6 Tahun Kemudian...
"Sayang tengok apa tu?" Tegur Busyairi lembut dari belakang.
"Hanis teringat semula kenangan lama kita bang. Sedar tak sedar dah nak masuk 7 tahun kita kahwin kan. Syukur Alhamdulillah."
"Alhamdulillah sayang. Abang pun tak sangka umur abang dah masuk empat series tahun ni kan. Abang ni dah tua, tapi isteri muda lagi." Busyairi sudah tergelak. Begitu juga dengan Hanisah.
"Tua-tua abang pun, abang masih kacak, handsome bagai. Tak nampak macam orang umur 40an." Hanisah sudah menepuk pipi suaminya yang sudah duduk di sebelah.
"Zafir dengan Zafirah dah tidur ke bang?" Tanya Hanisah.
"Dah. Penat sangat kot seharian main dekat pantai tu. Tu senang sangat tidur malam ni."
"Sayang fikir apa tadi sebenarnya? Ceritalah dengan abang." Busyairi sudah melabuhkan punggung di sebelah Hanisah.
"Entahlah. Hanis fikir banyak benda lah bang. Bermula daripada Hanisah kemalangan dulu sampailah SPM. Banyak kenangan pahit manis yang kita hadapi kan bang. Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh kita."
"Cerita lama tak usahlah dikenang sayang. Sayang dah ready ke nak sambung master pulak ni? Nanti abang dengan anak-anak kena tinggal lagi." Busyairi sudah menunjukkan wajah sedihnya.
"Ala abang. Dekat Seri Iskandar je pun sayang belajar. Tak jauh kan dari Ipoh tu. Esok kita nak gerak balik Ipoh dah kan? Abang tak tidur lagi? Nanti nak drive abang mengantuk pulak."
"Nantilah sayang kejap lagi abang tidurlah. Ni nak tanya sikit boleh?" Tanya Busyairi.
"Tanya apa tu?"
"Dah lama sayang pendam manuskrip tu. Bila sayang nak hantar dengan penerbit?"
"Entahlah bang. Hanis taktau caranya. Lagipun tengah sibuk nak study ni kan."
"Kalau macam tu abang boleh tolong. Nanti sayang hantar manuskrip tu dekat e-mail abang, nanti abang carilah mana-mana penerbit yang bagus-bagus untuk hantar manuskrip tu. Setuju tak?"
"Boleh ke bang? Tak susahkan abang ke ni?"
"Taklah sayang. Dahlah jom masuk tidur."
Busyairi menolak Hanisah masuk ke dalam hotel. Dia terus mengangkat Hanisah dan diletakkannya di atas katil. Bertahun-tahun kahwin, itulah rutinnya dan dia tidak pernah jemu untuk membantu isterinya ke sana ke mari.
********************************
"Eh maaf cikgu, maaf. Saya tak sengaja terlanggar cikgu." Lelaki itu terus menunduk ke bawah untuk mengambil buku-buku yang sudah jatuh itu."Maaf cikgu. Mari saya bantu cikgu." Kata Busyairi.
"Eh takpa takpa. Saya dah kutip semua buku saya ni." Kata lelaki itu.
Dia terus bangun dari situ dan membalas senyuman ke arah Busyairi. Baru sahaja lelaki itu nak berlalu dia menoleh ke arah Busyairi kembali.
"Cikgu!" Panggil lelaki itu.
"Ya, ada apa ya cikgu?" Balas Busyairi masih tidak dapat mengecam guru lelaki yang berada di hadapannya kini.
"Ya Allah kecilnya dunia ni cikgu ya!" Lelaki itu terus memeluk Busyairi. Busyairi sudah melepaskan pelukan lelaki itu. Pelik! Siapakah dia?
"Kamu siapa ya? Saya macam pernah tengok kamu. Tapi saya tak ingatlah." Balas Busyairi sudah menggaru-garukan kepalanya.
"Cikgu Busyairi dah tak ingat saya ke? Saya Amirul cikgu! Bekas anak murid cikgu enam tahun lepas. Cikgu ingat tak?" Amirul menceriakan suaranya.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomansaBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...