" Saya redha andai ini takdirnya ... "
"Congrats Sya, Qis. Akhirnya, nikah juga member aku ni !" ucap Rafanda teruja.
"Thank you, Liya. Mesti lah kitorang nikah. Takkan kau jer nak berumah tangga ?" ucap Syatilla terselit perlian.
"Haah. Macam dia jer boleh jadi mak," sokong Qistina.
Tiga sahabat itu tergelak. Walau sindiran sepedas mana pun, takkan terasa. Sebab dah biasa dari kecil.
"Eh, malam ni korang kahwin, kan ? Mesti korang cantik, kan ? Wah, tak sabar nak tengok," Rafanda mempamerkan riak teruja.
Syatilla dan Qistina mengangguk.
"Eh, aku keluar dulu, nak jumpa shuben I. Bubye !" pamit Rafanda.
"Bye ! Malam nanti datang tau !" kata mereka berdua serentak.
Rafanda mengangguk dan mengangkat tangan membuat gaya 'okay'👌🏻.
Rafanda berjalan keluar dari bilik mereka. Kaki diatur ke bilik hadapan which is bilik dia sekeluarga.
Riefqie dan Ilham tempah hotel supaya dekat dengan dewan bersanding dan masjid untuk akad nikah tadi.
Kelibat si suami di cari. Setahunya, tadi ada kat ruang tamu jer. Ni dah hilang pula.
Pelik dia dibuatnya kerana baju-baju Riyadh dan Raydan berada di atas katil. Mandi, ke ?
Pintu bilik air diketuk, tiada balasan. Bila dibuka, tidak berkunci. Bilik air kosong.
Tidak lama selepas itu, telinga Rafanda menangkap bunyi orang sedang bergelak tawa ditambah bunyi percikan air. Laju kakinya melangkah ke bahagian belakang bilik.
Rafanda hanya tersenyum dan menggeleng. Melihat telatah suami dan anaknya, buatkan dia terharu. Comelnya diorang !
"Bibiy, buat apa tu ?" soal Rafanda sengaja walaupun sudah tahu.
Kakinya melangkah menghampiri mereka.
Serentak dua beranak itu memusing memandang kelibat yang menyapanya tadi. Tersengih mereka berdua dibuatnya.
"My..." panggil Raydan.
Tangannya terkapai-kapai ke arah Rafanda.
"Raydan nak ajak mommy mandi sekali, ke ?" soal Rafanda.
Raydan menarik tangan daddy nya yang sedang mendukung dia di dalam kolam tersebut ke arah mommy nya di hujung kolam.
"My..." tangannya menepuk-nepuk air hingga terpercik ke arah Rafanda.
"Hey, jangan sayang. Basah mommy nanti," larang Rafanda.
Bulat mata Raydan memandang daddy nya di sebelah.
"Baby, tak nak mandi sekali ke ?" soal Riyadh pula.
"Saya belum tukar baju lagi. Kalau saya pakai baju ni, habis basah nanti," Rafanda menunjukkan baju kurungnya.
Dah kenapa nak mandi kolam pakai baju kurung ?
"Okay, pergi lah tukar. Bibiy dengan Raydan tunggu sini. Raydan tunggu mommy, kay ?" wajah mulus anaknya dipandang.
Kepala Raydan terangguk-angguk mengiyakan.
"Jap, tunggu eh," kelibat Rafanda hilang di sebalik pintu.
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mystery / ThrillerBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...