ℂ𝕙𝕒𝕡 5 : Masya Allah , Ukhti

542 25 6
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

"Aku terima nikahnya Fatimah Rafanda Auliya binti Rafiuddin, dengan mas kahwinnya RM800 dan senaskah Al-Quran dibayar tunai,"

"Sah ?"

"Sah,"

"Sah,"

"Alhamdulillah. Bismillah..."

Kesemua tetamu mulai menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi.

"Aaminn, ya rabbal alamin. Baik, pengantin boleh lakukan solat sunat dan selepas itu acara pembatalan air sembahyang," kata tok kadi.

Riyadh berdiri dan melangkah ke bilik di sebelah ruang tamu untuk menunaikan solat sunat.

Lebih kurang 10 minit kemudian, Riyadh sudah berada di sebelah Rafanda tanpa dia sedar.

"Liya," Puan Aufa menepuk lengan anak daranya apabila perasan Rafanda hanya diam.

Rafanda tersentak. Dia mengangkat mukanya dan pandangan mereka bertaut.

Riyadh menghampiri Rafanda. Puan Aufa pula meminta diri bagi memberi waktu kepada kedua pasangan sejoli itu.

"Assalamualaikum, baby..."

Pipi Rafanda merona merah. Dirinya kini bagai cacing kepanasan. Malu !

Cincin yang berada pada Riyadh disarungkan pada jari manis Rafanda. Begitu juga Rafanda, dia menyalami tangan Riyadh selepas disarung cincin.

Sebaik sahaja Rafanda mengangkat mukanya, dahinya terasa hangat. Riyadh mengucup lama dahinya. Sementara Rafanda memejamkan matanya menikmati kucupan lembut sang suami.

Kecekak 📸

Kamera berbunyi dimana-mana, mengambil gambar saat-saat manis mereka.

🖤🕷️

"Liya, malam ni kamu terus balik dengan Aisy, ye ?" tegur Puan Sri Raysah tika di ruang tamu.

"Hah ? Takpe, ke ? Tapi kan, kami baru 14 ?" soal Rafanda polos.

Puan Sri Raysah tergelak kecil.

"Takpe. Pandai lah Aisy urus diri," kata Puan Sri Raysah.

Rafanda sekadar mengangguk.

"Mummy, kitorang nak gerak ni," celah Riyadh yang baru tiba.

"Hah, nak balik dah ?" soal Puan Sri Raysah.

Riyadh mengangguk perlahan.

Rafanda yang sedang duduk sekadar memerhati. Dia memandang Riyadh yang mengenakan hoodie hitam. Terlihat begitu tampan sekali ye, adik-adik !

"Liya, dah pergi balik. Apa tenung Aisy macam tu. Balik dulu, kang kamu nak tenung sampai tembus pun takpe," tegur Puan Aufa.

Rafanda melarikan pandangannya. Macam mana ibu boleh perasan ni ?

Riyadh tergelak kecil. Comel jer dia bila kalut, geram !

"Mummy, daddy, ibu, ayah, kitorang gerak dulu," pamit Riyadh.

Riyadh dan Rafanda menyalami tangan Tuan Qarizh, Puan Sri Raysah, Encik Rafiuddin dan Puan Aufa.

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now