🩹 𝕊ℂ 10 - Our Last Meet 🩹

636 27 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Rafanda duduk termenung memandang ke luar tingkap di wadnya. Sudah hampir 3 hari dia tidak berjumpa dengan Zariel.

Sepanjang hari itu juga dia tidak bertemu sesiapa. Dia cuma harap, Zariel dapat berjumpa dengannya. Walaupun sebentar.

Tak mungkin lelaki itu akan bencikan dirinya ?

Air matanya juga tidak henti mengalir. Kepalanya hanya terfikirkan Zariel dan Zariel.

Bagaimana keadaan Zariel sekarang ? Adakah dia baik-baik sahaja ? Atau, dia sudah ditahan polis ?

Sudah lah Riyadh membuat laporan polis tentang Zariel yang menculik Rafanda. Pasti lelaki itu sedang berada di penjara, kan ?

Tok tok tok

Dia menghiraukan ketukan pintu itu. Kerana dia tahu, pasti nurse atau doktor.

Tetapi tekaannya salah.

Klekk

Tup

"Sayang..." suara garau itu menyapa gegendangnya.

Pantas kepalanya dipusing menghadap sumber suara. Air matanya semakin deras mengalir.

"Z-Zariel..." terbit nama itu di bibirnya.

Zariel tersenyum nipis. Wajah sembap itu ditatap lama.

"Sayang, maafkan abang. Abang dah sedar semuanya. Abang tahu yang sebenarnya, isteri abang dah meninggal dunia. Maaf sepanjang 3 bulan ni, kalau abang ada sakitkan hati sayang," ucap Zariel ikhlas.

Rafanda menutup mulutnya dengan tangan. Mengelakkan bunyi esakan keluar.

"Zariel, saya dah anggap awak macam abang saya. Awak tak perlu minta maaf. Sepatutnya, saya yang berterima kasih. Terima kasih sebab jaga dan ambil berat pasal saya sepanjang 3 bulan ni," Rafanda menyeka air matanya.

Senyuman Zariel melebar. Alhamdulillah, wanita dihadapannya ini mahu memaafkan dirinya.

"Lepasni, abang ingat nak mulakan hidup baru," kata Zariel.

"Wah, bagus lah. Abang jangan risau, Liya selalu support abang," Rafanda menghadiahkan senyuman buat lelaki dihadapannya.

Zariel sempat terkejut apabila Rafanda memanggil 'abang' sebelum tersenyum simpul.

"Zariel, boleh awak panggil Riyadh ? Saya ada benda nak bincang dengan dia," ujar Rafanda lagi.

Zariel mengangguk. Dia keluar sebentar untuk memanggil Riyadh.

Tidak lama kemudian, Riyadh masuk ke dalam. Zariel sudah menutup pintu dan beredar ke cafe sementara mereka berbincang.

Terasa sedikit janggal dengan pandangan Riyadh, Rafanda berdehem beberapa kali.

"Awak," panggil Rafanda.

"Hmm ?" Riyadh hanya menggumam.

"B-boleh tak awak, jangan laporkan Zariel pada polis ? Boleh ? Itu jer saya minta. Please ?" rayu Rafanda.

Riyadh memandang sayu ke arah isterinya.

"Tolong lah awak, saya mohon. Saya merayu. Kalau awak nak suruh saya melutut minta maaf kat awak pun saya sangggup. Asalkan awak jangan laporkan Zariel pada polis," mohon Rafanda lagi.

Melihatkan keseriusan isterinya, Riyadh mengeluh.

"Baik lah. Aku takkan laporkan Zariel pada polis. Tapi kau, kena cerita semuanya," ujar Riyadh serius.

Rafanda tersenyum seraya mengangguk laju. Air matanya diseka.

"T-terima kasih, awak," ucap Rafanda ikhlas.

Riyadh tersenyum nipis sebelum meminta diri melihat Zariel.

Kata syukur tidak henti keluar dari mulutnya. Air matanya mengalir tetapi berbeza, kali ini air matanya mengalir kerana terharu.

'Alhamdulillah, Ya Allah. Kau permudahkan segalanya'

🤎🐻

"Cerita cepat, aku nak dengar," gesa Riyadh.

Rafanda mengangguk tanda akur.

"Semuanya berawal dari rumah Sya. Masa kat rumah Sya, saya ada panggil Sya dengan Qis, tapi mereka macam tak layan. Jadi, saya pergi duduk kat luar. Saya duduk kat rumput halaman rumah. Tengah-tengah saya cabut rumput tu, tiba-tiba ada orang tekup mulut saya. Lepas tu saya terus tak sedarkan diri.

Saya sedar-sedar jer, saya dah ada dekat sebuah bilik yang boleh dikatakan mewah juga. Saya nampak ada seorang lelaki pakai baju hitam. Dan waktu tu, dia panggil saya 'Fatin'. Dia mengaku yang saya ni isteri dia. Saya tak tahu apa-apa, sumpah," cerita Rafanda panjang lebar.

Riyadh tekun mendengar sambil dahinya berkerut menahan amarah yang membuak.

"Apa jadi kat kau lepastu ? Sepanjang 3 bulan kau hilang ?" soal Riyadh.

Rafanda memandang ke dalam mata Riyadh.

"Awak, Zariel tu baik sebenarnya. Dia cuma tak dapat terima, yang isteri dia dah meninggal. Itu sahaja. Sepanjang 3 bulan saya duduk dnegan dia, dia jaga saya. Dia jaga makan, pakai saya elok-elok. Dia beri saya keselesaan sepanjang masa.

Saya bukan lah nak bandingkan dengan awak, cumanya, saya tak nak awak buat tuduhan melulu. Zariel tu sakit, awak. Dia cuma rindukan arwah isteri dia. Dan sekarang, dia dah berubah. Dia nak mulakan hidup baru," lirih suara Rafanda meluahkan.

"Dah tu ? Kenapa nak culik kau ? Apa kena-mengena kau, dengan isteri dia yang dah meninggal tu ?" soal Riyadh lagi.

"Dia ingat, saya ni isteri dia. Muka saya, dan arwah isteri dia, hampir sama. Jadi, dia culik saya. Tolong maafkan dia ?" pinta Rafanda.

Riyadh menghela nafas perlahan lalu mengangguk.

Tiba-tiba Riyadh menghampiri Rafanda lalu memeluk isterinya. Kepalanya direhatkan di bahu si isteri.

"Terima kasih baby, sebab kembali. Maafkan kami, kalau ada sakitkan hati baby. Bibiy pun minta maaf, kalau ada salah silap. Ayan rindukan mommy dia. Bibiy selalu tipu dia, kata mommy kerja," air mata Riyadh mengalir.

Rafanda dengan senang hati membalas pelukan itu. Lama mereka berpelukan, sebelum dileraikan oleh Riyadh.

"Ayan jer rindu mommy ? Daddy dia tak rindu mommy, ke ?" usik Rafanda.

"Of course rindu !" cebik Riyadh.

Rafanda tergelak. Dalam hatinya bersyukur, dia masih dapat kembali ke pangkuan keluarga.

🩹 𝓑𝓮𝓻𝓼𝓪𝓶𝓫𝓾𝓷𝓰... ( 𝕊ℂ )

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now