Setelah penat pulang dari sekolah, Hanisah terus menuju ke biliknya tanpa mempedulikan ibunya yang sedang memasak di dapur. Dia terus mencapai tualanya lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum mendirikan solat fardhu zohor. Hatinya masih berbelah bahagi untuk mengikuti rancangan Maisarah untuk bermain boling.
Hanisah sebenarnya telah hidup susah selama beberapa tahun sebelum ini. Ayahnya telah meninggal dunia pada tiga tahun yang lalu akibat kemalangan. Ayahnya juga merupakan seorang tentera darat. Sikap kasar Hanisah adalah diwarisi daripada ayahnya. Suara ibunya telah memecah kesunyian rumah usang yang berada di pedalaman Kampung Kemunting ini.
"Hanisah, turun makan cepat! Nanti kamu tolong ibu hantar kuih-kuih ni di gerai Mak Jenab ya!" Jerit Puan Nafisah dari arah dapur.
Tanpa menyahut panggilan ibunya, Hanisah terus turun dari katil dan menuju ke dapur. Dia terus mengambil pinggan untuk makan tengah hari. Puan Nafisah hanya menggeleng kepala melihat kelakuan anak gadisnya itu. Dari kecik sehingga besar memang kasar perlakuannya. Puan Nafisah mengimbas kembali perangai anaknya semasa kecil dahulu. Bila teringatkan semula hatinya tersenyum dan ingin ketawa.
12 tahun yang lalu.
"Ibu! Ibu! Adik jatuh pokok ni! Tadi dia memanjat!" Petah sungguh anak sulungnya Hanif berkata-kata.
Puan Nafisah terkejut lalu bergegas keluar dari rumah untuk melihat keadaan anaknya. Perasaan bimbang telah menyelubungi hatinya. Dia telah melihat anaknya terjelepok jatuh dan mengaduh kesakitan.
"Nafisah berkali-kali dah ibu pesan jangan panjat pokok tu. Kamu terlalu degillah Nisah. Nanti ayah balik kamu jawablah sendiri dengan dia. Banyak kali dah ibu pesan, tapi kamu taknak dengar! Bahaya tau panjat pokok ni. Kalau atas tu ada kerengga ke sarang tebuan ke camana? Kamu tak takut?" Bebel Puan Nafisah pada anak gadisnya.
"Maaf ibu. Hanisah janji takkan panjat dah pokok tu." Teresak-esak Hanisah menangis setelah dimarahi ibunya.
Puan Nafisah hanya mengangguk dan memandang wajah anaknya dengan pandangan yang sayu. Inilah satu-satunya anak perempuan yang dia ada selepas kelahiran anak sulungnya Hanif yang berusia sembilan tahun itu. Puan Nafisah memanggil Hanif untuk membantu Hanisah masuk ke dalam rumah dan mencuci luka yang ada di lutut Hanisah. Hanif hanya mengangguk dan terus mendapatkan Hanisah tanpa membantah sedikit pun. Hanif sememangnya anak yang baik dan sifatnya jauh berbeza dengan Hanisah yang lasak itu.
********************
Hanisah berjalan menuju ke gerai Mak Jenab untuk menghantar kuih-kuih yang dibuat oleh ibunya. Ibunya memang selalu menjual kuih pada waktu petang. Biasanya kuih-kuih itu habis dijual apabila orang yang baru pulang dari kerja berpusu-pusu ke gerai Mak Jenab untuk membeli kuih-muih buatan ibunya. Selalu Hanisah terdengar orang memuji kuih yang dibuat oleh ibunya. Tanpa disedari Hanisah tersenyum sambil mengalirkan airmatanya. Inilah punca pendapatan mereka sekeluarga selepas pemergian arwah ayahnya beberapa tahun lalu.
Hanisah terpandang satu sosok tubuh yang amat dikenalinya keluar dari kereta dan menuju ke gerai Mak Jenab. Dia hanya memerhati lelaki itu dari jauh saja supaya lelaki itu tidak perasan yang dirinya sedang diperhati. Hanisah kenal benar dengan lelaki itu kerana lelaki itu telah membuatnya dia terjatuh hati padanya.
Busyairi ternampak Hanisah yang asyik memerhatinya dari jauh sambil erat memegang bakul kuih itu. Dia berasa hairan mengapa Hanisah berada di gerai itu sambil memegang bakul kuih itu. Tidak terfikir pula rupanya kuih yang dimakan sebelum ini adalah kuih buatan ibu Hanisah setelah mendengar penjelasan Mak Jenab sebentar tadi. Tidak sangka kuih karipap pusing yang dimakan olehnya setiap hari selepas pulang dari sekolah adalah kuih buatan ibu Hanisah. Tiba-tiba Busyairi tersenyum sendiri sambil berjalan ke arah Hanisah yang daripada tadi ralit memandangnya.
Langkah Busyairi semakin hampir dengan sosok tubuh Hanisah. Hanisah masih lagi tidak perasan kehadiran gurunya yang semakin hampir dengannya apabila dia tersenyum sendirian. Sehingga berkali-kali Busyairi melambai-lambai tangan ke arahnya, dia masih tidak berganjak dari situ malah lambaian tersebut tidak dibalas.
Busyairi merengus geram lalu menjerkah Hanisah yang berada disitu. Dia tidak hirau walau semua orang sedang memandangnya dengan wajah yang pelik. Malah terdiam seketika mereka yang sedang menjamu selera di gerai itu dan ada juga yang tersedak selepas mendengar jerkahan Busyairi. Mujur juga tiada yang kena serangan jantung disitu. Busyairi mengurut kembali dadanya dan menenangkan diri seketika.
"Maaf cikgu. Maaf. Saya tak perasan cikgu panggil tadi." Gementar bunyi suara Hanisah. Busyairi hanya tersenyum melihat Hanisah yang kelam kabut mengangkat bakul kuih yang jatuh selepas terdengar jerkahannya sebentar tadi. Busyairi kembali dengan wajah seriusnya seperti di sekolah sambil memandang Hanisah. Dia memandang Hanisah tepat ke dalam anak matanya sehingga dia merasakan debaran di dadanya apabila terpandang gadis cantik dihadapannya.
"Cantik juga perempuan ni..." Bisik hatinya setelah melihat Hanisah yang telah menundukkan wajahnya dari melihat dan bertentang mata dengan gurunya.
"Maaf cikgu saya balik dulu ya. Terima kasih sudi beli dan rasa kuih ibu saya." Hanisah menyambung kembali perbualan yang tertangguh sebentar tadi.
Busyairi hanya mampu memandang Hanisah yang berjalan untuk melintasi jalan besar tersebut. Hatinya berasa sayu seketika selepas melihat Hanisah yang sanggup membantu ibunya walaupun dia masih tidak mengenali latar belakang keluarga anak muridnya itu.
"Kenapa aku berdebar-debar ya bila tengok dia? Tak mungkin aku dah jatuh cinta padanya. Kemon Busyairi dia cuma budak sekolah. Takkan kau jatuh cinta pada budak sekolah?" Busyairi hanya mampu bermonolog di dalam hati sambil berjalan menuju ke keretanya.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...