ℂ𝕙𝕒𝕡 6 : Maafkan Saya

520 24 7
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Riyadh menggeliat selepas menutup alarm yang berbunyi tepat jam 05.00 pagi. Aishh, siapa lah kunci jam pagi-pagi ni ?

Dia kemudiannya berpaling. Terlihat satu susuk tubuh yang sedang nyenyak tidur dengan mulutnya sedikit ternganga. dibaluti selimut.

Perlahan-lahan, tangannya naik menyentuh muka mulus milik Rafanda. Dari kening, turun ke mata, hidung, dan bibir yang menjadi tempat favourite Riyadh.

Pipi chubby Rafanda diusap penuh kelembutan. Rambutnya yang terjatuh diselit kembali ke belakang telinga.

"Ermm..." Rafanda mula merengek apabila tidurnya terganggu.

Riyadh tersenyum kecil.

"Wake up, baby," bisik Riyadh perlahan.

Rafanda membuka matanya dan terkebil-kebil memandang Riyadh di sebelah.

"Bangun, baby sayang..." Riyadh mencium pipi Rafanda.

Rafanda mengangguk. Dia menarik selimut membaluti tubuhnya dan cuba duduk.

"Ahh, sakit," rintih Rafanda perlahan.

Mukanya berkerut menahan sakit. Dia cuba untuk bangun.

Namun tidak berjaya apabila kesakitan yang dirasai semakin perit.

"Aduh, sakit,"

"Are you okay, baby ?" soal Riyadh prihatin.

Pantang tengok kesayangannya sakit atau luka.

Rafanda diam tidak berkutik sambil memandang Riyadh. Dari matanya sahaja dapat menggambarkan kesakitannya.

"Okay, sorry baby. Aku ganas sangat, eh ? Sorry, geram lah dengan baby ni," Riyadh mencempung tubuh Rafanda ke arah bilik air.

"S-sakit..." Rafanda teresak-esak.

"Shuhhh... iye, baby. Sakit kejap jer, okay ?" pujuk Riyadh tenang.

Rafanda mengangguk. Esakannya terdengar agak berkurang.

Bathub itu diisi dengan air mandian sebelum Rafanda diletakkan di dalamnya. Riyadh turut masuk ke dalam bathub itu.

🖤🕷️

Rafanda berjalan perlahan keluar dari bilik air. Sakitnya mula hilang sedikit.

"Awak," panggil Rafanda biasa.

"Ye, baby ?" soal Riyadh menilik isterinya dari atas ke bawah.

"Baju ?" soal Rafanda kembali sepatah.

"Tu, sayang. Aku dah suruh orang bawa naik semalam," Riyadh memuncung ke arah sebelah almari.

Rafanda mengangguk. Dia memghampiri bagasinya sebelum mengeluarkan baju untuk dipakai.

"Baby, sakit lagi ke ?" soal Riyadh memeluk Rafanda.

"Sikit lah," Rafanda mengangguk.

"Kau marah kat aku, tak ? Sebab buat baby aku sakit ?" soal Riyadh lagi.

Dagunya sengaja direhatkan di bahu Rafanda. Wangian Rafanda menusuk ke hidungnya.

"Tak, saya tak boleh marah. Itu dah tanggungjawab. Saya sedar saya dah bersuami," ucap Rafanda tenang.

Riyadh tersenyum sebelum mengucup pipi isterinya. Gewam tite, wak !

Selesai Rafanda memakai baju, dia duduk di birai katil. Dia menoleh memandang Riyadh sebelum berpaling semula.

Terbit keluhan dari bibirnya.

"Kenapa ni, baby ?" soal Riyadh ingin tahu.

Rafanda menunduk.

"S-saya..." dirinya tiba-tiba tergagap.

Riyadh menghampiri dan mengusap perlahan bahu isterinya.

"Kenapa ni ? Ada masalah ke, baby ?" soal Riyadh lembut.

Rafanda menggeleng.

"S-saya minta maaf. Saya taktau apa salah saya, tapi saya tetap nak minta maaf. Saya taktau kenapa awak marah saya, tapi saya tetap nak minta maaf. Saya takut awak tak maafkan saya," luah Rafanda sebak.

Riyadh tersentak. Sebab...?

"No, baby. Baby takde salah pun, okay ?" Riyadh mengangkat muka Rafanda.

Mata Rafanda yang berkaca itu ditatap dalam.

"I love you," satu kucupan hangat singgah di dahi Rafanda, lama.

"I love you too," tanpa Rafanda sedar, dia membalasnya.

Riyadh terpana. Segera dia berpaling menghadap isterinya.

"Baby cakap apa tadi ?" soal Riyadh teruja.

"Cakap apa ?" soal Rafanda polos.

"Ala, yang tadi tu," kata Riyadh.

Rafanda sembunyi senyum. Terbit satu idea nakal mahu mengenakan suaminya.

"Too ?" soal Rafanda pura-pura tak tahu.

Riyadh membuat roll eyes.

Rafanda pula menutup mulutnya menahan tawa yang hampir terletus.

"Ohh, main-main, eh ? Sini dia !" Riyadh menangkap tubuh Rafanda lalu pipi digomol kuat.

"Ahh, jangan awak ! Geli ! Ahh, sakit lah !" teriak Rafanda tiba-tiba.

"Hah, sakit ? Sakit kat mana ? Sakit sangat, ke ?" kalut Riyadh.

Rafanda memandang Riyadh yang terkebil-kebil sebelum tawanya sekali lagi terletus.

"Ahhahhahhah, tipu jer !"

"Ermm, nak kena lagi, kan ? Meh sini, biasa dia tu ! Amboi !" Riyadh sambung menggomol pipi isterinya.

Rafanda sedaya upaya menolak namun apakan daya, tenaga tidak begitu kuat.

"Nak cakap tak ?" soal Riyadh lagi.

"Ermm... I..." ayat Rafanda sengaja digantungkan.

"Hmm ?" Riyadh mengangkat sebelah keningnya.

Rafanda memegang hujung selimut.

"I... tak nak cakap ! Bluekk !" terus selimut tadi ditarik menutupi tubuhnya.

"Nakalnya baby ni kan ?" Riyadh turut masuk ke dalam selimut dan sambung menggomol Rafanda.

Rafanda hanya pasrah.

❦︎𝓑𝓮𝓇𝓈𝒶𝓂𝒷𝓊𝓃𝓰...

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now