ℂ𝕙𝕒𝕡 23 : Hancur Hidupku

555 20 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

"Aku akan jalankan plan aku hari ni. Memang dah lama aku tertunggu-tunggu," omel gadis itu perlahan.

Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Bos nak buat apa pula kali ni ?" soal salah seorang bodyguard nya yang kebetulan terdengar suara 'bos' mereka.

"Adalah plan aku. Yang penting, aku yakin plan kali ni akan berjalan lancar," ucapnya riak.

Dia yakin kerana dia tahu, jejaka itu akan kalah di tangannya. Jejaka itu memang meletakkan 100% kepercayaan padanya dari dulu lagi.

Jadi dia begitu yakin yang rancangan pasti berjaya.

Setakat lelaki macam 'ex-boyfriend' dia tu, heh senang jer lah. Petik jari jer tau.

"Panggil budak empat ekor tu. Ada kerja sikit aku nak bagi," arahnya pada bodyguard tadi.

"Baik, bos,"

Segera bodyguard itu memanggil empat orang yang disuruh bosnya. Tidak lama kemudian, muncul kelibat empat jejaka dihadapan gadis itu.

"Aku nak bagi korang kerja sikit. Tapi kalau kerja ni berjalan lancar, aku up gaji korang 5 kali ganda. Amacam ?" ujar si gadis cuba 'memancing' pekerjanya.

Empat jejaka tadi berpandangan.

"Boleh lah, bos. Siapa jer tak nak duit," jawab salah seorang dari mereka.

Senyuman sinis makin mekar di bibirnya.

"Good, kerja dia senang jer. Aku akan bagi arahan, dan hari ni juga korang kena buat. Settle kerja, aku bayar," kata gadis itu lagi.

Empat jejaka itu mengangguk faham.

"Jadi, kerja korang cuma perlu..."

🖤🕷️

Ting !

Bunyi message di phone itu berjaya mrnghentikan lamunannya. Phone itu kemudiannya dicapai.

Ada beberapa notification dari nombor yang tidak dikenalinya.

+019-*** ****
( online )

Hye ni Riyadh, right ?
And Rafanda tu isteri you ?
I saw Rafanda with other boy dekat hotel '×' tadi
And I nampak dia pergi bilik 1024

Dahi Riyadh berkerut pelik.

Tadi, Rafanda ada minta izin nak keluar dengan ibu mertuanya, Puan Aufa. Kenapa tiba-tiba ada kat hotel ?

Dan nombor siapa ni ? Macam mana dia tahu Rafanda isterinya ?

Siapa ni ?
Sorry I takde masa nak main-main ye

Nombor Puan Aufa dicari lalu ditekan.

Beberapa saat kemudian, panggilan diangkat.

"Assalamualaikum, ibu. Ibu ada kat mana tu ?" sapa Riyadh terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam, ibu ada dekat rumah ni. Kenapa call ni ?" jawab Puan Aufa dicorong telefon.

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now