" Saya redha andai ini takdirnya ... "
"Good morning everything ! Have a nice day ! May Allah ease everything !"
Encik Rafiuddin memandang anak sulungnya di tangga. Puan Aufa mengurut dadanya kerana terkejut.
Manakala Adair dan Adriel masing-masing tersedak air dan menepuk-nepuk dadanya.
"Astagfirullahalazim, Fatimah Rafanda Auliya ! Apa kamu ni ? Pagi-pagi buta ni terjerit-jerit. Tak malu ke jiran dengar ?" bebel Puan Aufa.
Rafanda memekakkan telinganya dan berjalan ke arah meja makan.
"Ibu ni, jangan lah bebel pagi-pagi ni. Nanti rezeki tak masuk," Rafanda memberi alasan.
"Amboi, rezeki tak masuk lah apa lah. Habih kamu tu duk terjerit-jerit macam orang utan tu takpe pula ?" Puan Aufa bercekak pinggang.
Pening dengan anak sulungnya itu.
"Apa ibu ni. Orang cantik-cantik macam ni, dikatanya orang utan," cebik Rafanda.
"Memang pun," serentak kembar disebelahnya menyampuk.
Rafanda memandang adik-adiknya dengan pandangan maut.
"Ishh, orang cantik lah ! Kan ayah, kan ? Liya cantik kan, ayah ?" soal Rafanda pada ayahnya.
Encik Rafiuddin mengusap kepala anaknya perlahan.
"Iye, anak perempuan ayah ni cantik sangat," kata Encik Rafiuddin lembut.
Rafanda tersenyum mengejek kepada adiknya. Ibunya pula hanya membiarkan. Malas layan.
"Dah, cepat siap. Nanti karang lambat pula berangkat sekolah. Ni, bekal kamu," Puan Aufa menyerahkan tiga bekas berisi makanan kepada anak-anaknya.
"Terima kasih, ibu !"
🖤🕷️
"Belajar rajin-rajin, ye sayang ?" Encik Rafiuddin mengucup pipi anaknya.
"Okay, ayah. In Syaa Allah. Bye, ayah. Sayang ayah ! Assalamualaikum," Rafanda menyalami dan mengucup tangan Encik Rafiuddin.
"Sayang Liya, juga. Waalaikumussalam,"
Lihat sahaja kereta Encik Rafiuddin hilang dari pandangan, Rafanda berjalan masuk ke sekolahnya.
Matanya melilau mencari kelibat sahabat yang dicintai dan disayangi sepenuh hatinya.
"LIYA !"
Rafanda hampir melatah akibat terkejut ketika namanya dipanggil begitu kuat. Bergegar juga sekolah ni.
Kelihatan 2 orang pelajar perempuan menghampiri Rafanda.
PAKK
Serentak kedua gadis dihadapan Rafanda mengaduh kesakitan. Berbisa woi tangan dia !
"Kau pahal pukul kitorang ?" soal Syatilla dan Qistina geram.
"Korang kenapa jerit nama aku kuat-kuat ? Malu tau tak ? Nasib sayang jer. Kalau tak dah lama kena hempuk dengan aku," kata Rafanda sambil mengetap giginya.
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mystère / ThrillerBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...