ℂ𝕙𝕒𝕡 26 : Patut ke ?

469 23 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

"Raydan, alololo comelnya dia..." pipi Raydan terus digomol sebaik sahaja Rafanda tiba dengan Raydan.

"Adiel, dah-dah lah tu. Merah dah muka dia, ha," kata Rafanda mengingatkan.

Risau bayi itu lemas kerana kurang udara.

"Hehe, sorry Kak Liya. Siapa suruh anak buah Adiel ni comel sangat," kini pipi Raydan pula dicium.

"Tengok lah mummy dia siapa, heh," balas Rafanda sedikit riak.

Adiel mencebik. Dah masuk bakul angkat sendiri lah pulak.

"Heh, tengok dulu lah uncle dia siapa," ujar Adiel mencubit pipi tembam bayi itu.

Adiel kalau dah jumpa Raydan, memang habis budak tu dikerjakannya. Dicium, digomol, dicubit. Tak pernah aman hidup si Raydan kalau ada Adiel.

Tiba-tiba bayi itu menangis. Makin lama makin kuat dan nyaring hingga menarik perhatian beberapa pelanggan disitu.

Adiel menepuk bayi itu beberapa kali sebelum diberikan pada Rafanda. Dia mencebik kecil.

"Shuhh... tu lah Adiel, tengok dia dah nangis dah. Shuhh... sayang anak mummy ni," badan bayi itu ditepuk perlahan.

Botol susu di dalam beg khas Raydan diambil lalu diberikan padanya.

"Bukan salah Adiel, salah Raydan. Siapa suruh dia nangis," kata Adiel yakin dnegan riak wajah tidak bersalah.

Rafanda menepuk dahi. Adiel yang 'terlebih pintar' itu dipandang.

"Dah kalau engko gomol dia, cium dia, cubit dia macam tu, mana tak menangisnya. Sian member sesak nafas," Rafanda mencebik.

Adiel tersengih geli hati. Gembira selalu apabila berada di sisi Rafanda.

"Akak Liya, akak tak nak jumpa suami akak balik ?" soalan Adiel berjaya membuatkan riak wajah Rafanda berubah.

Rafanda berdehem beberapa kali.

"Kalau ikutkan, nak jer. Tapi, dia dah buang akak. Tak guna akak kembali balik dalam hidup dia," kata Rafanda lirih.

Adiel mengusap lembut tangan Rafanda.

"Adiel yakin, Abang Aisy tu sayang lagi kat akak. Kalau tak, kenapa dia tak ceraikan akak ? Selama ni pun takde surat cerai datang ? Kalau dia betul-betul buang akak, dia terus ceraikan akak. Tapi ni tak. Maksudnya dia masih sayang akak," panjang lebar Adiel menasihati Rafanda.

Rafanda mengangguk perlahan. Dia juga ada fikirkan tentang itu.

"T-tapi, akak takut lah. Akak tahu sekarang dia dengan Maya. Diorang nak bertunang dah pun. Akak tak sanggup berkongsi suami macam ni. Kalau dah takde pilihan lain, cerai jer lah," tutur Rafanda penat.

Dia selalu terlihat kuat di mata orang, namun siapa tahu yang hatinya sudah benar-benar penat dengan semua ini.

"Hey, akak tak boleh kata macam tu. Kita dah tahukan yang Akak Maya tu siapa sebenarnya. So kita tinggal bagitahu semua, dan akak boleh kembali ke pangkuan Abang Aisy," ujar Adiel lagi.

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now