ℂ𝕙𝕒𝕡 40 : Keluarga Bahagia

766 25 2
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

"Raydan, bangun sayang. Tak nak main dengan daddy, ke ?" kejut Riyadh lembut.

Raydan merengek sedikit apabila tidurnya terganggu. Tangannya terkapai-kapai cuba menolak orang yang mengacaunya.

"Hey, bangun sayang. Hari ni Raydan kena pergi check up dulu. Meh bangun, kita pergi mandi dulu," perlahan-lahan tubuh kecil Raydan di dukung.

Matanya turut di celik setelah merasa badannya di awangan. Pertama sekali wajah daddy nya menyapa kornea mata. Hensem gak daddy aku !

Raydan mula merengek hendak menangis. Bibirnya tercebik-cebik.

"Shuhh... sayang, daddy ada ni. Kita mandi dulu ye ? Nanti balik hospital kita jalan-jalan, okay ?" pujuk Riyadh.

Mulut yang tadi tersebik kini mula biasa. Matanya berkaca kerana niat hendak menangis tidak kesampaian.

"Awak, awak nak mandikan Raydan ? Saya dah ambil baju dia, saya letak atas katil," Rafanda meletakkan sepasang baju bayi serta topi di atas katil.

Tidak terlupa bedak, minyak Yuyee dan lampin bayi turut di capainya.

"Okay baby, Raydan nak mandi kan ? Bye mommy," Raydan tersengih memandang ibunya.

"Bye, sayang," kelibat Rafanda hilang di sebalik pintu menuju ke dapur.

Riyadh membuka baju Raydan satu-persatunya hingga 'seksi' Raydan dibuatnya. Bayi itu kemudiannya didukung masuk ke dalam bilik air.

Raydan diletakkan perlahan-lahan di dalam besen biru, besen kegemarannya. Tangan sebelah Riyadh menampung Raydan, manakala sebelah lagi menyiram air di badan Raydan.

Selesai mandi, Riyadh mendukung Raydan lalu membalut badannya dengan tuala.

Raydan ni memang senang dimandikan, tak merengek. Lagi-lagi dengan daddy dia, memang senang lah.

"Wanginya sayang daddy ni. Kita pakai baju dulu ye, sayang ?" puji Riyadh sambil tangannya lincah memakaikan lampin bayi.

Bedak ditepek dan minyak Yuyee disapu. Baju dan seluar disarung ke tubuh Raydan. Bayi itu didukung lalu digomol.

"Hmm, wangi ! Geram dengan pipi pau dia. Sama macam mommy," Riyadh mencium pipi anaknya.

Kemudian dia mendukung Raydan untuk turun ke bawah.

🤍🕊️

"Baby..." meleret suara Riyadh memanggil isterinya.

Rafanda terkejut sebaik merasakan sepasang tangan melingkar di pinggangnya. Apa yang lebih mengejutkan, suara manja Riyadh betul-betul di sebelah telinganya.

Uishh, meremang sis.

"Awak, terkejut saya. Mana Raydan ? Bukan tadi awak mandikan dia ?" soal Rafanda sedikit risau.

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now