ℂ𝕙𝕒𝕡 27 : Aydan

494 22 4
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Rafanda menggeleng perlahan. Dia masih tidak sanggup.

"Liya, korang berdua slow talk lah dulu. Korang pun tak bercerai lagi. Jadi kau masih isteri sah kepada Tuan Quraisy Riyadh," ujar Qistina.

Rafanda termenung. Kenapa... dia rasa sakit hati dengan kata-kata Qistina ?

Seolah Qistina menyuruhnya berjumpa dengan Riyadh, untuk diceraikan.

Dia tidak sanggup bercerai dan menjadi janda muda. Tetapi dalam masa yang sama dia tidak sanggup berkongsi kasih sayang seorang suami dnegan yang lain.

"Liya, kau dengar tak ni ?" tangannya dilayangkan dihadapan Rafanda.

"Hah, dengar-dengar. Nanti lah aku jumpa," kata Rafanda mengelak dari perbualan dilanjutkan lagi.

"Aku gerak dulu. Eh btw, majlis malam ni kau datang, ke ? Seorang ?" soal Qistina bangun dari duduknya.

Rafanda mengangguk.

"Pergi seorang jer, aku mana ada teman," ucap Rafanda sayu.

Qistina sekadar mengangguk faham. Dia tidak boleh percayakan Rafanda 100% selepas kejadian yang berlaku 5 tahun lepas. Walaupun mereka bersahabat baik, namun ada yang sentiasa bermain di fikirannya.

Mengapa Rafanda muncul setelah 5 tahun menghilangkan diri ? Aiman juga menghilangkan diri selama 5 tahun ?

Dan tak mustahil Aydan itu anak Aiman, kan ?

Masa dia kata tu anak angkat, Rafanda nampak macam berbohong.

"Aku gerak dulu, assalamualaikum," pamit Rafanda.

Qistina memandang kelibat Rafanda hingga hilang dari pandangan.

Anak... Aiman ?

🤍🕊️

"Raydan, lawa tak mummy malam ni ?" soal Rafanda gembira sambil berpusing dengan dress nya.

Raydan yang tidak mengerti hanya terkekek ketawa dan menepuk-nepuk tangannya. Cantik sangat kot maknya tu.

"Hehe, maceh. Pandai anak mummy. Anak mummy ni pun nampak hensem sangat. Macam daddy..." ayat terakhirnya ditutur perlahan.

" ayat terakhirnya ditutur perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now