" Saya redha andai ini takdirnya ... "
Rafanda yang sedang menyusun buku di atas meja ruang tamu itu terhenti perbuatannya. Dia memandang ke arah tangga kerana mendengar bunyi pintu ditutup.
Terkejut bukan kepalang bila dia melihat Riyadh sedang turun tangga. Dengan kemeja yang dilipat paras siku, dan rambutnya yang disikat rapi.
Auchh, rawr !
Rafanda buat tak endah walaupun sebenarnya matanya tak mahu henti memandang si suami.
"Awak nak keluar ke ?" soal Rafanda tersenyum.
Riyadh memandang isterinya sekilas.
"Aku nak keluar kejap. Mungkin balik lewat," pesan Riyadh dingin lalu keluar dari rumah.
Rafanda ternganga. Baru ni... aku cakap dengan Riyadh kan ?
Rafanda mengambil bantal di sofa dan menekup mukanya. Dia menjerit sekuat hatinya di situ.
Sebelum ni Riyadh tak nak layan dia pun. Kalau tanya mesti tak berjawab. Ni maksudnya dah okay sikit lah ni, kan ?
"Weh, dia baru cakap dengan aku, kan ? Ni aku tak mimpi, kan ?" Rafanda menampar pipinya sendiri.
"Awww, sakit... maksudnya ni bukan mimpi ? Arghhh, happy nya !" jerit Rafanda.
"Eyy, dah lah hensem. Suami siapa lah tu yang hensem sangat. Cair hati sis," Rafanda tersengih.
Kemudian dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
Bukan apa, dah hampir 2 minggu Riyadh tak cakap dengannya. Jarang juga nampak Riyadh keluar bilik. Dia dah cover master bedroom kan, so bilik air pun ada kat situ.
Kalau lapar, dia akan turun. Biasanya suruh bibik masakkan. Tapi dia pastikan line clear dulu. Mungkin tak nak terserempak dengan Rafanda ?
Hmm, taktau.
🖤🕷️
"Bro, macam mana ?" soal Zayd menepuk bahu rakannya yang sedang termenung.
Riyadh mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Masalah kau dengan dia dah settle belum ? Kau ni macam runsing jer," sampuk Ilham pula.
Masing-masing sudah faham akan perangai bos a.k.a. sahabat mereka yang sememangnya ego tinggi. Memang susah kalah dengan perempuan.
Riyadh mengeluh perlahan.
"Mana lah aku tau. Aku tak faham lah," keluh Riyadh.
"Apa yang kau tak faham ? Minta jer lah maaf, bukan susah pun. Takde kena bayar pun," tambah Akid.
Lengan Akid tiba-tiba disiku Riefqie.
"Dey, macam kau tak tau member kau macam mana," sempat Riefqie memerli.
Riyadh menjeling Riefqie tajam. Kemudian dia mengeluh dan bersandar pada kerusinya.
Fikirannya kembali melayang mengingati bagaimana terujanya Rafanda apabila dia menjawab soalan yang ditanyakan.
Sampai tekup muka dekat bantal, jerit kuat-kuat. Itu baru respon dingin, cuba lembut sikit ?
Mahu tak pengsan kat situ juga ?
HAHHAHHAHHAHH
"Kau tengok member kau tu, gila agaknya," Zayd menepuk bahu Ayden.
Ayden yang sedang tidur itu terkejut.
"Opss, sorry brother. Kacau kau tidur, eh ?" soal Zayd mengusik.
Ayden merengus geram. Tidak lama kemudian dia tersenyum sinis.
"Ayden !"
Ayden kembali menyambung tidurnya dengan tenang. Tidak menghiraukan jeritan Zayd.
Zayd mencebik sambil membetulkan rambutnya. Habis rosak rambut I.
"Iqie, kau tengok Ayden tu. Dia rosakkan rambut aku," adu Zayd manja.
"Ihh Ayden ni, biasa dia. Okay, aku dah marah dia," kata Riefqie yang melayan karenah Zayd.
Zayd tersengih suka.
Padahal Zayd lagi tua, tapi perangai macam budak-budak.
"Member siapa ni, sila kutip,"
"Bukan member aku,"
"Member kau, kan ?"
Ilham, Akid dan Nadim hanya menggelengkan kepala melihat telatah mereka. Kalau dah jumpa yang sekepala, memang masuk air lah jawabnya.
Riyadh tidak mengendahkan mereka sebaliknya terus mengelamun. Hmm, angau kan ?
🖤🕷️
Riyadh membuka pintu rumah sebelum memboloskan diri ke dalam. Beberapa lampu rumah yang masih terpasang menjadikan rumahnya tampak cerah.
"Liya mana ?" soal Riyadh pada salah satu bodyguard nya yang kebetulan lalu di situ, Alif.
"Puan Liya dah naik atas awal tadi, katanya penat. Lagipun seharian dia buat kerja tak henti," lapor Alif.
Riyadh mengangguk dan berlalu ke dapur.
Alif pula menggelengkan kepalanya. Tak faham betul dengan bosnya itu. Ego tinggi betul !
Dipandang meja makan itu sebelum kelibat Mak Siti, bibiknya dipandang.
"Hah, kamu nak Mak Siti panaskan lauk tu, ke ?" soal Mak Siti yang faham akan kehendak tuannya.
Riyadh tersenyum nipis dan mengangguk.
"Riyadh naik kejap, nak tengok Liya. Nanti Mak Siti letak jer atas meja tu," pesan Riyadh sebelum beredar.
Mak Siti hanya akur.
Riyadh terus berlari kecil ke bilik isterinya. Pintu dikuak perlahan sebelum dia memboloskan diri ke dalam.
"Baby sayang..." Riyadh mengucup pipi isterinya.
Rafanda masih lena tidur. Maklum lah, orang penat buat kerja rumah seharian.
Takpe lah, biar dia rehat.
"Haih, susahnya aku nak minta maaf. Bila kau tidur, boleh lah. Tapi bila depan-depan, aku jadi takut. Aku sedar yang aku ni ego tinggi. Habistu sampai bila kita nak macam ni ?" keluh Riyadh.
Rambut gadis itu diusap dan perlahan-lahan turun ke mukanya. Wajah mulus dan polos itu menjadi idamannya tiap hari.
"Aku keluar dulu. Goodnight, baby. Sweet dreams, sleep tight. I love you, sayang," Riyadh mengucup dahi isterinya sebelum keluar dari bilik.
Pintu ditutup rapat. Langkah diatur ke arah dapur.
❦︎ 𝓑𝓮𝓇𝓈𝒶𝓂𝒷𝓊𝓃𝓰...
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mystery / ThrillerBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...