh... jangan nangis, baby. Kau nampak buruk bila nangis," gurau Riyadh, sengaja mengembalikan mood ceria isterinya.

Rafanda memukul bahu Riyadh lalu tisu disebelahnya diambil dan hingusnya dihembus.

"Jahat lah awak ni," cebik Rafanda.

Riyadh tersenyum melihat hidung Rafanda merah. Comel, macam anak kucing.

"Apa awak tengok-tengok ? Nak kena ni ?" penumbuk kecilnya ditunjuk.

Riyadh menggeleng dan tergelak kecil. Tangan isterinya diambil lalu dikucup penuh kasih sayang.

"Don't cry, baby. Kau ada aku, jadi kau tak perlu pendam semuanya seorang diri. Aku ada kat sini," ucap Riyadh ikhlas.

Mata mereka bertaut lama.

"Maceh, sayang awak," tubuh suaminya dipeluk.

Riyadh membalas pelukannya kemas.

"Saya harap sangat awak tak berubah hati, sebab saya dah sayangkan awak,"

"Aku pun sayangkan baby aku ni,"

Mereka tersenyum sesama sendiri. Bahagia.

🖤🕷️

Gelas yang berisi minuman merah ditangannya dipandang. Matanya tidak berganjak dari gelas di tangannya itu.

"Plan kita seterusnya, macam mana ?" soal gadis itu.

Jejaka-jejaka dihadapannya menunduk.

"Dah siap, bos. Adiel masih dalam pantauan kami, jadi dia belum pernah jumpa perempuan itu," lapor salah seorang jejaka merangkap orang suruhannya.

Senyuman sinis terukir di bibir merahnya.

"Bagus korang buat kerja," puji gadis itu, bos mereka.

"Jadi, apa plan kita yang lain ? Bos ada nak perlukan kami bantu apa-apa ?" soal jejaka lain pula.

Gadis dihadapannya menggeleng.

"Korang boleh cuti, aku luluskan cuti korang. Kali ni, biar aku buat kerja tu sendiri. Aku nak tengok dia hancur dengan rancangan yang aku buat sendiri," putus si gadis.

"Baik bos, terima kasih," mereka menunduk.

Empat jejaka tadi terus beredar dari situ meninggalkan bilik 'bos' mereka ke arah bilik yang lain.

Giliran empat jejaka itu tersenyum sinis. Rancangan berjaya.

❦︎ 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰...

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now