" Saya redha andai ini takdirnya ... "
Kring kring
Jam yang berbunyi seawal 6 pagi itu mengejutkan Rafanda dari tidurnya. Dia bangun dan menguap lalu menggosok matanya.
Pandangan dialihkan ke sebelah.
Tersenyum Rafanda melihat Riyadh yang memeluk Raydan sambil tertidur. Agaknya malam tadi penat main.
Tidak mengambil masa yang lama, Rafanda terus bangun dan mencapai tuala. Langkah kaki diatur ke bilik air.
Selepas dia siap mandi, baru dia perasan yang dia terlupa mahu mengambil pakaian untuk dipakai.
"Aduh, macam mana boleh lupa ni ? Kalau aku keluar jer, takpe kan ? Lagipun dia tidur," omel Rafanda sendiri seraya menepuk dahinya.
Tu lah, pelupa betul.
Perlahan-lahan pintu bilik air dibuka. Rafanda terus keluar dari situ menuju ke almari pakaian.
"Ahhhhh !" terjerit kecil Rafanda akibat terkejut apabila melihat sekujur tubuh yang sedang berdiri di hadapannya.
"A-awak, tepi sikit ? Saya nak ambil baju," mukanya sengaja dicomelkan.
Bukan apa, dia tak selesa dah ni. Lagi-lagi pandangan suaminya pula begitu.
Tapi sebenarnya Rafanda melakukan silap besar. Dah lah tuala dari atas hingga paras paha sahaja. Mukanya dicomelkan. Memang gugur iman Riyadh.
"Tak payah lah, baby. Kau macam ni lagi seksi," matanya dikenyitkan ke arah Rafanda.
Rambut Rafanda dicium. Wangi.
"Shampoo, huh ?" soal Riyadh sengaja.
Rafanda mengangguk kecil.
"Wangi. Dah, baik baby pergi pakai baju cepat. Or else, kau nak teman aku mandi ?" senyuman nakal diberikan.
Laju Rafanda menggeleng.
Riyadh tergelak kecil. Comel muka Rafanda yang mula memerah.
"Okay baby, kalau kau nak mandi sekali, masuk jer. Bye," Riyadh mencapai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air.
Rafanda pula sudah memegang kedua belah pipinya. Omo, omo, malu !
🤍🕊️
"Kelas kau pukul berapa ?" soal Riyadh ingin tahu.
"Pukul 8. Awak ?" soal Rafanda kembali.
"9," sepatah Riyadh menjawab.
Suasana kembali sunyi. Kekok pun ada juga, sikit.
Setelah sampai di Universiti, Rafanda kelihatan sedikit gelisah.
"Kau kenapa, baby ?" soal Riyadh pelik.
"Takde apa," bohong Rafanda.
Riyadh menghembus nafas perlahan.
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Misterio / SuspensoBOOK 05 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...