" Saya redha andai ini takdirnya ... "
Kring Kring
Loceng yang berbunyi jelas menunjukkan waktu rehat telah tiba. Kebanyakan pelajar mula berpusu-pusu keluar dari kelas menuju ke cafe.
Rafanda mengemas beg serta bukunya. Buku untuk pelajaran selepas rehat diletakkan rapi di atas meja berserta pencil case.
"Liya, sini !" panggil Syatilla dari luar kelas.
Rafanda bergerak ke arah rakan-rakannya.
"Hah, apa ?" soal Rafanda biasa.
"Hari ni kitorang tak boleh rehat dengan kau. Kau okay, kan ?" soal Syatilla serba salah.
Qistina di sebelahnya mengangguk.
"Aku okay jer," balas Rafanda tenang.
Serentak Syatilla dan Qistina memandang Riyadh meminta pertolongan.
"Serius kau okay ?" sampuk Riyadh dari arah belakang.
Rafanda berpaling dan mengangguk.
"Aku okay lah,"
Riyadh mengangguk.
"Sorry tau wei, kitorang ada kerja. Sebab tu tak boleh rehat dengan kau," kata Syatilla bersungguh-sungguh.
"Haah, nanti aku belanja kau," tambah Qistina.
Rafanda tergelak kecil dan menggeleng.
"Eh, aku okay jer lah. Dah, pergi sana. Aku nak pergi rehat ni, lapar," kata Rafanda tidak mahu memanjangkan scene di luar kelas itu.
"Okay, sorry again !"
"No worries !"
Melihat sahaja kelibat rakan-rakannya sudah beransur pergi, Rafanda mengukir senyuman kelat. Takpe lah, dah biasa :)
Rafanda berjalan ke arah cafe. Pada hari pertama persekolahan, memang penuh lah cafe. Puas dia mencari tempat untuk duduk makan.
"Rafanda !"
Rafanda berpaling apabila namanya di seru. Aishh, siapa yang main panggil-panggil nama anak orang ni ?
"Hah ?" Rafanda menghampiri sebuah meja yang diduduki oleh sekumpulan lelaki.
"Kau buat apa ?" soal salah seorang pelajar lekaki di situ, Hadwan.
"Aku tengah berdiri sambil mencari tempat untuk makan. Choi ! Formal noh," Rafanda tergelak sendiri.
"Kau duduk jer lah sini. Lagipun tempat dah penuh," ajak lelaki dihadapan Hadwan, Elhasiq.
Rafanda menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Takpe, ke ? Aku tak kacau ?" soal Rafanda serba salah.
"Tak, pun. Kan ?" soal Daim.
Yang lain mengangguk mengiyakan.
"Okay then. But so sorry kalau susahkan korang," pinta Rafanda lagi.
Hadwan, Elhasiq, Daim, Farran, Zareed, Zubair dan Caren menggeleng.
Rafanda duduk selang satu kerusi antara Elhasiw dan Farran. Mereka mula makan dan berbual antara satu sama lain.
🖤🕷️
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mystère / ThrillerBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...