BAB 8

1.2K 40 1
                                    

   Hanisah sudah bersiap-siap untuk menunggu kedatangan Busyairi. Dia juga sudah menyiapkan tugasan yang diberikan dan membelek-belek begnya agar tiada buku yang tertinggal. Selepas sahaja menyemak keperluan yang perlu dibawa, dia mengambil shawl merah jambunya untuk dipakai. Setelah siap semua itu, Hanisah keluar untuk bersarapan pagi. Ibunya sejak jam lapan pagi sudah keluar dari rumah kerana ingin menyertai gotong-royong kenduri kahwin di rumah Mak Cik Senah. Jadi dia tidak dapat mengikuti kerana ada kelas tambahan secara perseorangan bersama Cikgu Busyairi.

   Pin! Pin! Hon kereta sudah berbunyi memecahkan kebisuan rumah kampung itu. Hanisah keluar dan mencapai kasut untuk dipakai. Dia melihat Busyairi yang kacak bercermin mata hitam yang sedang menunggunya di dalam kereta. Busyairi sempat melambainya ketika Hanisah sedang memakai kasutnya. Hanisah berjalan menuju ke keretanya dan membuka pintu hadapan untuk masuk ke kereta mewah itu.

   "Assalamualaikum cikgu. Boleh saya masuk ni?" Tanya Hanisah sambil mengukir senyuman.

   "Waalaikumussalam, masuklah." Balas Busyairi ramah dan memberi senyuman manis pada Hanisah.

   Busyairi dan Hanisah masing-masing tidak bercakap mahupun bertegur siapa ketika mereka memulakan perjalanan sejak sepuluh minit yang lalu. Namun pandangan mereka asyik bersilih ganti walaupun senyap. Busyairi hendak saja memulakan perbualan, tapi dia melihat Hanisah yang daripada tadi memandang ke arah luar tingkap.

   "Hanisah, awak okay ke? Dari tadi senyap je. Berbuallah dengan saya. Saya kalau naik kereta dengan orang mesti saya kena berbual dengan orang. Kalau tak saya mengantuk tau." Lembut saja suaranya.

   "Entahlah cikgu. Saya rasa janggal pulak naik kereta mewah camni." Balas Hanisah tenang.

   "Kenapa pulak? Saya beli kereta ni pun kereta terpakai saja. Nak beli yang baru saya masih tak mampu. Dan apa yang saya ada hari ni semua pinjaman Nisah. Allah yang bagi dan dia berhak ambil balik Nisah." Jelas Busyairi yang matanya masih fokus memandu kereta.

   "Kenapa kita tak bincang je pasal karangan ni kat sekolah semalam?" Hanisah sekadar bertanya. Dia melihat Busyairi sudah mengukir senyuman manis padanya.

   "Awak ni suka tanya soalan yang awak dah tau jawapannya tau. Semalam kan hari Jumaat. Saya perlu balik cepat sebab nak pergi solat Jumaat. Awak sanggup ke nak tunggu dalam bilik disiplin tu sampai jam dua petang? Saya okay je sebenarnya nak buat kelas petang tu pun. Tapi saya tau awak pun penat." Panjang lebar Busyairi membalasnya.

   "Saya tau awak tidur lewat kan Nisah? Sebab tu datang lambat. Sebab tu saya suruh awak balik rehat dan siapkan tugasan yang saya suruh buat semalam. Sebenarnya kan, saya sengaja bagi karangan tu lewat malam. Sebab saya nak awak buat dalam jam tiga pagi. Bolehlah awak bangun tahajjud sekali Hanisah" Tambah Busyairi sambil matanya memandang kearahnya. Hanisah sekadar mengangguk.

   Sampai sahaja di perpustakaan negeri Selangor itu, Busyairi terus memakirkan keretanya di tempat parkir kereta. Busyairi terus ke tempat duduk belakang dan mengambil beg Hanisah dan dibawa bersama. Hanisah sudah memandang Busyairi yang cukup aneh perlakuannya. Busyairi terus berjalan tanpa memandang ke arahnya yang sedang pelik memandangnya. Hanisah terus berlari mengejar Busyairi yang sudah jauh berjalan itu.

   "Cikgu beg tu saya boleh bawa sendirilah. Bukan berat pun." Kata Hanisah sambil menarik-narik beg sekolahnya. Namun tangannya sempat ditepis oleh Busyairi.

   "Biar saya bawa. Awak ikut je saya! Saya dah tolong bawakan beg awak sepatutnya awak kena ucap terima kasih! Bukan menghentak-hentak kaki awak tu!" Tegur Busyairi setelah melihat sikap kebudak-budakan dalam diri Hanisah.

   "Comel betul dia ni!" Getus hati Busyairi.

********************

   Sampai saja di perpustakaan tingkat dua itu, Busyairi terus menarik kerusi dan menyuruh Hanisah duduk. Hanisah sudah memberikan jelingan maut pada Busyairi yang sudah melayannya seperti pasangan kekasih pulak. Semua orang yang berada disitu asyik memandang saja ke arah mereka berdua. Namun, Busyairi hanya beriak biasa dan tidak mengendahkan pandangan orang yang berada disitu.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now