👽 𝕊ℂ 7 - Culik 👽

537 24 5
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

"Sya ! Qis !" Rafanda melambai teruja ke arah dua sahabatnya.

Namun hampa, Syatilla dan Qistina seperti tidak dapat melihatnya. Dia mengeluh perlahan.

Kepala diangkat memandang dada langit yang terang.

"Mungkin betul, aku dah tak penting. Apa guna aku hidup lagi, kalau aku dah takde guna ?" Rafanda tergelak sendiri.

Langkahnya diatur ke arah luar rumah. Rumput menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

Rumput yang tidak bersalah itu dicabut dan dibaling ke tempat lain. Mulutnya mengomel serta memuncung.

"Hmphhh !"

Rafanda cuba berteriak apabila mulut dan hidungnya tiba-tiba ditekup dari belakang. Dia meronta cuba melepaskan diri, namun tak berjaya.

Bauan yang menusuk hidungnya membuatkan dia semakin pening. Pandangannya kabur sebelum gelap sepenuhnya.

Melihatkan wanita dihadapannya sudah pengsan, lelaki itu tersenyum sinis. Kepala wanita itu terlentok di pahanya.

"Akhirnya sayang, aku dapat kau. Aku janji, akan jaga kau baik-baik, ye ? Duduk dengan aku, selamanya please ? Aku janji akan jaga kau dan anak kita," muka wanita itu diusap lembut.

Dia mencempung tubuh wanita itu dan dibawa masuk ke keretanya.

🤎🐻

"Ibu dengan mummy nak balik dah, ke ?" soal Qistina memandang dua ibu tua itu.

"Iye, dah lewat ni. Kami nak balik. Kamu berdua tu, rehat baik-baik," jawab Puan Sri Raysah terselit pesanan.

Kedua-dua mereka mengangguk. Kepala disandarkan ke bahu suami masing-masing.

"Ibu, nampak Liya tak ?" soal Riyadh yang baru tiba dengan cuak.

"Liya ? Takde pula ibu nampak dia," jelas Puan Aufa.

"Liya datang ?" soal Syatilla dan Qistina serentak.

Riyadh mengangguk lemah. Raydan didukungannya dipandang.

"Korang tak tahu, ke ?" soal Encik Rafiuddin pula.

Serentak keduanya menggeleng.

"Kami terlupa nak bagitau Liya, jadi cuma sampaikan pada ibu jer. Aduh," Syatilla menepuk kepalanya sendiri.

Pasti sekarang Rafanda berkecil hati dengannya !

"Aisy dah cuba call Liya ?" soal Tuan Qarizh.

"Dah, daddy. Tapi phone dia mati lah. Aduh, mana Liya ni ?" Riyadh mula risau.

Sudah lah lewat petang sekarang, kelibat Rafanda tidak kelihatan.

"Allahu, mana pula si Liya pergi ?" mengucap panjang mereka dibuatnya.

Masing-masing sudah mula cuak. Hari semakin gelap.

"Kita cari dulu sekitar rumah ni. Ataupun cuba track phone Liya. Mana tahu dari situ kita boleh dapat location dia ?" cadang Tuan Qarizh.

Riyadh mengangguk menyetujui.

Aktiviti mencari Rafanda pun dimulai.

🤎🐻

"Sayang ? Sayang, kau dah sedar ?" soal lelaki berbaju hitam itu.

Rafanda membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya sakit dan terasa pening.

Terkejut bukan kepalang dia sebaik matanya terbuka dan dihidang dengan seorang lelaki tersenyum merenungnya.

"A-awak siapa ? Saya kat mana ni ?" Rafanda mulai tidak keruan.

"Hey sayang, ni abang lah. Fatin tak ingat abang ?" lelaki itu memujuk Rafanda.

Berkerut dahi Rafanda mendengar statement yang dikatakan lelaki tadi. Abang ? Aku ada abang, ke ?

"Abang ?" soal Rafanda pelik.

"Iye. Ini abang, suami sayang. Fatin dah tak ingat abang, ke ?" soalnya sayu.

Membulat mata Rafanda memandang lelaki di hadapannya.

"Suami ? Eh, awak bukan suami saya ! Suami saya orang lain. Saya rasa awak silap orang ni," Rafanda tersandar pada kepala katil.

"Sampai hati Fatin lupa abang. Fatin dah tak sayang abang, ke ?" lelaki tadi memeluk erat Rafanda.

Rafanda tidak dapat melepaskan pelukan lelaki itu oleh kerana pelukannya terlalu erat.

"A-awak, sa-ya rasa awak silap orang ni," ujar Rafanda perlahan.

"Tak ! Abang tak silap ! Fatin memang isteri abang ! Tolong lah sayang, jangan tinggalkan abang lagi..." suaranya yang tadi meninggi mula mengendur.

Rafanda buntu. Dia masih tidak faham dengan situasi sekarang ini.

Pelukan lelaki itu dibiarkan. Lelaki ini... misteri.

👽 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰... ( 𝕊ℂ )

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now