" Saya redha andai ini takdirnya ... "
Langkah kaki diatur menuju ke kelas. Pandangan jijik serta hina orang-orang sekeliling diabaikan.
Kita kena teruskan hidup, yeah !
Matanya memandang sahaja ke arah hadapan. Tidak menoleh ke kiri dan kanan.
Tapi yang peliknya, tingkat 1 di blok tingkatan 2 kelihatan sunyi. Tingkatan 2 memang tak ramai, cuma dua buah kelas sahaja.
Tanpa menghiraukan sesiapa, dia terus berjalan hingga sampai dihadapan pintu kelas.
Hatinya tiba-tiba berdebar kencang. Tangannya diramas sendiri. Takut.
'Ya Allah, jangan lah sekarang'
Klekk
Pintu dipulas dan ditolak ke dalam.
Splashhh !
DUM
"Ahahhahhhahh..." penuh bunyi gelak tawa di dalam kelas itu.
Rafanda pula terkejut. Badannya basah kuyup bersama baldi di kepalanya.
Baldi itu dibuka lalu dipegang. Rakan-rakannya dipandang.
'Patut lah sunyi, nak kenakan aku rupanya' getus Rafanda.
"Amacam sis ? Best kena simbah ? Nak lagi, tak ?" soal salah seorangnya dengan sinis, Sally.
"Tak cukup tu, kena ada lagi. Kan guys ?" tambah gadis disebelahnya, Jane.
Ramai yang bersorak melihat Rafanda basah kuyup disitu.
Namun sebaliknya bagi Rafanda.
Badannya kini menggeletar hebat. Lututnya lemah seakan hampir rebah. Tubuhnya mula terasa lemah.
Imun badannya tidak lah kuat mana. Dan dia yakin, badannya bukan menggigil kesejukan.
Akhirnya dia jatuh terduduk di hadapan kelas.
"Tengok tu, dia dah lemah lah. Ahahahhhah..." kata Jessica pula.
Makin kuat lah sorakan mereka.
Rafanda menutup kedua belah telinganya dengan tangan yang menggigil. Lututnya dirapatkan pada dada. Bibirnya menggeletar.
"K-kenapa tak bunuh jer aku ? B-bunuh aku ! Bu-nuh aku sekarang !" teriak Rafanda tiba-tiba.
Senyap sunyi kelas itu dari gelak tawa mereka.
"Cepat ! B-bu-bunuh aku !" teriak Rafanda lagi.
Aiman yang baru tiba terkejut melihat sekujur tubuh di luar sedang duduk sambil berteriak.
"To-long, b-bunuh aku..." Rafanda tidak sedarkan diri.
"Atin !"
🖤🕷️
"Aisy, mana Liya ? Apa jadi kat dia ?" soal Puan Aufa yang baru tiba dengan kalut.
Riyadh mengeluh perlahan.
"Dia ada kat dalam lagi, bu," kata Riyadh perlahan.
Mengucap panjang Puan Aufa saat suaminya mengabarkan bahawa anak sulungnya tidak sedarkan diri.
Aiman yang berdiri dihujung cuba menjauhkan diri. Tidak mahu masuk campur hal keluarga mereka.
"Aiman," panggil Riyadh.
Aiman memandang Riyadh di hadapannya.
"Thanks tolong hantar Liya pergi hospital," ucap Riyadh ikhlas.
"Takpe, kebetulan aku lalu situ," kata Aiman.
Riyadh menepuk bahu Aiman beberapa kali.
Memang pernah dia cemburu kerana Rafanda bermain dengan Aiman, tapi itu tidak bermakna dia harus membenci Aiman.
Aiman tidak pernah melakukan apa-apa salah terhadapnya, malahan mereka berkawan baik.
Ex-boyfriend, kawan baik dengan husband ?
Benda yang kecil kemungkinan berlaku.
Klekk
"Siapa keluarga pesakit ?" soal doktor wanita yang baru keluar itu.
"Saya, dok. Macam mana keadaan isteri saya ?" soal Riyadh kalut.
Doktor Farah memandang laporan ditangannya.
"Mengikut pemeriksaan, pesakit mengalami panic attack. Tapi panic attack yang dialami tidak lah begitu teruk. Dan kemungkinan panic attck tersebut akibat trauma masa lalu. Saya dah bagi ubat penenang supaya dia dapat rehat secukupnya," terang Doktor Farah.
Masing-masing menghembus nafas lega.
Aiman yang terdengar dari jauh mengerutkan dahinya. Panic attack ? Takkan doktor tu tipu pula ?
Tak mungkin Rafanda alami panic attck. Bukan sepatutnya... ?
"Baik, terima kasih dok,"
"Sama-sama. Saya minta diri dulu ye," pamit doktor itu.
Setelah kelibat Doktor Farah hilang, mereka terus menjenguk Rafanda di dalam.
Wajah tenang dan pucat itu ditenung.
"Ya Allah, anak kita bang..." rintih Puan Aufa di dalam pelukan suaminya.
Encik Rafiuddin sedaya upaya menenangkan isterinya.
"Liya..." Syatilla dan Qistina teresak-esak memandang tubuh kaku itu.
Riyadh mengeluh perlahan. Salahnya kerana membiarkan Rafanda berseorangan.
🖤🕷️
"Ayah, kakak macam mana ? Dia okay, tak ? Apa jadi ?" soal Adair setibanya mereka di rumah.
"Alhamdulilah takde yang serius pun. Pergilah mandi, nanti kita makan kat luar. Lepastu singgah tengok kakak," pesan Encik Rafiuddin.
"Baik, ayah !"
Serentak kembar itu hilang di bilik mereka. Mahu bersiap untuk keluar.
"Fa, sudah lah tu. Tak baik menangis macam ni, nanti awak sakit," nasihat Encik Rafiuddin.
Puan Aufa mengelap air matanya.
"Saya cuma sedih, bang. Saya gagal jaga anak perempuan saya dengan baik," ucap Puan Aufa sebak.
Encik Rafiuddin mengusap belakang isterinya.
"Sabar lah. Setiap ujian, pasti ada hikmahnya. Lagipun Liya baik-baik jer kat hospital tu,"
"Ayah, kami dah siap !" dua putera mereka sudah tercegat di sebelah tangga.
Encik Rafiuddin memandang Adair dan Adriel lalu mengangguk.
"Dah, jom. Kita pergi makan dulu. Ir dengan El mesti lapar, kan ?" ajak Encik Rafiuddin.
Serentak kedua jejaka itu mengangguk dan tersengih.
❦︎ 𝓑𝓮𝓇𝓈𝒶𝓂𝒷𝓊𝓃𝓰...
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mystery / ThrillerBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...