ℂ𝕙𝕒𝕡 4 : Biar Kebenaran ?

510 26 2
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ..."

Rafanda tersenyum sendiri memandang Dayyan, Reyna dan Rayna yang sedang bermain masak-masak. Sementara Rayyan sudah tertidur di ribanya.

"Liya ?" tegur Ian.

"Abang Fir," Rafanda tersenyum.

"Meh lah Rayyan tu, abang nak bawa dia tidur dalam bilik," kata Ian.

Rafanda mengangguk. Dia memberikan Rayyan kepada Ian.

"Sayang-sayang sekalian, dah lewat. Masuk tidur, eh ?" panggil Rafanda lembut.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Lewat, ke ?

Ermm, maybe lewat untuk budak-budak tidur.

"Alah Kak Ya, awal lagi," cebik Rayna.

Rafanda menggeleng.

"Tak boleh sayang. Dah lewat, nanti main lagi," tegur Rafanda lembut.

Dayyan, Reyna dan Rayna menghampiri Rafanda lalu memeluk tubuh Rafanda.

Rafanda menepuk-nepuk Reyna dan Rayna. Dayyan masih mahu berbual dengannya.

"Kak Ya, paklang tu, dia suka Kak Ya," kata Dayyan.

"Eh, manade lah. Hannah ni, memandai eh," balas Rafanda mengelak.

Rafanda tak tahu sama ada Dayyan berbohong atau bercakap benar.

Tapi budak-budak tak pandai menipu, right ?

"Betul Kak Ya. Selalunya, paklang mesti akan ingat Kak Ya. Kadang dia sebut-sebut nama Kak Ya," cerita Dayyan bersungguh-sungguh.

"Eishh, takde apa lah tu. Dia salah sebut tu. Lagipun bukannya akak sorang jer nama macam tu," balas Rafanda.

"Kak Ya suka paklang ?"

Rafanda terdiam. Dia suka, tapi... ?

"Ermm, suka," jawab Rafanda perlahan.

Dayyan tiba-tiba menepuk tangannya.

"Nanti Kak Ya kahwin lah dengan paklang. Boleh Hannah rapat dengan Kak Ya tiap-tiap hari. Hannah suka kalau Kak Ya jadi maklang Hannah," kata Dayyan teruja.

Membulat mata Rafanda memandang Dayyan. Bibirnya diketap.

"Mustahil lah. Paklang Hannah, tak suka Kak Ya. Dia suka orang lain," berat mulut Rafanda untuk mengatakan hal itu, namun dia terpaksa.

"Siapa kata ?"

Rafanda dan Dayyan berpaling. Pandangannya sekali lagi bertaut.

Riyadh yang muncul entah dari mana elok tersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh.

Rafan mengetap bibirnya rapat. Air matanya ditahan.

"Mummy panggil kat dalam," ucap Riyadh sebelum beredar.

Rafanda segera mengelap air matanya. Dayyan disebelah dipandang.

"Hannah masuk tidur dulu, ye ? Kak Ya nak jumpa mummy kejap," kata Rafanda tenang.

Dayyan mengangguk dan berlari masuk ke dalam. Qaiser yang baru mahu keluar untuk memanggil anaknya terhenti apabila terlihat Dayyan dihadapan pintu.

🖤🕷️

"Mummy,"

"Hah Liya, duduk sini sekejap," ajak Puan Sri Raysah.

Rafanda akur dan duduk bersebelahan Puan Sri Raysah.

"Mummy nak cakap benda penting ni," ujar Puan Sri Raysah serius.

Rafanda mengangguk dan menunduk. Seram dengan pandangan Riyadh disebelah Puan Sri Raysah.

PAPP !

"Kamu ni, jangan lah pandang Liya macam tu," tegur Puan Sri Raysah.

Riyadh mengeluh dan mengalihkan pandangannya.

"Jadi Liya, kami semua dah setuju. Termasuk Aisy. Kami tinggal nak minta persetujuan Liya jer," kata Puan Sri Raysah tenang.

Berkerut dahi Rafanda memandang Puan Sri Raysah. Persetujuan ?

Persetujuan apa pula ni ?

And kenapa aku orang last yang tahu ?

Adakah aku orang tak penting ? Atau aku tak dianggap ?

Eh, eh, teremosi plakk ;)

Puan Sri Raysah memandang Puan Aufa dan Encik Rafiuddin. Kemudian dia memandang Tuan Qarizh. Masing-masing menganggukkan kepala.

Puan Sri Raysah mengambil tangan Rafanda dan menggenggamnya erat.

"Kami dah sepakat, nak satukan Aisy dan Liya,"

Rafanda terdiam. Kata-kata yang keluar dari mulut Puan Sri Raysah cuba dicerna.

"Liya, dengar tak ?" bisik Puan Aufa.

Rafanda mengangguk.

Cinta dalam diam, atau cinta bertepuk sebelah tangan ?

Sejujurnya, cinta bertepuk sebelah tangan lagi sakit.

Tapi, takkan nak kecewakan hati mummy ? Rafanda sudah menganggap mummy seperti ibunya sendiri.

"Liya, macam mana ? Kamu perlukan masa ?" soal Puan Sri Raysah.

Rafanda menggeleng. Dia menghampiri Puan Sri Raysah sebelum berbisik sesuatu.

Puan Sri Raysah terkejut.

"Mummy terima apa pun keputusan Liya dengan rela hati. Sikit pun mummy tak terasa, ye sayang," bisik Puan Sri Raysah ketika memeluk Rafanda.

Rafanda tersenyum kelat dan memandang Riyadh.

'Harap ini adalah keputusan yang benar' desis hati Rafanda.

❦︎ 𝓑𝓮𝓇𝓈𝒶𝓂𝒷𝓊𝓃𝓰...

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now