ℂ𝕙𝕒𝕡 19 : I Found 'Him'

361 23 2
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Suasana meja makan sunyi. Kadang kala bunyi sudu yang berlaga di mangkuk ketika mengambil lauk.

Riyadh baru sahaja mahu mencapai udang sambal kegemarannya, namun perlakuannya terbantut.

"Aisy, meh sini Kak Lia tolong," kata Alia tanpa malu.

Diambil beberapa udang sambal di dalam mangkuk lalu diletakkan di pinggan Riyadh.

Riyadh beriak biasa, tidak senyum sedikit pun. Malas melayan gadis dihadapannya ini. Menyampah.

Rafanda sekadar menjadi pemerhati. Nak masuk campur kang, ada lah mulut puaka yang suka sound orang.

Di bawah meja, kaki Alia tidak reti duduk diam. Kakinya sengaja mengusik kaki Riyadh.

Riyadh memenadang ke bawah sebelum menjegilkan mata kepada Alia yang tersengih seperti kerang busuk itu.

"Tak payah lah," kata Riyadh perlahan dnegan tegas.

"Sorry," pinta Alia tanpa rasa bersalah malah tersengih.

Dijelingnya Rafanda di sebelah Riyadh, gadis itu seperti tidak kisah.

"Aisy, Lia, apa ni ? Makan elok-elok," tegur Hajah Rana.

"Entahnya kamu berdua. Kahwinkan kang baru tahu," tambah Puan Risa selamba.

Rafanda sedaya upaya menahan air matanya dari bertakung. Juga mulutnya yang hendak mencarut kepada orang tua itu.

Puan Sri Raysah menggelengkan kepala.

Tidak ketinggalan Adila yang sibuk menggedik dengan Lutfan, manakala Afia menggedik dengan Lais.

Habis, asal si Alia tu tak nak menggedik dengan Zayd ?

Menyibuk nak kat laki orang !

Selesai sahaja makan, Rafanda terus bangun dan ke sinki membasuh tangan. Pinggannya dicuci sehingga bersih.

"Aisy nanti letak jer pinggan dekat sinki, Kak Lia boleh tolong basuhkan," kata Alia gedik.

Panas sahaja telinga Rafanda mendengarnya. Kalau boleh dia mahu hentak pinggan ni atas kepala perempuan tu.

"Bagus Lia, ada ciri-ciri calon menantu yang baik. Boleh lah Aisy jadi adik ipar akak," celah Adila memanaskan lagi keadaan.

"Tu lah, kan ? Nak harapkan bini dia ? Hmphh, lambert lagi," perli Afia pula.

Langkah kalinya laju meninggalkan dapur. Air matanya sudah bertakung di tubir mata, tinggal masa nak turun jer.

Adila, Afia dan Alia mengangguk dan tersenyum sinis apabila rancangan mereka berjaya.

"Kamu bertiga ni kan, ada jer benda nak cari pasal. Kamu Adila, kamu sebagai kakak kena tunjuk contoh yang baik," tegur Encik Ayrian.

"Alah papa ni, dia tu orang luar, bukan family kita. Ada Dila kisah ?" jawab Adila kurang ajar.

"Kak Dila ! Kak Dila jangan melampau, eh ? Papa cakap elok-elok, kan ? Kenapa akak kena kurang ajar ?" kata Ayden menegur kakaknya.

Ini kalau kakak sulungnya ada, memang lunyai kot si Adila ni. Nasib gadis itu sedang keluar membeli barang perkahwinannya.

"Kau budak kecik, tak payah sibuk hal orang tua," terus Adila mengangkat punggung beredar dari situ.

Panas hatinya mendengar teguran orang lain. Sibuk jer orang tua tu !

🖤🕷️

Angin yang bertiup menampar lembut pipinya. Air matanya setia mengalir di pipi tanpa di seka. Esakannya cuba ditahan.

"Sorry,"

"Kahwinkan kang baru tahu,"

"Nak harapkan bini dia ? Hmphh, lambert lagi,"

"Dia orang luar, bukan family kita,"

Kata-kata perlian dari tadi terngiang-ngiang di telinganya menyebabkan air matanya tidak henti mengalir.

"Akak," tegur seorang budak lelaki.

Pantas Rafanda menyeka air matanya. Kepalanya ditoleh ke belakang.

"Akak okey ? Kenapa akak nangis ni ?" budak lelaki itu mencangkung di sebelah Rafanda.

"Mana ada akak nangis. Mata masuk habuk jer," alasan Rafanda.

"Akak..."

"Liya," jawab Rafanda yang faham dengan persoalan budak lelaki itu.

Entah kenapa, hati Rafanda terusik dengan kehadiran budak lelaki itu. Bagaikan terasa dekat dan punyai hubungan istimewa.

Jika dilihat fizikalnya, budak lelaki dihadapannya ini seperti sebaya dengan Adair dan Adriel.

"Hah Akak Liya. Cikgu Adiel cakap, kalau sedih luah dekat Allah. Nanti Allah dengar apa yang kita luah," bagitau kanak-kanak itu petah.

Adiel ? Have I found 'him' ?

"Adiel ? Nama adik Adiel ?" soal Rafanda ingin tahu.

Adiel mengangguk laju.

"Nama kita Maheer Adiel. Panggil Adiel. Umur kita 12," terangnya tanpa dipinta.

Rafanda sempat terkejut sebentar sebelum tersenyum.

"Sedap nama adik, Adiel. Adiel ni datang sini seorang, ke ? Mana mak ayah Adiel ?" soal Rafanda lagi.

"Mama Adiel dah takde lama dah. Papa dengan kakak ada dekat rumah," riak wajahnya tiba-tiba berubah.

Rafanda menggigit bibir. Kesiannya...

"Maaf, akak tak tahu," pinta Rafanda serba salah.

"Takpe. Kita happy walaupun ada papa dengan kakak jer. Kena lah bersyukur apa yang ada," Adiel tersenyum.

Tanpa kata, Rafanda menggosok rambut Adiel sambil tersenyum. Air matanya ditahan lagi.

"Dah nak Maghrib ni, jom kita balik," ajak Rafanda.

"Jom ! Adiel nak balik dengan Kak Liya. Rumah Adiel tak jauh dari sini," Adiel pula memeluk lengan Rafanda sebaik sahaja Rafanda berdiri.

Mereka berdua berjalan kaki ke rumah selepas matahari melabuhkan tirainya.

Sepanjang perjalanan ditemani dengan mulut becok Adiel. Banyak benda diceritanya, seperti sudah rapat dengan Rafanda.

'Suatu hari, awak akan kembali ke pangkuan kami. Tunggu akak, Adiel'

❦︎ 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰...

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now