🥀 𝕊ℂ 5 - Cemburu 🥀

484 23 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Mata Rafanda mengecil memandang susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang berbual mesra dengan Nadia.

Panas sahaja hatinya melihat dari tadi asyik bergelak tawa. Dengan si Nadia yang tak habis-habis menggedik.

Satu yang dia tak suka pasal Nadia ni, dia munafik. Depan kita baik, belakang kita macam apa jer. Lebih baik lah si musuh yang terang-terang suka kita. Dari kawan yang depan baik, belakang mengata.

Melihat Riyadh mahu masuk ke dalam rumah, Rafanda segera berlari masuk. Dia masuk ke dalam bilik dan berbaring di atas katil sebelah Raydan.

"Hah Aisy, Nadia dah balik, ke ?" soal Puan Aufa.

"Dah, ibu. Dia kirim salam. Katanya nak cepat-cepat balik sebelum opah dia balik, jadi tak boleh singgah sini dulu," terang Riyadh.

Puan Aufa mengangguk.

Riyadh kemudiannya meminta diri masuk ke dalam bilik.

Klekk

Raydan yang tadinya tidur kini terduduk memandang Riyadh. Matanya sedikit tajam seperti ingin memarahi Riyadh.

"Ayan ? Bukan Ayan tidur, ke ?" soal Riyadh pelik.

Raydan menggelengkan kepalanya. Jari telunjuknya menunjuk ke arah Rafanda yang sedang menutup muka menggunakan bantal.

"Mommy ? Kenapa dengan mommy Ayan ?" soal Riyadh tidak mengerti.

Matanya dijegilkan pada si daddy.

"Daddy uat mommy Ayan, te ? Nape mommy nanes yepas acuk iyik ni ?" soal Raydan penuh tanda tanya.

Berkerut dahi Riyadh memandang anak tunggalnya.

"Mommy nangis ? Kenapa ?" soal Riyadh kembali.

Raydan menepuk dahinya. Orang tanya dia, dia tanya orang balik.

"Cebab tu ya, Ayan tanya daddy. Daddy uat apa campai mommy nanes ?" ujar Raydan lagi.

"Takde apa lah. Dah, Ayan sambung tidur," paha Raydan ditepuk-tepuk.

Tidak menunggu lama, Raydan terus terbaring di katil. Matanya memberat sebelum tertutup semuanya.

Riyadh beralih pada Rafanda. Bantal yang menutup wajah isterinya diambil lalu diletakkan di tepi. Dia hanya memandang kosong wajah yang kemerahan itu.

🤎🐻

"Baby..." kejut Riyadh.

Rafanda membuka matanya dengan susah. Ngantuk lagi masalahnya !

Matanya digosok. Mulut yang menguap ditutup.

"Baby, bangun sayang. Dah Asar, tak elok tidur lepas Asar," tambah Riyadh.

Terkebil-kebil Rafanda memandang Riyadh sebelum kejadian sebelumnya kembali bermain di fikirannya.

"Baby ? Termenung pulak dia," Riyadh memetik jari dihadapan muka isterinya.

Rafanda tersedar dari lamunannya. Dia bangun dan melangkah ke bilik air tanpa memperdulikan Riyadh.

Pintu bilik air ditutup lalu dia tersandar di belakang pintu. Badannya jatuh sambil tangannya menutup rapat mulutnya supaya tidak terdengar bunyi esakan.

Ya Allah, suami aku ni tak faham ke ? Tak tahu ke aku ni jealous ? Memang aku kena cakap, baru faham ?

Padahal Riyadh kalau dengan orang lain, selalunya dingin bak peti ais jer. Tapi dengan Nadia, elok pula dia melayan. Siap bergelak tawa lagi dengan budak tu.

Dia memang dah bosan dengan aku, ke ? Aku ni dah tak cantik, ke ? Apa kurangnya aku ni, ya allah ?

'Ya Allah, bantu lah hamba-Mu ini'

🤎🐻

"Awak, turun makan," ajak Rafanda acuh tak acuh.

Berkerut dahi Riyadh memandang isterinya. Apa kena dengan bini aku ni ?

Selalunya Rafanda akan menggunakan panggilan 'bibiy' kepada suaminya. Jika dia memanggil 'awak', maksudnya ada yang tak kena lah tu.

"Baby, baby okay ke ?" soal Riyadh prihatin.

"Okay jer, kenapa ? Nampak macam saya tak okay, ke ?" senyuman di bibirnya cuba dilebarkan.

Sah, isterinya sedang dalam masalah. Dah lah ber 'saya-awak', senyuman pula dibuat-buat.

"Dah lah, pergi turun makan. Yang lain dah tunggu tu. Kesian diorang lapar nanti," gesa Rafanda lagi.

Riyadh hanya mengangguk. Dia mengatur langkah ke bawah bersama Rafanda.

Tetapi Rafanda berjaya jalan lebih cepat darinya. Seolah mengelak dari dia.

Sesampai sahaja di bawah, Rafanda terus keluar dari rumah. Rumah itu menjadi sunyi oleh kerana telah tiba waktu makan tengahari.

"Aisy, mana Liya nya ?" soal Hajah Auna.

"Ada dekat luar, nek. Dia tak nak makan kot," perkataan 'kot' itu dperlahankan hingga dia seorang sahaja mendengarnya.

"Takpe lah. Mari, kita makan dulu. Abang, baca doa," Hajah Auna menyuruh suaminya membaca doa.

Selesai doa makan dibaca yang diketuai oleh Haji Firdaus, mereka mula makan. Keadaan menjadi sunyi. Hanya bunyi sudu berlaga dengan mangkuk ketika mengambil lauk sahaja.

Tidak lupa juga si cilik Raydan yang kadang-kala menyampuk atau meriuhkan suasana.

Hajah Auna pada ketika itu sudah selesai makan. Langsung dia bergegas keluar dari dapur menemui cucu pertamanya.

"Liya," sapa Hajah Auna melihat Rafanda sedang termenung.

Rafanda menoleh. Fuhh, nasib baik nenek.

Air matanya pantas diseka. Dia berganjak ke tepi sedikit bagi memberi ruang neneknya duduk.

"Liya, Liya ada masalah ke ? Nak kongsi dengan nenek ?" soal Hajah Auna lembut.

Rafanda memandang Hajah Auna dengan mata berkaca sebelum tubuh tua itu dipeluk.

"Nek, Liya tak kuat nek... Liya tak kuat..." berulang-ulang ayat itu terbit dari bibir mugilnya.

"Cerita kat nenek, meh. Nenek ada kat sini," pujuk Hajah Auna.

Rafanda melepaskan pelukan. Wajah neneknya dipandang.

"Liya..."

🥀 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰... ( 𝕊ℂ )

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now