Busyairi sudah bersedia untuk bercakap di atas pentas itu bagi menjejaki sekumpulan pelajar yang ponteng kelas pada tempoh hari. Hari ini dia nampak kacak sekali setelah rambutnya dipotong kemas, berkemeja biru laut beserta tali leher biru pekat. Namun wajahnya seringkali berada dalam keadaan yang serius dan susah untuk nampak senyumannya. Para pelajar yang lalu di sebelahnya hanya mampu memberi salam tanpa dibalas salam itu.
Ketika sedang memberi maklumat dihadapan matanya melirik kiri dan kanan mencari kelibat Hanisah. Selalunya dia berbaris di barisan paling belakang sekali kerana senang untuknya bersembang walaupun guru sedang bercakap di depan. Hatinya tiba-tiba terasa rindu terhadap anak muridnya yang nakal itu. Tanpa mempedulikan Hanisah ada atau tidak disitu, dia tetap memanggil nama Hanisah untuk memastikan sama ada Hanisah hadir ke sekolah atau tidak pada hari ini.
Dia sudah berasa lali dengan perangai dan sikap Hanisah yang sering ponteng kelas dan sekolah. Berkali-kali dia sudah ditangkap namun hanya diberi amaran sahaja. Matapelajaran yang dia suka ponteng adalah Matematik dan Bahasa Inggeris. Hanisah sungguh tak suka dengan dua subjek itu. Namun tidak pula dia ponteng kelas Bahasa Melayu Cikgu Busyairi. Walaupun hari-hari dia dimarahi oleh Cikgu Busyairi.
"Nur Hanisah dan Maisarah Azhar sila datang ke bilik disiplin selepas ni!" Umum Cikgu Busyairi dengan nada yang keras dan menggerunkan pelajar-pelajar lain.
Laju-laju Maisarah mencuit bahu rakannya yang berada dihadapannya.
"Wei Hanisah cakap kat aku dia ponteng sekolah duh harini. Takkan aku kena pergi bilik disiplin sorang-sorang. Abistu aku nak jawab apa dengan Cikgu Busyairi tu?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada Alina.
"Kau kawan baik dia kan? Takkan kau taktau dia kemana? Aku ni taknak ambik tahu langsung pasal kawan kau yang sombong tu." Alina tidak menunjukkan sebarang minat untuk menjawab pertanyaan Maisarah.
Hanisah dan Alina memang tidak sebulu apatahlagi menegur sapa. Mereka bermusuhan bertahun-tahun lamanya walaupun mereka sekelas sejak di tingkatan tiga.
******************
Maisarah berjalan ke bilik disiplin dengan fikirannya yang bercelaru dan hati yang takut. Namun dia perlu menunjukkan wajah yang tenang untuk berhadapan dengan Cikgu Busyairi agak dia tidak dituduh melindungi rakan baiknya yang ponteng kelas. Maisarah mengetuk pintu bilik Cikgu Busyairi itu. Setelah terdengar suara Cikgu Busyairi yang menyuruhnya dia masuk, dia terus membuka pintu bilik disiplin itu. Dia terasa seperti diperhati beberapa orang pengawas sekolah yang berada di bilik disiplin itu namun dia tidak mengendahkannya.
"Maaf cikgu, ada apa ya cikgu nak berjumpa dengan saya dan Hanisah?" Maisarah menuturnya katanya dengan penuh berhati-hati agar dia tidak dijerkah oleh Cikgu Busyairi itu.
"Oh ya, sebenarnya saya nak jumpa dengan Hanisah je. Saya tak nampak pun kelibat dia pada hari ni. Dia tak datang sekolah ke? Atau kamu ada sembunyikan apa-apa daripada saya?" Lembut pula tutur kata Cikgu Busyairi hari ini sedangkan dia nampak seperti nak makan orang sahaja di tempat perhimpunan tadi.
"Saya tahu awak kawan baik dia. Jadi awak mesti tahu dia di mana sekarang kan?" Sambungnya lagi dengan menaikkan keningnya dia atas.
