ℂ𝕙𝕒𝕡 22 : Sebenarnya...

401 22 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Segala pakaian miliknya dan suaminya dilipat dan disusun kemas dalam beg. Baju-baju yang baru sahaja selesai dijemur itu turut diangkat dan dilipat.

Tubuh yang sedang membelakanginya dipandang sayu. Air matanya bertakung, tunggu masa sahaja mahu mengalir.

Dengan cepat air matanya dilap menggunakan tangan. Segala baju, seluar, kain disusun kemas.

Selesai sahaja kerjanya itu, beg diangkat lalu dibawa keluar. Tubuh yang masih terbaring itu dijeling sekilas sebelum keluar.

"Liya ? Nak balik dah, ke ?" soal Puan Sri Raysah.

Rafanda tersenyum kelat.

"Haah, mummy. Beg semua dah siap kemas. Cuma Aisy lah, dia tengah tidur lagi tu. Sayang pulak nak kejutkan, penat sangat agaknya," jawab Rafanda.

Puan Sri Raysah memandang menantunya itu. Baik budi pekerti serta sopan orangnya.

"Takpe, kamu kejut jer dia tu. Nanti sampai KL suruh dia rehat," putus Puan Sri Raysah.

Rafanda mengangguk. Langkahnya kembali dituju ke bilik.

"A-awak..." badan Riyadh ditepuk beberapa kali.

Tiada respon. Penat sangat kot ?

"Awak, bangun lah. Nak balik sekarang, ke ? Kalau awak nak sambung rehat pun takpe," kejut Rafanda lagi.

Matanya tercelik dan terkelip-kelip beberapa kali.

"Awak nak balik sekarang, ke ? Kalau awak penat, rehat lah dulu," ujar Rafanda lembut.

Riyadh yang baru bangun berasa selesa. Bangun-bangun terus disapa dengan suara lembut dan merdu.

"Balik sekarang lah," jawap Riyadh.

"Betul ni awak okay ?" soal Rafanda lagi.

Anggukan diterima sebagai jawapan.

Rafanda tersenyum manis.

"Kalau awak dah kata macam tu, baik lah. Awak pergi lah basuh muka. Beg saya dah letak dalam kereta. Kalau awak lapar, makan lah dulu. Saya keluar dulu, ye," pamit Rafanda.

Riyadh sekali lagi mengangguk.

Hilang sahaja kelibat Rafanda dari bilik, nafas lega dihela.

"Macam mana aku nak marahkan kau, kalau kau selalu nak buat aku tak tentu arah ? Haishh, aku betul-betul dah jatuh cinta dengan kau, Liya !" Riyadh berkata sendirian dengan suara perlahan.

🖤🕷️

Beg yang sudah dikeluarkan itu diletakkan di sebelah almari di dalam bilik. Zip beg dibuka lalu baju-baju mula dikeluarkan dan disusun.

"Awak, awak pergi lah mandi dulu. Lepastu awak rehat sementara saya nak masak," kata Rafanda.

Riyadh terus mencapai tuala yang dihulur oleh isterinya dan memboloskan diri ke dalam bilik air.

Sehelai baju dan seluar diletakkan di atas katil untuk kegunaan Riyadh. Usai mengemas, Rafanda turun ke bawah untuk memasak.

"Harini nak masak special lah," gumamnya sendiri.

Bahan-bahan basah mula dikeluarkan dari peti sejuk. Bawang merah, bawang putih, cili dan seangkatan dengannya turut diambil di dalam almari.

One hour later...

"Siap ! Wah, sedapnya bau !" kata Rafanda teruja.

Terkejut dia apabila tiba-tiba sepasang tangan melingkar di pinggangnya.

"Opocot mak kau terbang !" latah Rafanda.

Riyadh dibelakangnya tergelak kecil.

"A-awak, terkejut saya..." dadanya diurut perlahan.

Pergerakan Rafanda agak terbatas kerana Riyadh yang masih memeluknya itu.

"Awak, lepas lah. Saya nak sediakan makanan ni, awak pergi lah duduk dulu," arah Rafanda lembut.

Riyadh menghiraukan arahan isterinya. Pelukannya snegaja diketatkan.

"Awak, please... ? Nanti lambat makan, masuk angin nanti perut tu. Tepi lah dulu," rayu Rafanda lagi.

Cup !

"Tepi, eh ? Saya nak sediakan makanan dulu," Rafanda tersengih.

Terkejut Riyadh dibuatnya apabila tiba-tiba mendapat satu kucupan di pipinya.

"Nakal, eh ?" Riyadh bersuara.

"Nakal dengan awak jer. Dah, tepi," halau Rafanda.

Riyadh pasrah. Dia pergi ke meja makan lalu melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi di situ. Matanya memerhati sahaja ke mana isterinya pergi.

Ambil pinggan, letak lauk, bawa ke meja makan. Setiap gerak-geri diperhati.

"Okay, jom makan !" jeritan Rafanda berjaya mematikan lamunan Riyadh.

Selesai mereka berdua menjamu makan, pinggan dibasuh oleh Rafanda sementara Riyadh duduk di ruang tamu.

Tangan yang basah itu dilap pada kain yang tersedia di sinki dapur. Langkahnya kembali dituju ke ruang tamu.

"Awak..." panggil Rafanda meleret.

Riyadh terus memalingkan kepalanya. Kening sebelahnya diangkat.

"S-saya nak jujur ni," kata Rafanda takut-takut.

"Apa, baby ?" soal Riyadh lembut.

"Malam sebelum awak balik tu, saya ada jumpa someone," Rafanda memulakan ceritanya.

Riyadh terdiam. Peristiwa malam tadi kembali bermain di fikirannya.

"Jadi ?" suaranya dingin tanda cemburu.

"Memang lah saya jumpa lelaki. Tapi tu budak. Dia sebaya dengan Ir dan El. Sumpah kitorang waktu terserempak jer," cerita Rafanda bersungguh.

"Macam mana korang boleh kenal ?" soal Riyadh lagi.

Yelah, nak kata kawan adik-adik iparnya, macam tak logik pula.

"Masa saya keluar pergi pantai tu, dia tiba-tiba datang tegur saya. Tapi, nama dia..." tiba-tiba kepalanya menunduk.

"Nama dia kenapa, baby ?" bahu isterinya dipaut.

"Nama dia Adiel, Maheer Adiel. Nak dekat dengan Adriel, kan ?" riak wajahnya ceria.

Sebenarnya dia sedang cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang lain.

"Yeah, hampir sama,"

Tapi kalau orang lain nampak, mesti terkejut. Bukan setakat nama, tapi... muka dia pun sama macam Adair dan Adriel.

Pelanduk dua serupa ?

Atau... ada yang cuba disembunyikan ?

❦︎ 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰...

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now