Mazlan sudah menyalin semula soalan karangan yang telah diberikan oleh Busyairi semalam di dalam kertas kosong. Sebentar lagi dia akan masuk ke 5 Sains 2 untuk menggantikan Busyairi yang kini berada di hospital. Jam sudah pun menunjukkan pukul 11:30 pagi dan dia terus berlalu keluar dari bilik guru dan bergegas ke kelas 5 Sains 2 itu.
"5 Sains 2 ke ni?" Soal Mazlan kepada kelas 5 Sains 2 itu.
"Ye cikgu!" Jerit Amirul pelajar paling nakal di dalam kelas itu.
"Sekarang waktu BM kan?" Tanya Mazlan pada kelas tersebut. Dan pelajar kelas itu hanya mengangguk saja.
Ketua kelas sudah mengarahkan pelajar kelas itu untuk bangun dan memberi salam kepada Cikgu Mazlan yang baru masuk ke kelas mereka. Mereka pandang Mazlan dengan wajah yang pelik dan tertanya-tanya kerana Busyairi tidak pernah lagi tidak hadir ke sekolah sebelum ini dan kelas Bahasa Melayu tidak pernah digantikan dengan mana-mana guru lain.
"Ok duduk semua! Hari ini saya akan menggantikan Cikgu Busyairi kamu yang tidak dapat hadir ke sekolah hari ini." Mazlan memberitahu tentang ketidakhadiran Cikgu Busyairi pada hari ini.
"Saya taknak kamu bising sebab cikgu kamu dah bagi kamu semua kerja sekolah. Kamu tengok apa yang saya akan tulis di depan ni ya." Mazlan sudah mengarahkan mereka mengeluarkan sehelai kertas untuk menulis tajuk karangan yang akan diberikan sebentar lagi.
"Kenapa Cikgu Busyairi tak datang cikgu?" Soal Amirul. Tidak boleh duduk diam langsung Amirul ni.
"Cikgu kamu masuk hospital semalam. Dia tak sihat. Dah jangan banyak tanya. Tulis tajuk karangan ni dan siapkan dengan cepat. Cikgu Busyairi suruh saya kutip hari ni juga. Siap ke tak siap ke kamu tetap kena hantar harini juga sebelum waktu BM ni tamat. Faham?!" Mazlan terus berlalu duduk dan tidak berminat untuk menjawab pertanyaan pelajar kelas itu lagi. Risau karangan mereka tak mampu siap.
"Kamu buat dulu karangan tu sampai siap. Karang baru saya bagitahu kenapa Cikgu Busyairi tak dapat hadir harini." Jawab Mazlan sambil matanya tertumpu pada laptopnya untuk meneruskan kerjanya.
"Oh ya, kamu tidak dibenarkan meniru ya. Cikgu Busyairi kata ini ujian karangan kamu yang kedua. Dan kamu wajib dapat markah 80 keatas kalau kamu taknak dikenakan hukuman nanti. Kalau tengok tajuk tu senang je dia bagi. Jadi pastikan kamu kena dapatkan markah yang tinggi ya!" Ujar Mazlan dengan nadanya yang berbaur amaran itu.
Sesekali mata Mazlan melirik ke arah pelajar kelas 5 Sains 2 itu. Mereka serius menyiapkan karangan yang diberikan oleh Busyairi. Tidak ada seorang pun yang bersembang ataupun tidur. Matanya tertumpu pada Hanisah yang juga sedang tekun menyiapkan karangan itu.
"Budak ni ke yang Busyairi minat sangat tu sampai jatuh cinta katanya.." Fikir Mazlan di dalam hati.
"Pandai si Busyairi pilih. Memang lawa pun Hanisah ni." Katanya di dalam hati lagi.
********************
"Ada sesiapa lagi tak hantar karangan ni?" Tanya Mazlan"Semua dah cikgu!" Jawab pelajar kelas 5 Sains 2 itu serentak.
"Kelas kamu ada berapa orang harini? Semua datang ke?" Tanya Mazlan pada ketua kelas 5 Sains 2.
