ℂ𝕙𝕒𝕡 29 : Tangkap Khalwat

711 23 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

"Macam mana, kak ? Okay ?" soal Adiel, jelas riak risau terpapar diwajahnya.

Rafanda menarik dan menghembus nafas perlahan.

"Okay. Tak sangka akak nak ada madu," balas Rafanda sebak.

"Eh, apa akak cakap macam tu ? Kita takkan benarkan, Akak Maya kahwin dengan Abang Aisy. Cukup lah dah tunang ni," halang Adiel.

Rafanda mengangguk. Air matanya diseka lembut.

"Jom lah balik, lama-lama kat sini geram jer Adiel tengok Kak Maya tu. Ni budak ni lagi, tak nak tidur," Adiel beralih pada Raydan di tangannya.

Bulat mata Raydan memandang mummy dan uncle nya. Bayi itu tadi elok sahaja duduk di baby seat namun tiba-tiba dia menangis kuat. Terus Adiel keluar dan ambilnya lalu diselawatkan.

"Lah, Raydan kenapa tak tidur lagi ni ?" bayi itu bertukar tangan.

"Uwel... eye... eee..." mulutnya mengomel, entah apa yang diomelkan pun tak tahu.

Adiel mencubit pipi tembam anak buahnya sebelum memandu pulang ke rumah. Geram dengan pipi montel tu !

"Shuhh... tidur lah. Mommy ada ni, sayang," paha bayi itu ditepuk.

Raydan hanya memandang ibunya. Matanya masih bulat, tidak terkelip-kelip.

Pagi tadi bangun awal pulak budak kecil ni. Dia yang tolong kejutkan Uncle Adiel dia. Sekarang tak mahu tidur pula. Tak ngantuk, ke ?

"Budak ni kan, suruh Uncle Adiel gomol dia lah. Biar padan muka," ugut Rafanda.

Bibir Raydan mula tersebik-sebik ingin menangis. Kedua tangan kecilnya dibawa menutup muka.

Rafanda dan Adiel tergelak melihat reaksi Raydan. Comel jer budak kecil ni !

"Tahu takut dia. Tak nak tidur lagi," kata Adiel bersama sisa tawanya.

Rafanda menepuk beberapa kali paha Raydan. Tangan kecil itu mahu diturunkan namun dia berdegil dan tetap menutup mukanya.

Tangannya mula menolak-nolak Rafanda, ingin jauh dari ibunya. Nak majok ni !

"Alololo... ada budak tu majok ngan kita, ke ?" usik Rafanda.

Semakin kuat tolakan Raydan pada Rafanda. Hampir sahaja budak kecil itu terjatuh, namun cepat-cepat Rafanda peluk erat.

"Eee, tak macho lah lelaki majok ni. Tak hensem tau," sakat Adiel pula.

Raydan masih berusaha menahan tangisannya dari pecah. Mommy dengan uncle suka usik itew !

Wajah Adiel dipandang dengan kerutan di dahi.

Ermm, Raydan sejak lahir dahi dia berkerut macam tu. Entah lah kenapa :v

"Amboi, amboi, dahi tu kalau boleh berlapis lagi. Tu lah kak, masa mengandung si Raydan ni stress sangat. Tu yang anak pun dah berkerut-kerut," kata Adiel selamba.

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now