BAB 41

780 26 0
                                    

4 Tahun Sebelum...

   "Abang! Abang! Bangunlah kejap! Hanis rasa sakit perut sangat ni!" Hanisah mengejutkan Busyairi yang masih lena tidur.

   "Kenapa sayang? Sayang nak beranak dah ke?" Tanya Busyairi yang sudah cemas.

   "Tak tahulah bang. Tapi sakit sangat ni!" Hanisah sudah mengerang kesakitan.

   "Jomlah sayang kita pergi hospital!" Busyairi terus mengangkat Hanisah dan terus meletakkan di atas kerusi roda.

   Busyairi terus menggapai kunci kereta dan mengambil telefonnya. Dia terus membawa Hanisah turun dari bilik dan terus memasukkan isterinya di dalam kereta. Hanisah sudah berada kesakitan yang teramat daripada tadi. Semakin la semakin kuat. Busyairi sudah memandu kereta dengan laju pada pukul 3:30 pagi.

   "Nurse! Nurse! Tolong! wife saya nak bersalin ni!" Busyairi sudah menolak Hanisah masuk ke dalam hospital.

   Mereka menolak kerusi roda Hanisah dengan begitu laju dan terus menolak masuk ke dalam bilik bersalin. Busyairi diarahkan untuk masuk dan menemani isterinya bersalin.

   "Sayang jangan risau! Abang ada ni!" Busyairi sudah menggenggam tangan isterinya. Terasa kesejukan di tangan Hanisah.

   "Abang, Hanis sakit ni!" Hanisah sudah hampir menangis.

   "Ye sayang, abang tahu! Sayang kena kuat ya!"

   "Sakit sangat ni bang!" Lagi kuat Hanisah mengerang kesakitan yang teramat.

   Doktor Sabrina sudah datang menghampiri Hanisah dan Busyairi. Dia sudah menenangkan Hanisah daripada terus menangis.

   "Puan jangan menangis! Nanti hilang tenaga puan!" Doktor Sabrina juga turut menenangkan Hanisah.

   "Puan dah boleh push sekarang ya!" Arah Doktor Sabrina.

   "Abang, sini abang!" Busyairi terus berpaling menghadap isterinya.

   "Ye sayang, abang ada ni! Abang pegang Hanis okay!"

   "Okay puan, boleh push dah ni! Saya kira puan terus push sekuat hati! Jangan angkat punggung ya dan jangan menangis! Nanti puan dah takde tenaga. Lagi susah nak push!" Kata Doktor Sabrina. Busyairi daripada tadi hanya memerhati sahaja sambil menenangkan juga isterinya.

   "Satu, dua, tiga! Okay push!" Arah Doktor Sabrina.

   Hanisah sudah mula meneran sekuat hati. Terdengarlah suara seorang tangisan bayi lelaki. Hanisah meneran lagi untuk anak yang kedua.

   Setelah beberapa kali meneran akhirnya keluarlah kedua-dua bayi Hanisah dan Busyairi ke bumi. Busyairi pun tidak sangka dia telah mendapat anak kembar sepasang. Tidak pernah terjangkau dek akal dia. Begitu jugalah dengan Hanisah. Hanisah sudah terkulai layu dan badannya sudah berpeluh-peluh. Sisa-sisa airmata yang masih berbaki di diseka oleh Busyairi. Berkali-kali Busyairi mencium tangan isterinya tanda berterima kasih dan bersyukur di atas pengorbanan isteri yang melahirkan zuriatnya.

   "Alhamdulillah tahniah Encik Busyairi dan Puan Hanisah kerana dikurniakan kembar sepasang." Jururawat terus menyerahkan bayi itu kepada mereka.

   Busyairi sudah menggendong dua bayinya untuk diazan dan diiqamatkan.

   "Allahuakbar Allahuakbar! Ashaduallailahailallah!........" Tanpa disedari airmata Busyairi sudah mengalir. Begitu juga dengan Hanisah. Sebak perasaannya.

   "Terima kasih sayang. Terima kasih banyak-banyak sebab sayang sanggup lahirkan zuriat kita. Syukur Alhamdulillah." Ucap Busyairi. Hanisah sudah memegang seorang anak lelaki manakala Busyairi pula memegang anak perempuannya.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now