BAB 15

1.1K 35 1
                                    

   Sejak kejadian pelajar kelas 5 Sains 2 dirotan secara berjemaah oleh Busyairi tempoh hari, banyak peningkatan mereka terutama dalam menulis karangan. Bukan itu sahaja, malah mereka kini seumpama kawan-kawan sahaja dengan Busyairi. Syukur Alhamdulillah peperiksaan pertengahan tahun yang telah dijalankan pada sebulan yang lalu telah menunjukkan kelas 5 Sains 2 adalah kelas yang terbaik daripada kelas 5 Sains 1 yang menjadi kelas paling hadapan di sekolah itu.

  Busyairi pula sudah selesai menyemak kedua-dua kertas Bahasa Melayu peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Gembira dirinya apabila melihat hampir kesemuanya berjaya memperoleh A dalam Bahasa Melayu. Hanya beberapa orang sahaja yang memperoleh gred C. Dan tiada seorang pun yang gagal berbanding dengan peperiksaan awal tahun yang lalu.

   Busyairi dengan Hanisah juga sudah semakin rapat dan hubungan mereka hanya diketahui oleh Maisarah sahaja. Namun, Hanisah hanya menganggap Busyairi sebagai guru sahaja dan tidak lebih daripada itu.

   "Ok, saya ada berita baik sekarang ni untuk semua anak-anak kesayangan saya ni. Saya gembira sangat tengok prestasi awak semua untuk peperiksaan pertengahan tahun ni. Banyak peningkatan dari peperiksaan awal tahun dulu. Syukur Alhamdulillah." Ucap Busyairi.
  
   Pelajar-pelajar lain sudah bersorak kegembiraan. Mereka tidak sabar untuk mengetahui markah Bahasa Melayu masing-masing.

   "Sebelum tu saya nak bagitahu kamu satu berita gembira lagi! Saya nak ucapkan tahniah kepada kamu semua kerana menunjukkan prestasi cemerlang dalam subjek-subjek lain juga. Kelas kamu dapat pujian Tai dari guru-guru sekolah sini." Ujar Busyairi yang sudah tersenyum itu.

   "Okay berbalik semula pada markah Bahasa Melayu kamu, saya akan umumkan siapa yang mendapat markah tertinggi dan siapa yang dapat gred paling bawah. Saya bukan nak buka aib kamu atau malukan kamu, tapi saya amat berbangga dengan kamu walaupun kamu dapat C. Sebab ia peningkatan yang amat ketara yang pernah kamu tunjukkan." Tambah Busyairi lagi.

   "Cepatlah cikgu! Kami tak sabar nak tau markah kami ni!" Amirul sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui markahnya.

   "Amirul ni ada je benda yang dia nak cakap. Memang tak reti duduk diam ye Mirul?" Busyairi sudah tersenyum melihat gelagat Amirul. Amirul sudah tersipu-sipu malu.

   "Okaylah saya akan umumkan sekarang. Markah tertinggi iaitu sebanyak 82% jatuh kepada....." Busyairi sengaja memberhentikan kata-katanya untuk menambah lagi rasa berdebar-debar kepada pelajarnya.

   Pelajar-pelajar lain masing-masing sudah menutup muka mereka. Ada yang sudah memejamkan mata mereka untuk menantikan nama siapa yang bakal disebut oleh Cikgu Busyairi itu.

   "Ehem ehem.. Tahniah kepada.....Hanisah!" Busyairi sudah mengumumkan siapa yang mendapat markah tertinggi.

   "Hanisah mari ke depan ambil kertas kamu ni. Tahniah ya. Teruskan prestasi kamu yang cemerlang ni!" Busyairi sudah memberi kata-kata semangat pada anak muridnya merangkap cinta hatinya.

   "Wow Hanisah!!" Jerit Amirul yang sudah mengetuk-ngetuk mejanya. Hyper betullah Amirul Ashraf ni.

