ℂ𝕙𝕒𝕡 21 : Aara & Dailami

401 20 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Majlis pernikahan Aara, kakak sulung Ayden berjalan lancar seperti yang dirancang. Pasangannya, iaitu Dailami, berjaya melafazkan akad nikah sekali sahaja.

Kini kedua mempelai tersebut sedang bersiap untuk ke dewan yang terletak di tengah-tengah perkampungan.

Tema malam ini adalah biru. Pasangan pengantin segak bertuksedo dan berdress baby blue. Sementara para tetamu yang hadir memakai baju bermacam corak berwarna navy blue.

Baru sedondon, gituh !

"Akak Aara ? Akak dah siap, ke ?" soal Rafanda sopan.

Rafanda yang mengambil tugas sebagai MUA Aara walaupun sudah dihalang. Katanya biar lah tak berbayar, jimat duit sikit.

"Dah. Macam mana ? Akak nampak cantik tak dengan dress ni ?" soal Aara sambil berpusing dengan dress baby blue nya.

Rafanda terpegun seketika.

"Cantiknya, akak ! Masya Allah, ingat bidadari mana jatuh dari syurga tadi," puji Rafanda.

"Alah, jangan lah puji lebih-lebih. Malu," Aara menutup mulutnya.

Mereka berdua tergelak sebelum Rafanda mengeluarkan phone di poket baju kurungnya.

"Selfie time !"

Klikk 📸

Beberapa keping gambar diambil lalu phone nya kembali disimpan.

"Dah jom gerak. Ni kalau Abang Dailami tengok ni, mesti ternganga. Tak sempat masuk dewan, pengsan terus," puji Rafanda lagi.

Bahu Rafanda ditepuk oleh Aara kerana malu. Tak sudah-sudah memujinya dari tadi.

🖤🕷️

Dailami pada ketika itu sedang menunggu pasangannya di pintu masuk dewan. Bersamanya, Ikhwan, selaku pengapit lelaki.

"Kau ni kenapa ? Tak reti duduk diam, dah macam ulat bulu aku tengok," perli Ikhwan.

Mana taknya, mamat ni dah macam cacing kepanasan dah dekat sini.

"Takde, aku nervous lah," kata Dailami perlahan.

Gelakan kecil terlepas dari bibirnya.

"Bro, pagi tadi kau dah akad nikah, settle lah. Malam ni nak bersanding jer. Tapi memang penat sikit lah kau," Ikhwan menepuk bahu rakannya.

Dailami sedikit tenang mendengar kata-kata Ikhwan. Penat ? Itu sudah pasti.

Mana nak layan tetamu lagi, jalan ke sana ke mari, makan- eh makan tak pernah penat. Uhuk.

"Sorry guys, lambat sikit. Traffic jammed," pinta seorang gadis yang baru tiba.

"Nah, it's okay. Kitorang baru jer sampai," balas Ikhwan bohong.

Kang kalau bebel sebab lambat kang, tak pasal-pasal putus tunang dengan Damya ni.

"Muhammad Dailami ! Kau tengok apa sampai nak tembus macam tu ?" tersentak Dailami dengan jeritan maha kuat Damya.

"Erkk, takde apa," belakang lehernya digosok kekok.

Malu sebab terkantoi pandang isterinya lama-lama.

"Dah jom, kita sanding dulu. Nak tenung malam nanti, sampai bila-bila pun boleh," seloroh Ikhwan.

Aara menunduk. Wajahnya terasa panas, pasti merah.

Nasib lah pakai blusher tadi, takde lah nampak sangat.

"Baik pasangan pengantin, sila pegang tangan sesama sendiri. Jangan malu, jangan segan, alhamdulillah dah sah sebentar tadi," kata Damya memerli dengan nada formal.

Perlahan-lahan tangan kedua pasangan itu bertaut rapat sehingga tiada jarak. Jantungnya berdegup kencang.

"Bismillah..."

🖤🕷️

"Mana Liya ?" soal Puan Sri Raysah.

Riyadh bercadang hendak pulang malam ini, memandangkan malas berlama disitu.

"Entah lah, my. Katanya pergi toilet kejap," balas Riyadh sambil matanya melilau mencari kelibat isteri tercinta.

"Pergi lah cari dulu, kata kamu nak balik, kan ?" Puan Sri Raysah menolak anak ketiganya.

Riyadh akur dan berjalan sekitar dewan mencari Rafanda.

Kakinya melangkah ke setiap sudut dewan.

Akhir sekali, matanya tertancap pada seorang lelaki dan perempuan yang sedang berbual dihujung dewan.

Dahinya berkerut. Cakap dengan siapa tu ?

Terkejut Riyadh apabila dengan selambanya Rafanda mengusap rambut 'budak' itu.

Yeah, nampak macam 'budak' cause sikit lagi nak sama tinggi dengan Rafanda. And macam sebaya dengan adik-adik iparnya.

Hatinya cukup panas melihatkan kejadian itu. Terbakar rasanya di dada. Amarahnya membuak-buak.

Lantas kaki diatur semula ke tempat tadi.

"Mummy, Aisy balik dulu," belum sempat Puan Sri Raysah bertanyakan apa-apa, Riyadh terlebih daulu berbicara.

"Eh, Liya macam mana ? Kata kamu balik dengan Liya ?" soal Puan Sri Raysah kalut.

"Balik esok jer lah," laung Riyadh yang semakin jauh.

Puan Sri Raysah mengeluh. Anak terunanya yang seorang ni, memang cepat melenting. Ada lah tu yang tak kena pada Rafanda.

"Mummy, Aisy mana ?"

❦︎ 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰...

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now