ℂ𝕙𝕒𝕡 34 : Keputusan

734 29 9
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

"Assalamualaikum !" laung Puan Sri Raysah.

Kelihatan pintu dibuka oleh seorang lelaki. Yang cukup dikenali.

"Waalaikumussalam," jawab Adiel perlahan.

"Adiel, Kak Liya ada tak ? Please, abang nak jumpa Kak Liya," rayu Riyadh bersungguh-sungguh.

Adiel menatap wajah Riyadh. Terbit perasaan kasihan padanya.

"Akak Liya..." ayatnya tergantung.

"Kak Liya apa ? Adiel, tolong lah. Abang datang bukan nak gaduh, tapi nak bincang dengan dia. Adiel, please ? Tolong benarkan abang jumpa Kak Liya," pinta Riyadh lagi.

Puan Sri Raysah di sebelah mengusap belakang anak lelakinya. Jarang ye seketul Riyadh lemah macam ni.

Teragak-agak Adiel hendak memberi jawapan. Namun perlahan-lahan dia mengangguk.

"Baik, Adiel benarkan abang jumpa Kak Liya. Tapi kalau abang apa-apakan Kak Liya, Adiel takkan bagi abang jumpa Kak Liya lagi," ugut Adiel.

Riyadh mengangguk laju. Dia takkan siakan peluang ini.

"Abang masuk lah dulu," jemputnya membuka pagar rumah.

🤍🕊️

"Akak, pergi lah berbincang dengan dia baik-baik. Dia masih suami akak yang sah. Akak jangan buat tindakan melulu macam ni. Pergi lah, kak," pujuk Adiel.

Rafanda terdiam sesaat.

"Akak, Abang Aisy tu sanggup turunkan ego dia, demi akak. Tadi pun dia merayu nak jumpa akak. Adiel kesian tengok dia. Akak pergi lah, kak," Adiel memegang tangan kakaknya.

Rafanda berfikir sejenak. Ada betul juga apa kata Adiel itu.

"Baik, akak bincang dengan dia. Apa pun keputusannya, akak terima dengan redha," putus Rafanda.

Adiel tersenyum lega. Tangan kakaknya ditarik lalu pintu dibuka. Tubuh kakaknya ditolak.

"Goodluck, kakak ku tersayang !"

BAMM

Rafanda terkejut. Dia halau aku ?

Eyy, dasar taguna punya adik.

Langkah kakinya diatur ke ruang tamu. Kelihatan dua kelibat yang teramat dikenalinya.

"Liya..." tegur Puan Sri Raysah apabila terlihat kelibat menantunya.

"Liya ! Liya tolong jangan minta cerai ! Tolong lah ! Aku merayu sangat..." Riyadh terus melutut dihadapan Rafanda sambil menangis.

Rafanda terkesima. Tubuh Riyadh yang sedang melutut dipandang.

"Awak ! Eh, awak jangan macam ni. Awak, bangun awak. Kita bincang elok-elok. Awak jangan macam ni," Rafanda memapah Riyadh bangun dari terus melutut.

Riyadh di dudukkan di atas sofa sebelahnya. Dia bingung sebenarnya mahu mula dari mana.

"Liya, tolong lah... aku tak mampu tanpa kau. Tolong jangan minta cerai..." rayu Riyadh sambil menunduk.

Rafanda memandang suaminya dengan pandangan kasihan. Pertama kali dalam hidupnya, dia lihat Riyadh selemah begini.

"T-tapi awak..." ayatnya tergantung.

Tak sanggup rasanya mahu meneruskan ayat itu.

"Tolong lah, Liya. Aku tak bersedia lagi nak hilang kau. Aku sayangkan kau sangat-sangat," ujar Riyadh sayu.

Rafanda terpempan. Riyadh... masih sayangkan dirinya ?

"Tapi awak dah tunang dengan Maya. Saya rasa, tak elok saya masuk campur. Lebih baik saya undur diri," Rafanda menunduk.

Air matanya bertakung di tubir mata.

"Aku lebih rela putuskan pertunangan dengan Maya, dari cerai dengan kau. Liya, aku masih sayangkan kau. Jujur aku tak pernah sukakan Maya tu," mata Riyadh berkaca memohon kepada isterinya.

Rafanda menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Awak, awak kan tunang orang sekarang ? Yes, awak masih suami saya. Dan sebab tu lah saya minta awak lepaskan saya. Saya tak sanggup nak berkongsi kasih sayang dengan orang lain. Biar lah awak bahagia dengan Maya," jawab Rafanda lagi.

Air mata Riyadh tidak berhenti mengalir.

Puan Sri Raysah jatuh kesian melihat anaknya. Dia tahu bukan kehendak anaknya yang mahu bertunang dengan Maya.

"Liya," panggil Puan Sri Raysah.

Rafanda menoleh ke arah ibu mertuanya.

"Mummy minta tolong Liya, boleh tak korang jangan cerai dulu ? Bila dah settle semua benda, kami janji akan bawa Liya balik ke pangkuan kami," pujuk Puan Sri Raysah.

Rafanda menunduk sambil meramas tangannya. Kemudian dia mengeluh perlahan.

"Baik, Liya bagi dua pilihan sahaja. Tinggalkan Maya, dan kembali dengan Liya. Atau lepaskan Liya, dan kahwin dengan Maya. Selain dari dua ini, Liya tak terima," putus Rafanda.

Puan Sri Raysah tersenyum memandang anaknya lalu menganggukkan kepalanya.

Secara automatik, Riyadh memeluk tubuh isterinya.

"T-terima kasih. Aku janji, aku akan kembali dengan kau dan tinggalkan Maya," kata Riyadh terharu.

Dengan kekok Rafanda membalas pelukan suaminya. Peluk jer eh, tak boleh lebih-lebih.

"Terima kasih, Liya. Kami akan selesaikan semuanya ye, sayang," ucap Puan Sri Raysah tersenyum.

Rafanda turut tersenyum. Tidak tahu apa nasibnya selepas ini.

❦︎ 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰...

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now