" Saya redha andai ini takdirnya ... "
Tok Tok
"Awak, awak dah makan ?" soal Rafanda lembut.
Tiada sebarang jawapan. Hanya diam.
"Kalau awak tak makan lagi, jom lah makan dulu. Nanti perut awak masuk angin," Rafanda masih mencuba nasib.
Dia mendekatkan telinganya ke pintu, berharap ada jawapan.
Rafanda mengeluh perlahan. Takpe lah, orang tak sudi.
"Ermm, okay lah. Kalau awak lapar, saya ada masak tu. Nanti awak panaskan jer kalau nak makan. Saya balik bilik dulu tau. Apa-apa panggil jer. Assalamualaikum," pesan Rafanda sebelum beredar.
Langkah kakinya diatur ke dalam bilik. Pintu bilik dipulas sebelum dia masuk ke dalam.
Punggung dilabuhkan di birai katil. Bibirnya melepaskan keluhan berat.
Sekeliling bilik dipandang. Tiada apa yang menarik.
Sudah hampir 2 minggu dia dan Riyadh berlainan bilik semenjak kejadian itu. Sepanjang itu juga lah Rafanda cuba mengambil hati Riyadh kembali.
Masak, basuh kain, kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, kemas bilik, semua dia cuba buat. Tapi malangnya, takde satu pun yang Riyadh pandang.
Tak pernah lagi mereka makan bersama. Bahkan Riyadh sampai tidak mahu lagi makan masakan Rafanda. Dia sanggup suruh bibik yang masakkan, padahal makanan terhidang depan mata.
Tapi Rafanda bersyukur, kerana Riyadh masih mahu pergi dan pulang sekolah dengannya. Kalau tak, tak tahu macam mana nak balik.
Dia akan tetap usaha supaya dia dapat memenangi hati Riyadh kembali. Tidak mungkin Riyadh akan berpaling.
Dia tahu, Riyadh sudah lama menaruh hati padanya. Namun dia saja buat-buat tak tahu.
Nak tengok, sejauh mana effort dia.
Akhirnya kantuk menguasai dirinya. Rafanda baring dan menarik selimut membaluti tubuhnya.
Tidur malamnya hanya ditemani air mata kecewa.
🖤🕷️
Riyadh berdecit. Rambutnya diraup kasar.
"Sh*t ! Apa aku dah buat ?"
Matanya memandang rakaman CCTV itu lama. Terbit rasa kesian pada si isteri.
"Aisy, itu isteri kau lah ! Kau patutnya ada dengan dia ! Bukannya duduk kat sini dan tengok kesedihan dia !"
"Tapi dia tak pernah fikir kesedihan aku, bila tengok dia dengan orang lain. Hati aku sakit juga,"
Otak dan hati berperang. Rasa kesian dan serba salah, tapi dalam masa yang sama rasa benci turut ada.
Kesian dan serba salah membiarkan isterinya hidup terkontang-kanting begitu.
Rasa benci apabila peristiwa lalu bermain difikiran.
Akhirnya Riyadh kalah dengan hatinya. Rasa kesian dan serba salahnya semakin menebal.
Sampai bila nak macam ni ? Dah hampir 2 minggu ?
Benar lah Fatimah Rafanda Auliya adalah bidadari yang tepat untuknya. Sekejap sahaja dia boleh meruntuhkan tembok ego si suami.
Riyadh yang ego tinggi, selalu kalah apabila bersama kesayangannya.
Riyadh bangun dari duduknya dan keluar dari bilik. Dia melangkah ke arah bilik Rafanda yang terletak di hadapan biliknya sahaja.
Klekk
Riyadh menghembus nafas lega. Nasib baik dia tak kunci pintu.
Kakinya terjengket-jengket akibat tidak mahu membuat sebarang bunyi dan akan menganggu Rafanda tidur.
Dia duduk di hujung katil sebelah Rafanda. Wajah mulus isterinya ditatap seketika. Tangannya naik membelai rambut Rafanda.
"Jujur aku rindu kau. Rindu kau sangat-sangat. Tapi hati aku sakit, bila ingat apa yang kau buat dekat aku," Riyadh mengucup ubun-ubun isterinya lama.
Air matanya sedaya upaya ditahan.
"Maaf, maaf sebab aku ego. Kau tak patut dilayan begini. Sepatutnya kau berada di samping aku, setiap masa. Aku patut layan kau sebagai isteri aku. Maafkan aku, aku terlalu ego.
Tapi kau, dah berjaya buat aku kalah dengan ego. Kalau dengan kau, aku tak boleh nak marah lama-lama. Aku memang rindu kau. Aku rindu kau. DN aku sayang kau, baby," Riyadh tersenyum sendiri.
Dahi isterinya dikucup menyalurkan kasih sayang. Riyadh berdiri di tepi katil.
"Goodnight, baby. I love you," selimut ditarik sebelum pipi isterinya dicium lembut.
Riyadh menarik pintu sehingga ianya tertutup rapat. Dia melangkah ke arah tangga menuju ke bawah.
Tadi Rafanda kata, dia ada masak kan ?
Heheh, sebenarnya dia makan jer apa yang Rafanda masak. Cumanya cover lah. Kalau depan Rafanda, acah suruh bibik masak.
Ceh, malu-malu tapi mahu !
Hmm, ego tinggi, kan ?
Mata yang tadinya pejam dibuka semula. Pandangannya terhala pada pintu bilik.
"Goodnight too, my lovely husband. I love you more..."
❦︎ 𝓑𝓮𝓇𝓈𝒶𝓂𝒷𝓊𝓃𝓰...
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mystère / ThrillerBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...