"Maaf cikgu saya betul-betul tak tahu dia kemana. Sama ada dia ponteng sekolah hari ni ataupun dia tidak sihat. Dia tak pernah beritahu saya kenapa dia tak datang sekolah. Malah kalau dia ponteng pun tak pernah dia ajak saya. Cikgu pun tau kan saya tak pernah ponteng sekolah? Jadi cikgu tidak perlulah tanya pada saya. Cikgu ada apa-apa lagi ke nak cakap dengan saya? Kalau boleh saya nak keluar dari bilik disiplin ni sekarang juga." Balas Maisarah dengan panjang lebar.
Cikgu Busyairi hanya mengangguk dan membenarkan Maisarah keluar.
"Kenapa aku tanya Maisarah eh? Sedangkan aku tahu dia tidak pernah ponteng sekolah. Dia jugak pelajar yang baik. Selalu siap kerja sekolah. Hormat guru-guru. Bagus Maisarah ni. Sikapnya jauh berbeza dengan rakan baiknya, Hanisah." Kata Cikgu Busyairi didalam hatinya.
********************
Rupa-rupanya Hanisah berada di rumah dan tidak hadir ke sekolah kerana dia tidak sihat. Hanisah sering batuk-batuk diselang-selikan dengan rasa loya dan muntah. Badannya begitu panas sehingga memaksa dirinya untuk terus baring sahaja di atas katil. Hendak berjalan pun kena berpaut pada dinding kerana kepalanya berada sakit dan pening.
Sudah berkali-kali Puan Nafisah menyuruhnya ke klinik dan dihantar oleh abangnya, Hanif. Namun Hanisah tetap dengan perangai degilnya untuk terus berehat di rumah dan hanya bergantung dengan Panadol saja.
"Nisah kamu pergi jelah klinik tu. Risau ibu tengok ni. Dari malam tadi kamu begini. Takde kurang langsung demam kamu tu." Jelas kerisauan diwajah Puan Nafisah.
Hanisah buat-buat tidak dengar saja bebelan ibunya. Bukan dia tidak mahu pergi ke klinik, cuma dia hanya takut dengan doktor. Begitulah perangai Hanisah sejak dari kecil. Trauma betul dia apabila disuruh berjumpa dengan doktor. Risau kena cucuk agaknya! Kalau boleh dia nak penyakitnya baik dengan sendirinya.
Hanisah terus bangun untuk ke bilik air setelah dia rasa nak muntah. Badannya benar-benar tidak bermaya dan kepalanya asyik berpusing saja daripada tadi. Hanisah tetap dengan pendiriannya tidak mahu ke klinik. Puan Nafisah hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kedegilan anak gadisnya itu.
Tiba-tiba ketika Hanisah hendak keluar dari bilik air dia hampir-hampir jatuh pengsan. Mujur Puan Nafisah sempat menyambut Hanisah dari terus rebah ke lantai.
"Hanif! Hanif! Tolong adik kamu ni cepat! Dia nak pengsan ni. Cepat bawak dia ke hospital sebelum jadi apa-apa pada dia!" Cemas kedengaran suara Puan Nafisah.
Hanif bergegas mengendong adiknya untuk dibawa masuk ke kereta. Puan Nafisah pulak cepat-cepat mencapai tudungnya untuk terus ke hospital. Di dalam perjalanan Hanisah terkulai layu dia riba ibunya. Mukanya pucat dan tidak bermaya. Dia juga tidak menjamah makanan yang disediakan oleh ibunya walau sedikit pun.
Akhirnya mereka sampai ke hospital dan Hanisah disambut oleh petugas kesihatan di hospital tersebut. Puan Nafisah dan Hanif diminta oleh doktor untuk menunggu diluar sahaja. Segala perkembangan dan punca sakit itu akan dimaklumkan oleh doktor dari masa ke semasa.
Puan Nafisah hanya mampu memandang bilik rawatan itu dengan pandangan yang sayu. Jarang anak-anaknya sakit seteruk ini. Sudah lama Hanisah tidak demam. Sekali dia demam boleh huru-hara dunia ni!
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomansaBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...