" Saya redha andai ini takdirnya ... "
4 bulan kemudian...
Kandungan Rafanda, Syatilla dan Qistina sudah sarat dan mencecah 9 bulan. Pergerakannya semakin terbatas dan mereka dijaga rapi oleh suami masing-masing.
Kini, Rafanda, Syatilla dan Qistina berada di dalam sebuah bilik di salah satu hospital. Mereka ditempatkan di wad yang sama dan hanya menunggu masa untuk bersalin.
"Liya, bersalin tu sakit sangat ke ?" soal Syatilla sedikit gentar.
Rafanda memandang wajah rakannya itu.
"Aku bukan nak takutkan kau. Tapi, jujur aku cakap, memang sakit. Sebab bersalin ni, 1/2 daripada mati. Lagi-lagi bersalin tanpa suami," balas Rafanda.
"Jahat mana pun seorang isteri, dia tetap perlukan seorang suami di sisi waktu dia bersalin. Kadang kesian dekat perempuan yang lelaki dah meninggal, dah cerai, laki hilang, curang, semua tu. Tapi, dah takdir kan ?" sambungnya lagi.
Syatilla dan Qistina mengangguk menyetujui kata-kata sahabatnya.
Tok tok tok
Klekk
"Baby !"
"Sayang !"
"Cinta !"
Rafanda, Syatilla dan Qistina tersengih suka. Siapa tak happy dah kalau suami ada depan mata ?
Riyadh pergi ke arah Rafanda lalu memeluk dan menciumnya. Riefqie dan Ilham turut ke arah Syatilla dan Qistina.
"Macam mana ? Ada sakit, tak ?" soal Riyadh sambil mengurut lembut perut isterinya.
"Tak sakit lagi. Lapar jer," senyuman terbit di bibirnya.
Riyadh menayangkan sebungkus plastik berisi nasi lemak ke arah Rafanda. Tahu lah yang isterinya mengidam nasi lemak.
"Wah, thank you !" ucap Rafanda teruja.
Rafanda memakan nasi lemak, Syatilla memakan bihun goreng dan Qistina memakan kuey teow yang dibeli suami mereka.
Selesai makan, mereka dipimpin untuk ke tandas bagi membasuh tangan. Seterusnya, hanya menunggu waktu melahirkan.
Baru sahaja Rafanda duduk, perutnya tiba-tiba sakit. Dia mengusap lembut perutnya, tetapi kesakitannya bertambah.
Mungkin, dah tiba masanya.
"Bibiy, sakit !"
"A-abang, s-sakit ! Arghhh !"
"Aduh ! Hubby, sakit-sakit !"
Terus ketiga lelaki itu bertukar kalut. Sudah lah masing-masing tiada pengalaman.
Akhirnya, mereka berlari keluar dan memanggil doktor. Berdegup laju jantungnya apabila terdengar isteri-isteri mereka semakin kuat menjerit.
![](https://img.wattpad.com/cover/296388654-288-k720536.jpg)
YOU ARE READING
Aku Atau Dia [C]
Mystery / ThrillerBOOK 04 [completed]✅ Start : 26 Januari 2022 End : 25 Februari 2022 🤎 𝕂𝕟𝕠𝕨𝕟 𝕒𝕤 Mr. Mafia Suami Aku 🤎 ♡︎ Riyadh × Rafanda ♡︎ " Saya redha andai ini takdirnya ... " Fatimah Rafanda Auliya . Seorang gadis polos yang disukai ramai . Sebut sahaj...