Hari ini, Hanisah sudah dibenarkan pulang dari hospital. Moodnya masih lagi tak okay. Sepanjang perjalanan dari hospital ke rumah tadi, dia hanya diam saja dan matanya hanya memandang luar sahaja.
Hanisah juga sedih setelah memandang buku-buku sekolah dia atas meja belajar itu. SPM sudah lama tamat. Apa yang menjadi kekesalan pada dirinya apabila dia tidak sempat mengambil peperiksaan SPM. Dia sudah tiada semangat untuk meneruskan hidupnya. Apa yang selalu terdetik di otaknya adalah mati. Ya, dia mahu mati!
"Nisah, jom makan sayang." Pujuk Hanif. Hari ini memang dia ambil cuti untuk menjemput adiknya pulang.
"Letak je situ. Nanti Nisah makan. Lepas ni janganlah sesiapa masuk dalam bilik ni. Abang pun sama. Pergi keluar!" Arahnya tegas.
Hanif kembali menutup pintu bilik adik perempuannya itu. Hanisah memang perlukan masa untuk bersendirian. Malah Busyairi pun dihalang ya untuk melawat Hanisah di rumah demi menjaga emosinya. Hanisah memang tidak mahu diganggu langsung.
Bang Ri, jangan datang melawat Nisah dulu ya. Dia masih stress dan taknak jumpa sesiapa pun.- Hanif
Okay Nif. Jagakan dia untuk abang ya.- Busyairi
Nanti abang dah nak pergi Ipoh, marilah jumpa Hanisah. Nanti saya try pujuk dia ya.- Hanif
Okay. Terima kasih Nif.- Busyairi.
**************************
Busyairi memandang screen telefonnya. Hanya mampu melihat sahaja gambar-gambar Hanisah yang di ambilnya daripada majalah sekolah tahun lepas. Baru dia tahu sebenarnya sejak daripada Hanisah tingkatan empat lagi dia sudah menyukai gadis itu. Namun dia cepat menafikan hatinya kerana masa itu pintu hatinya telah ditutup rapat untuk mana-mana wanita yang ingin mencuri hatinya."Saya rindu awak Hanis. Saya harap sebelum saya pergi nanti saya dapatlah meluahkan perasaan saya pada awak. Tolong jangan benci saya Hanis!" Monolognya di dalam hati.
"Hai Ri. Termenung apa tu?" Sergah Mazlan yang sudah pulang daripada dating dengan Azura. Tapi dia tidak terkejut pun sebab dia dah faham sangat perangai Mazlan ni.
"Teringat buah hati ke?" Macam tahu-tahu je apa yang difikir oleh Busyairi.
"Begitulah kot." Jawab Busyairi acuh tak acuh. Malas nak layan!
"Kau tak nak jumpa dia ke?" Soal Mazlan.
"Aku baru je nak pergi rumah dia tadi. Tapi Hanif dah Whatsapp aku katanya Hanisah tak nak jumpa sesiapa lagi. Jadi aku tak jadilah pergi rumah dia." Balas Busyairi.
Mazlan terus masuk ke biliknya. Busyairi sedang memikirkan idea bagaimana untuk dia rapat dengan Hanisah walaupun tidak berjumpa. Teringat kejadian di hospital tempoh hari, memang Hanisah terlalu marah apabila nampak mukanya.
Dia sudah mendapat idea! Busyairi terus mencapai kunci keretanya dan ingin pergi ke sesebuah kedai itu.
Sesampai sahaja di kedai itu, Busyairi terus melihat banyak bunga-bunga yang masih fresh dan cantik. Dia tahu Hanisah sangat sukakan bunga rose! Teringat dulu masa Busyairi bawak dia ke perpustakaan dan lalu di tepi kedai bunga, ternampak Hanisah sangat excited bila memandang bunga rose itu.
"Akak, saya nak beli bunga rose ni sejambak." Pinta Busyairi dan melambai-lambai ke arah jurujual itu.
"Boleh dik. Nanti akak uruskan ya." Balas jurujual itu sambil tersenyum.
"Akak, ada tak kad ucapan kecil tu?" Tanya Busyairi lagi.
"Ada dik."
"Saya nak satu ya. Akak tak perlu tulis pun. Biar saya tulis sendiri." Balas Busyairi. Jurujual itu hanya mengangguk.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...