"30/31 je yang hadir harini cikgu. Seorang tak hadir kelas kami harini." Balas Hafizam ketua kelas itu.
"Okaylah, semua duduk sekarang! Saya nak bagitahu kamu sesuatu perkara ni. Masa saya tinggal lagi 10 minit saja di kelas kamu ni." Serius kedengaran suara Mazlan.
Pelajar kelas 5 Sains 2 semua sudah duduk di tempat masing-masing dan fokus mendengar apa yang bakal dikatakan oleh Cikgu Mazlan itu. Mazlan sudah memandang muka seorang demi seorang anak-anak murid Busyairi itu. Nampak daripada riak wajah pelajar kelas itu, mereka berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang. Namun, sikap mereka yang tidak serius mahu belajar yang mendatangkan masalah pada guru-guru yang mengajar di kelas mereka. Tak dinafikan pun kelas ini sering mendapat perhatian dari semua guru-guru di sekolah ini terutamanya dari segi keputusan peperiksaan dan masalah disiplin itu. Patutlah Busyairi hampir give up mengajar di kelas ini.
"Dengar sini semua dan saya nak kamu berikan sepenuh perhatian pada saya. Dengar baik-baik apa yang saya nak cakap ni kalau kamu sayang pada Cikgu Busyairi kamu tu." Semua pelajar sudah kembali serius dan tidak sabar mahu mendengar apa yang diperkatakan oleh Mazlan.
"Saya merupakan housemate dengan Cikgu Busyairi kamu. Jadi saya tahu apa yang jadi pada dia. Semalam Cikgu Busyairi dah menunjukkan dirinya tidak sihat dan sering muntah-muntah serta suhu badannya naik mendadak sehingga 40 darjah celcius." Jelas Mazlan panjang lebar.
"Kamu nak tahu kenapa dia jadi macam tu?" Semua pelajar kelas itu sudah mengangguk.
"Semua disebabkan kamu semua! Selepas dia menanda kertas karangan kamu terus dia jatuh sakit. Kamu punya karangan macam kamu semua ni tak pernah belajar cara-cara nak buat karangan dengan baik! Cikgu Busyairi sampai memukul-mukul kepalanya sendiri sebab stress baca karangan kamu semua. Dia takut dia akan disoal oleh pihak atasan sebab kamu punya karangan macam sampah semuanya!" Mazlan sudah mula naik angin kepada pelajar kelas itu. Terus berubah muka mereka.
"Tekanan darah dia sangat tinggi. Kalau saya lambat hantar dia ke hospital dia boleh kena strok! Masa cikgu kamu mengajar memang kamu tak beri perhatian ke? Kamu buat apa masa dia tengah mengajar sebelum ni?" Pelajar kelas 5 Sains 2 sudah tidak mampu untuk mengangkat muka lagi apabila melihat muka Mazlan yang sudah kemerah-merahan menahan marah.
"Semalam juga saya yang tolong semakkan karangan separuh daripada kamu. Ada seorang dua sahaja yang dapat markah 80 keatas. Yang lain semua bawah 50. Dah siap dah pun saya tanda kertas karangan kamu tu. Saya dah tengok markah seorang demi seorang. Cikgu kamu tak suruh pun saya semak. Saya yang offer nak tolong semakkan. Saya dah bandingkan dengan karangan budak-budak kelas hujung yang saya ajar tu. Karangan diorang lagi bagus dari karangan kamu semua! Saya betul-betul tak fahamlah kenapa kelas harapan sekolah macam kamu ni agak lemah dalam subjek Bahasa Melayu yang wajib lulus dalam SPM ni." Mazlan sudah mengurut-ngurut kepalanya.
"Nanti kalau cikgu kamu dah datang, kamu pujuklah dia baik-baik. Jangan buat dia marah lagi. Kamu berpakatlah dengan kawan-kawan kamu ni camana nak minta maaf kat dia. Okaylah masa saya dah habis dah pun ni. Cikgu kamu dah tunggu kat luar tu. Duduk-duduk. Tak payah bangun." Mazlan terus mengambil begnya dan terus berlalu keluar daripada kelas 5 Sains 2 itu.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomantikBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...