ℂ𝕙𝕒𝕡 30 : Adik Kembar

718 24 7
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Raydan di lantai beralas karpet itu diambil dan didukung lalu belakangnya ditepuk beberapa kali serta diulit dengan selawat.

Keluarga Rafanda dan keluarga Riyadh hanya memandang. Tidak berniat hendak masuk campur.

Awalnya hanya memanggil keluarga Rafanda serta Riyadh sahaja. Tetapi kebetulan Riyadh keluar bersama Maya, habis heboh lah.

Semua dijemputnya. Family, adik-beradik ipar, kawan-kawan. Eh kenapa tak jemput satu kampung kau, jer ?

"Baik, kita boleh mulakan," ujar seorang lelaki berjubah putih.

Masing-masing mengangguk.

"Untuk kes ini, encik dan puan perlu dikahwinkan. Kalau tidak, perlu bayar denda sejumlah RM 5000," putus lelaki itu.

Encik Rafiuddin dan Puan Aufa terkejut. Mereka saling berpandangan. Mana nak dapat duit sebnyak itu ?

"Eh Liya, kau nak ke kahwin ngan adik aku ?" soal Maya gedik.

Senyuman sinis terukir di bibir Rafanda.

"Huh ? Kalau nak suruh aku bayar pun, aku sanggup. Tapi, bukan ke perkahwinan antara adik-beradik tu haram ?" sindir Rafanda selamba.

Masing-masing sudah blur. Dia cakap apa tu, Raju ?

"Maksud puan ?" soal lelaki tua itu meminta kepastian.

"Maksud saya, boleh ke kakak dan adik berkahwin ?" soalnya sekali lagi.

Dahi tua itu berkerut. Kakak ? Adik ?

"Apa maksud kau ni, Liya ?" soal Maya pelik.

Rafanda tersenyum sinis. Plan pertama, almost done.

"Maksud aku ? Kau nak tahu maksud aku ? Baik, aku tunjukkan," ujarnya biasa.

"Adiel, sini sayang," panggil Rafanda manja.

Adiel mengangguk sambil menunduk. Jujur dia takut sangat sekarang ni. Dia rasa betul-betul nak nangis.

"Heh, belum apa-apa dah ber'sayang-sayang'," perli Maya pedas.

Rafanda menghiraukan. Dia menghampiri Adiel lalu bahu lelaki itu dipegang.

"Kuat, okay ? Tak lama lagi kita akan kembali ke pangkuan keluarga," pujuknya.

Adiel mengangguk perlahan.

"Adiel ? Kau buat apa kat sini ? Bukan aku kata jangan keluar rumah, ke ?" soal Maya menahan geram.

Rafanda tersenyum penuh makna. Nampaknya Maya mula membuka aibnya sendiri.

Rafanda berpaling lagi. Raydan ditepuk supaya bayi itu tidak terjaga.

"Kau kenapa, Maya ? Tak perlu lah kasar-kasar," halang Rafanda.

"Adiel..." panggil Rafanda meleret.

Sebaik sahaja Adiel mengangkat kepalanya, masing-masing terkaku kecuali Maya.

Nak kaku macam mana, selama ni Adiel tinggal dengan Maya.

Lagi-lagi Encik Rafiuddin, Puan Aufa, Adair dan Adriel. Terkejut besar mereka dibuatnya.

"Untuk pengetahuan encik, Maheer Adiel, ADIK KANDUNG saya," kata Rafanda sambil menekankan perkataan 'adik kandung'.

Maya tersenyum sinis.

"Kau nak tutup salah kau, mengaku si Adiel tu adik kau. Apa bukti kau ?" soal Maya tidak berpuas hati.

Kini giliran Rafanda tersenyum sinis. Bukti ?

"Heh, kau tengok muka Adiel, Adair dengan Adriel. Sama ? Dan kau minta bukti ? Aku dah ada bukti yang kukuh untuk semua tu," satu fail berisi surat-surat diletakkan di atas meja.

Maya merengus geram. Tak mungkin !

"Untuk pengetahuan kau, Maheer Adiel bukan adik kandung kau. Adiel cuma sekadar anak angkat sahaja. Arwah adik kau meninggal sebab masalah jantung lepas dilahirkan. Arwah mak kau meninggal masa dilahirkan.

Masa tu, ibu aku lahirkan tiga anak kembar lelaki. Tapi aku pelik, bila masuk ada dua jer. Jadi aku selidik.

Rupanya, arwah ayah kau yang ambil bayi terakhir tu. Demi menggembirakan hati kau atas kematian arwah ibu kau, arwah ayah kau sanggup ambil bayi orang lain. Dan bayi tu, ada kembar lain. Memang takde budak lain ke nak ambil ?!" suaranya naik seoktaf dihujung ayat.

Air matanya bertakung, tunggu masa untuk mengalir.

"Kau, memang kan ? Apa salah dia sampai kena pisahkan mereka ?" soalnya sebak.

Adiel menggosok lengan kakaknya lembut bagi memujuk wanita itu.

Maya terdiam. Otaknya cuba memproses apa yang terjadi.

"15 tahun, 15 tahun Adiel hidup terseksa dengan kau. 15 tahun tau ! Bukan sekejap 15 tahun ! Kau memang tak berhati perut, kan ?" soalnya lagi.

Kalini air matanya tidak dapat ditahan lagi, lalu mengalir sederas mungkin.

"Kau sebagai kakak, takkan kau tak faham perasaan aku ? Tapi yelah, kau pun entah sedar ke tak kau ada adik walaupun adik angkat. Kalau kau kat tempat aku, mesti kau tahu apa perasaan aku.

Aku penat lah. Kau ingat senang ke jadi seorang kakak sulung ? Sedangkan anak sulung lelaki pun penat, ini kan pula perempuan, makhluk yang lemah. Kalau kau masih berhati perut, patutnya kau jaga dia. Kadang aku sendiri tak kuat, macam mana nak kuatkan adik-adik aku ?

Kau fikir kau jer ada hati dan perasaan, hah ? Habis aku ni, patung ? Eh, aku penat lah dengan semua ni. Dengan kau, dengan masalah aku lagi. Aku fikir aku nak hadap kau 24 jam ? Tidak sama sekali ye. Kau fikir lah sendiri, kau pun dah besar. Bukannya kecil lagi," luah Rafanda ditemani air mata yang setia mengalir di pipinya.

Rafanda terus berlalu pergi. Hatinya sedikit lapang apabila sudah terluah apa yang terbuku dihatinya selama ini.

"Hiskk... hiskk... aku penat, Ya Allah. Tolong lah hamba-Mu ini..."

❦︎ 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰...

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now