☁️ 𝕊ℂ 8 - Penantian ☁️

534 26 0
                                    

" Saya redha andai ini takdirnya ... "

Rafanda memandang sekeliling bilik yang menempatkan dirinya itu. Biliknya tidak lah teruk seperti gudang atau kilang lama.

Bahkan ianya terlampau mewah dan cukup keperluan. Tanpa ia sedar, kakinya mula melangkah bangun dari katil.

Perlahan tapi pasti, kakinya melangkah meneroka ke setiap inci ruangan di dalam bilik tersebut.

Sebaik sampai di sebuah almari yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dia mengusik beberapa bingkai gambar di situ.

Satu bingkai gambar yang menarik perhatian diambilnya lalu ditilik.

Kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berpandangan dan saling tersenyum semasa hari perkahwinan mereka.

Gambar yang lain juga ditatap. Ada yang seperti mereka menyambut hari lahir, bercuti, honeymoon, dan sebagainya.

Tetapi, yang paling menarik perhatian adalah, wajah perempuan di dalam bingkai gambar tersebut.

Wajahnya, hampir sama seperti Rafanda !

Mungkin kerana itu dia diculik dan dibawa ke sini.

Klekk

"Sayang, sayang dah bangun ?" sapa Zariel, lelaki yang telah menculik Rafanda selama ini.

Bingkai gambar tersebut diletakkan kembali di atas meja dan dia berpaling ke belakang.

Zariel meletakkan dulang berisi makanan dan minuman di atas meja. Serta ada juga beberapa jenis ubat-ubatan.

"Sayang, makan dulu. Sayang belum makan lagi. Nanti masuk angin, sakit," ujar Zariel lembut.

Pada awalnya, Zariel memang sesekali berkasar kepada Rafanda. Tetapi itu jika dia melawan katanya sahaja.

Sejak Rafanda mulai mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh Zariel, lelaki itu mula berlembut.

Tiada lagi pukulan, tamparan, atau tengkingan yang didapatnya. Rumah itu juga sudah tidak bising seperti dahulu.

Rafanda menghampiri Zariel yang sedang tersenyum memandangnya.

"A-awak," panggil Rafanda.

"Iye, sayang ? Kenapa ?" soal Zariel.

Rafanda memandang Zariel seperti ingin meminta sesuatu.

"Boleh tak, s-saya nak makan bubur ?" pintanya perlahan.

Zariel tergelak kecil. Lengan Rafanda yang berbalut baju diusapnya.

"Boleh, sayang. Kenapa tak cakap jer dari tadi ? Tak perlu takut lah," kata-kata Zariel menenangkan hati Rafanda.

Lantas Rafanda menunduk sedikit kemudian tersenyum nipis.

"Terima kasih. Maaf susahkan awak," Rafanda mengusap perutnya.

"No worries, sayang. Untuk baby, semua boleh," Zariel tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.

Aku Atau Dia [C]Where stories live. Discover now