" Saya redha andai ini takdirnya ... "
"Ibu Ca nenan Mama Qis nak apat baby ? Maksudnya... Ayan akan adi abang ?" soal Raydan teruja.
Sudah lama dia mahukan adik. Baby comel, boleh cubit pipi tembam dia !
"Iye, sayang," jawab Rafanda menggosok kepala anaknya.
Kelihatan Raydan begitu teruja dengan berita itu. Terlompat-lompat dia di atas sofa.
"Ayan, turun sini duduk diam-diam. Jatuh nanti," amaran diberikan Rafanda.
Raydan menurut. Dia turun dari sofa dan duduk di sebelah mommy nya.
"Mommy, kayau mommy ada baby, tu un adik Ayan ugak te ?" soal Raydan polos.
Rafanda mengangguk mengiyakan pertanyaan anaknya.
"Betul. Tapi beza dia, kalau mommy yang ada baby, Ayan abang kandung baby mommy. Jadi, Ayan kena jaga baby mommy baik-baik. Kalau baby Ibu Sya dengan Mama Qis, Ayan boleh sentuh dia waktu kecil jer. Dah besar, tak boleh sentuh dah," ajar Rafanda.
"Enapa puyak ?" soal Raydan lagi.
Rafanda mendukung Raydan dan diletakkan di atas ribanya.
"Sebab, baby Ibu Sya dengan Mama Qis, Ayan boleh kahwin dengan dia. Kalau dengan baby mommy, tak boleh. Sebab Ayan dengan baby mommy lahir dari mommy yang sama," jelas Rafanda.
"Kahwin ? Acam mommy nan daddy ? Dulu mommy tak centuh daddy ?" soalnya polos.
Rafanda tergelak kecil dan menggeleng.
"Sebelum kahwin, mommy tak boleh sentuh daddy. Daddy pun tak boleh sentuh mommy," jelas Rafanda.
Terangguk-angguk kepala budak kecil itu. Kemudian wajah ibunya dipandang sekilas sebelum tv dihadapannya dipandang.
"Ocey ya mommy, Ayan nak engok atun. Oyeh ak mommy toyong ?" pinta Raydan sopan.
Rafanda mengangguk dan menggosok lembut rambut Raydan. Kecil-kecil dah pandai berbudi bahasa.
"Nah. Tengok elok-elok tau. Jangan dekat sangat dengan tv. Mommy nak masak ni," pesan Rafanda sebelum ke dapur.
"Baik, maceh mommy. Cayang mommy !"
"Sayang Ayan juga,"
🤎🐻
Rafanda duduk termenung di balkoni biliknya. Bermacam perkara bermain di fikirannya sekarang.
"Baby, kenapa duduk kat luar ni ? Dah malam," suara Riyadh menyapa gegendang telinganya.
Rafanda terkejut. Nasib baik tak tertendang suami sendiri.
"Haishh, bibiy ni. Terkejut lah," Rafanda menampar lengan suaminya.
Riyadh tergelak kecil. Dagunya direhatkan di bahu si isteri.
"Apa yang merunsingkan baby ni, ha ? Apa yang bermain dengan fikiran baby tu ? Tell me," pujuk Riyadh.
Rafanda mengeluh perlahan.
"Takde apa pun," bohongnya.
"Tipu. Hah, tipu dosa. Lagi-lagi tipu suami, tak baik tau," pancing Riyadh.
Rafanda menggeleng kepalanya.
"Nanti saya bagitau, tapi bukan sekarang. Please ?" mukanya sengaja dicomelkan.
Mak dengan anak sama jer, selalu tunjuk muka comel kalau nak merayu dengan Riyadh.
"Okay fine. But janji bagitau, eh ?" soal Riyadh.
Laju kepalanya mengangguk mengiyakan.
"Janji !" Rafanda tersengih.
"Come, masuk dalam. Dah lewat, then it's time to sleep," Riyadh memaut pinggang Rafanda masuk ke dalam.
Pintu balkoni ditutup lalu langsir ditarik menutupi tingkap balkoni.
Sebaik sahaja Riyadh membaringkan diri, laju sahaja Rafanda mendekati. Kepalanya sengaja diletakkan di atas dada bidang Riyadh.
Riyadh tergelak kecil. Ada-ada jer perangai isteri dia.
🤎🐻
"Family Day nanti, kita balik kampung kan ? Kan ? Kan ? Kan ?" soal Rafanda teruja.
Baru sahaja dia dikabarkan bahawa keluarga Riyadh dan keluarganya akan melakukan Family Day bersama di Kelantan.
"Iye, baby. Kenapa excited sangat ni ? Ada lelaki handsome ke kat kampung tu ?" usik Riyadh.
"Haah," selamba sahaja Rafanda mengangguk.
Riyadh terdiam. Niatnya hendak mengusik, tapi sendiri terasa. Selalunya marah, tapi kali ni terasa pula.
Melihatkan suaminya terdiam, Rafanda tersenyum kecil seraya menggeleng. Tubuh suaminya dihampiri lalu dipeluk.
"Mana ade lah. Lelaki handsome kan dah ada depan saya ni ? Cuma, saya teruja nak balik sebab dah lama tak jumpa atuk," balas Rafanda tersenyum nipis.
Riyadh masih diam. Dia terasa, tahu tak ?
"Bibiy, dah lah tu. Jom kita keluar, nak ? Saya nak belanja ni. Jom lah. Tak payah fikirkan sangat pasal tadi," pujuk Rafanda.
Kemudian dia mengeluh perlahan apabila tidak mendapat respon lagi.
"Bibiy, maaf lah. Saya saja jer, saya takde niat pun nak tengok lelaki lain. Maaf lah, saya gurau jer. Tolong lah maafkan saya, saya tak nak jadi isteri derhaka. Awak, tolong lah..." rayu Rafanda teresak-esak.
Riyadh bertukar kalut seketika. Siapa yang merajuk ? Siapa yang pujuk ?
"Shuhh... dah, dah, don't cry baby. Bibiy saja jer nak test baby, tengok baby masih care pasal bibiy ke tak," pujuk Riyadh.
Allahu, tetiba cengeng pula diri ini.
"Maaf, saya emosi pula. Saya cuma takut awak marah dan tak maafkan saya," Rafanda pantas menyeka air matanya.
Riyadh memeluk isterinya erat. Kepala isterinya dielus lembut.
Haih lah bini, awat emosi sangat ni ?
Ke, jangan-jangan... ?
Hah, fikir apa tu ?
😔 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰... ( 𝕊ℂ )
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mistero / ThrillerBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...