ℂ𝕙𝕒𝕡 13 : Permohonan Maaf

455 20 2
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Riyadh menghela nafas berat. Otaknya ligat memikirkan cara minta maaf dengan Rafanda.

Takkan nak datang-datang, 'aku minta maaf'. Kan tak sopan tu ?

Lagipun kita kena lah ada adab.

Dan dia sudah tekad, mahu hentikan semua ini. Minta maaf dan selesai. Tidak mahu lah hubungan dingin dan renggang begini.

Sejujurnya, dia sangat rindu pada Rafanda. Gelak tawa gadis itu, wajah polosnya, senyumannya, dia rindu semua itu.

Sekarang, dia hanya mampu melihat aajah Rafanda tika tidur, dan air mata yang setia menemaninya.

Wajahnya sembap serta hidungnya merah setiap pagi. Bila ditanya, alasannya selsema.

Takkan tiap pagi selsema, right ?

Riyadh keluar dari biliknya dan menuju ke bilik isterinya.

Tok Tok

Pintu diketuk perlahan. Tidak lama kemudian, muncul kepala seseorang di sebalik pintu.

Melihatkan itu suaminya, Rafanda membuka pintu biliknya lebih luas.

"Yes, husband ? Can I help you ?" Rafanda tersengih.

Tak pernah-pernah suaminya ketuk pintu bilik. Hmm, sus !

Riyadh tidak menjawab sebaliknya terus masuk dan melabuhkan punggung di katil Rafanda.

Rafanda mencebik. Orang dah kemas katil, sedap jer dia duduk.

"Awak nak apa ? Nak saya masak ? Kejap eh, saya nak sikat rambut," kata Rafanda.

Tiba-tiba pinggangnya ditarik membuatkan Rafanda terduduk di atas riba suaminya. Wajah mereka begitu dekat, sehingga hembusan nafas Riyadh terasa pada kulit Rafanda.

"Erkk, a-awak ?" soal Rafanda kekok.

Riyadh terus menyandarkan kepala isterinya pada bahunya.

Tapi Rafanda lebih bijak. Dia beralih ke leher dan mencium wangian yang dipakai suaminya.

Riyadh mula tak senang duduk.

"Baby, don't..."

"Hmm ? Apa ?"

Sengaja Rafanda bermain tarik tali.

"Don't..." Riyadh menolak wajah Rafanda tetapi Rafanda semakin mendekat.

"Okay fine, kenapa ni ?" soal Rafanda berhenti bermain.

Kesian tengok suaminya yang dah merah muka.

Riyadh menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak mula, eh ?

"Sebenarnya, aku, aku..."

"Aku ?"

"Aku..."

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now