    "Haih Mirul ni! Markah orang lain kenapa dia yang excited bebenor?" Satu kelas ketawakan Amirul! Sesekali keluar loghat Perak Busyairi.

   "Ok next, saya akan umumkan pula pelajar yang mendapat gred C untuk peperiksaan kali ini. Ada 3 orang sahaja dan saya takkan sebut markah dia. Cukuplah kamu tahu mereka dapat C. Okay yang pertama bagi tepukan pada..... Amirul Ashraf!" Satu kelas memberi tepukan gemuruh pada Amirul yang hyper itu. Amirul sudah mengucapkan terima kasih dan terus meledak ketawa Busyairi dan seluruh pelajar kelas 5 Sains 2.

   "Seterusnya saya mempersilakan Alina Natasha dan Iskandar Zulkarnain! Tahniah kesemuanya dan yang lain-lain sekali." Ucap Busyairi.

   "Kamu nak tahu sebab apa saya tak marah diorang yang dapat C ni?" Tanya Busyairi. Pelajar kelas 5 Sains 2 sudah menggelengkan kepala mereka.

   "Saya kenal anak-anak saya ni. Saya tahu mereka dah buat yang terbaik dan peningkatan yang mendadak daripada sebelum ni. Ketiga-tiga pelajar yang saya sebutkan tadi mereka fail dalam peperiksaan awal tahun yang lepas. Tapi kali ini mereka berjaya menunjukkan prestasi yang terbaik. Dari G ke C. Saya bangga dengan kamu semua!" Tambah Busyairi lagi yang sudah memberi senyuman pada anak-anak muridnya.

   "Jadi sebagai hadiah saya pada kamu semua, saya nak belanja kamu makan dan menonton wayang!" Umum Busyairi. Dia melihat Amirul lah yang paling excited seperti biasa.

   "Lah Mirul, over betul!" Alina sudah menunjukkan muka meluatnya. Amirul dan Alina memang tidak ditakdirkan untuk bersama. Asyik bergaduh saja!

   "Lina, biarlah Mirul tu. Kamu jangan benci sangat dengan dia Lina. Orang tua-tua kata kalau benci lama-lama nanti jadi sayang tau!" Busyairi sudah mengusik Alina.

   "Hello cikgu, pleaselah, saya tak hadap langsung lah dengan Mirul ni! Dahlah annoying" Alina sudah merajuk. Busyairi sudah ketawa mengekek-ngekek. Begitu juga dengan pelajar lain.

   "Ha dengar tu Lina! Karang kalau tetiba aku jadi suami kau, baru kau tau!" Amirul sudah menunjukkan perangai ulat bulunya. Nak termuntah Alina mendengarnya.

   "Cikgu, tengok Mirul ni!" Busyairi sudah tidak tahu nak berkata apa lagi walaupun umur mereka sudah memasuki 17 tahun, perangai mereka masih kebudak-budakan. Begitu juga dengan Hanisah. Tersenyum sendirian Busyairi apabila teringat kembali peristiwa di perpustakaan Negeri dulu. Comel betul Hanisah menghentak kakinya seperti anak-anak yang tak dapat beli aiskrim. Busyairi tersenyum sendirian.

   "Nanti kamu semua berpakatlah kita nak makan dekat mana. Pastu nanti ketua kelas boleh bagitahu saya dan saya akan uruskan semua. Saya bagi masa sampai Rabu ni je untuk kamu berbincang. Kalau lambat kamu bagitahu saya, kita cancelkan je. Hari Sabtu minggu depan kita pergi. Pasal tiket wayang tu saya dah uruskan awal-awal. Kamu just bagi nama je sapa nak join. Sapa tak join rugilah eh." Ujar Busyairi.

   "Sekarang kamu keluarkan buku Tatabahasa, kita sambung balik pelajaran minggu lepas." Arah Busyairi dan kembali serius.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now