" Saya redha andai ini takdirnya ... "
"Liya, kamu tak nak mandi ke ?" soal Puan Aufa, pelik melihat anak sulungnya hanya termenung.
Rafanda cuba tersenyum sambil mengunyah makanan.
"Tak nak lah, ibu. Liya lapar," kata Rafanda cuba menutup kesedihannya.
"Liya ada masalah, ye ? Cerita lah dengan ibu," kata Puan Aufa faham dengan wajah Rafanda.
Ibu mana jer nak tengok anak dia sedih ?
"Takde lah, Liya okay jer, ibu. Mana ada masalah apa-apa," Rafanda tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya.
Puan Aufa mengeluh perlahan. Dia tahu senyuman itu, dan dia faham.
"Kalau Liya ada masalah, cerita lah dengan ibu. Ibu ada kat sini, dengan Liya," nasihat Puan Aufa.
Rafanda terus memeluk ibunya. Sayang ibu !
Puan Aufa membalas pelukan anaknya. Kepala Rafanda yang berbalut tudung diusap.
Kepala Rafanda dilentokkan ke bahu Puan Aufa.
Mereka memerhati sahaja ahli keluarga yang sibuk mandi-manda di sungai.
🤎🐻
"Assalamualaikum, eh ibu," tegur seorang perempuan dari belakang.
Puan Aufa berpaling melihat gerangan yang menyapanya.
"Waalaikumussalam, Nadia. Kata belajar kat Jepun ?Bila kamu balik sini ?" soal Puan Rafanda terkejut.
Setahunya anak jiran sebelah ini telah menyambung pelajaran di Jepun. Mengapa ada di sini ?
"Nad baru jer habis belajar dari sana. Ni balik sebab cuti sem. Tu yang balik jenguk opah kat sini," terang Nadia penuh sopan.
"La, ye ke ? Ni, ingat lagi tak Liya ? Liya, Nadia ni," soal Puan Aufa.
Rafanda memandang Nadia sekilas bersama senyuman nipis.
"Ingat jer, ibu," balas Rafanda perlahan.
Nadia hanya tersenyum janggal.
"Nadia, mari lah join kami. Nadia takde buat apa, kan ? Lagipun best lah kalau makin ramai," ajak Paun Aufa.
"Boleh juga, ibu. Nadia takde aktiviti apa pun hari ni. Opah pergi kenduri dengan paklong tadi. Jadi, Nadia pun seorang, tak tahu nak buat apa. Sengaja jalan-jalan kat sini, terjumpa ibu pula," Nadia bercerita panjang lebar.
Puan Aufa tergelak diikuti Nadia. Kemudian dia menjemput Nadia duduk di sebelahnya.
Tidak menunggu lama, Rafanda terus bangun dari duduknya dan pergi tempat lain.
Puan Aufa langsung tidak menghiraukannya akibat terlalu leka bersembang dengan Nadia.
Yelah, anak orang tu belajar luar negara. Kita ni ? Harap kat sini jer lah *sighs*
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Misterio / SuspensoBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...