BAB 4

1.4K 47 3
                                    

   Busyairi telah mendapat panggilan daripada guru kelas Hanisah semalam. Dia menyatakan bahawa Hanisah tidak hadir ke sekolah beberapa hari bukan disebabkan ponteng tetapi dia telah disahkan menghidap demam denggi. Mujurlah guru kelasnya memberitahu sebab Hanisah tidak hadir ke sekolah. jika tidak, sudah pastinya dia menyangka Hanisah ponteng sekolah selama ini. Busyairi juga mencadangkan untuk ke hospital bagi melawat Hanisah dan melihat keadaannya sama ada okay ataupun sebaliknya. 

   Dia terus mencapaikan kunci keretanya untuk ke hospital pada pagi ini. Sebelum sampai ke hospital dia singgah ke kedai untuk membeli buah tangan. Takkanlah dia nak pergi melawat orang sakit dengan tangan kosong saja. Malulah dia nanti. sampai sahaja di hospital, dia terus menuju ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan dimana bilik ward Hanisah. Hanisah pasti terkejut dengan kehadirannya yang tidak dirancang itu.

   "Assalamualaikum. Ni bilik Hanisah ke?" Busyairi memberi salam dengan sopan dam lembut nadanya.

   "Waalaikumussalam. Ya, ini bilik Hanisah. dia ke tandas sekarang ni. Awak siapa ya?" Puan Nafisah membalas dengan senyuman diwajahnya.

   "Saya Busyairi puan, guru Bahasa Melayu Hanisah di sekolah. Guru kelasnya ada telefon saya katanya Hanisah masuk hospital. Saya dah lama tak nampak Hanisah di sekolah. Rupanya dia tidak sihat ya." Balas Busyairi dengan ramah.

   "Oh maaf ya cikgu, anak saya tak sihat beberapa hari sebelum ni. Dia pengsan di rumah haritu sebab tu kami bawah dia ke hospital terus. Memang saya risau sangat dengan keadaan dia waktu tu." Puan Nafisah menjekaskan keadaan anaknya dengan teliti sekali.

   Puan Nafisah nampak muka risau di wajah Busyairi. namun dia hanya bersangka baik bahawa Busyairi risau terhadap kesihatan anak muridnya. Dia tidak mengesyaki apa-apa pun bila melihat wajah Busyairi yang terlalu risau itu.

********************

   Hanisah terkejut dengan kehadiran gurunya di hospital. Ibunya telah meninggalkan dia bersama Busyairi di dalam ward itu untuk turun ke cafe hospital. Hanisah nampak gelisah apabila Busyairi memandangnya tanpa berkelip mata. Hendak saja dia hempuk muka Busyairi itu. Hanisah kembali beriak biasa berhadapan dengan gurunya itu.

   "Camana cikgu tau saya masuk hospital ni? Setahu saya, mak saya tak bagitahu sesiapa lagi yang saya masuk hospital sejak tiga hari lalu." Hanisah memulakan perbualannya sambil berjalan menuju ke katilnya.

   "Cikgu Rusila yang telefon saya. Katanya awak masuk hospital. Dia suruh saya wakilkan dia untuk melawat awak sebab dia ada kursus selama empat hari di Terengganu." Balas Busyairi sambil dirinya sibuk membuat air untuk Hanisah. Hanisah hanya memandangnya dengan riak muka yang meluat.

   "Amboi cikgu, datang sini terus buat air ye untuk diri sendiri. Kat rumah tak minum ke?" Sindir Hanisah. Busyairi hanya beriak biasa dan tidak menjawab pertanyaan Hanisah. Dia tahu Hanisah sedang menyindirnya.

   "Awak sindir saya ke?" Ringkas jawapan Busyairi.

   "Saya buat air ni untuk awak la Hanisah. Awakkan masih tak sihat. Awak taknak ke rasa air tangan saya ni? Saya ni nak masak tak reti. Buat air saya terror la." Jawab Busyairi lagi dengan senyuman yang manis diberikan kepada Hanisah.

   "Yang cikgu ambil berat sangat pasal saya kenapa? Perli saya eh? Kat sekolah saya ni asyik kena jerkah je dengan cikgu. Pastu harini siap datang melawat saya lagi di hospital. Saya ni sakit macam ni selepas cikgu jerkah saya haritu kat gerai Mak Jenab. Cikgu lupa ke?" Hanisah meninggikan sedikit suaranya.

   "Okay pasal tu saya betul-betul minta maaf pada awak. Saya betul-betul tak sengaja." Balas Busyairi pula sambil tangannya mmebetulkan rambutnya.

   Hanisah hanya memandang segala pelakuan Busyairi pada ketika itu. Tidak berkelip matanya memandang Busyairi. Busyairi pula asyik curi-curi pandang saja pada Hanisah. Comel betul dia bila pakai shawl tu. Tak pernah dia nampak Hanisah secantik ini. Tak sangka dia rupanya Hanisah ini adalah gadis yang cantik pada matanya bila dia mengenakan shawl.

   "Cikgu. Cikgu. Cikgu!" Suaranya mula meninggi sambil melambai-lambai tangan ke arah Busyairi. Namun tiada tindak balas. Suaranya naik beberapa oktaf.

   "Cikgu!" Panggilnya lagi.

   "Oh maaf, maaf. Saya tak perasan awak panggil saya." Kelam kabut Busyairi membetulkan kaca mata hitamnya.

   "Cikgu dah pandai mengelamun ya? Tulah suka sangat tuduh saya mengelamun dalam kelas. Sikit-sikit jerkah saya!" Balas Hanisah dengan nada suaranya seakan merajuk.

   "Comel betul dia ni." Hanisah terdengar apa yang diebut oleh Busyairi walaupun perlahan suaranya memuji Hanisah comel.

   "Cikgu cakap saya comel ya?" Hanisah saja mengusik Busyairi. Busyairi sudah tersipu-sipu malu. Merah mukanya.

   Busyairi sengaja menukar topik perbualan kali ini agar Hanisah tidak ragu-ragu lagi padanya. Sebelum dia masuk bilik ward Hanisah, dia terlebih dahulu berjumpa doktor yang merawat Hanisah. Dia hanya memerlukan penjelasan dari doktor tentang keadaan terkini Hanisah.

   "Tadi saya jumpa doktor Salman." Perbualan Busyairi terhenti disitu selepas Hanisah menyampuk perbualannya. Tapi dia hanya membiarkan sahaja kerana sudah pastinya Hanisah ingin tahu keadaan sebenar dirinya.

   "Isnin ni awak dah boleh discharge. Jadi Doktor Salman kata dia bagi awak cuti sehari lagi. Jadi hari Rabu ni saya nak tengok muka awak di sekolah memandangkan keadaan awak hari ini sudah kembali sihat dan bertenaga. Kalau awak tak hadir Rabu ni bermakna awak ponteng! faham?" Perlahan-lahan Busyairi menusun setiap tutur katanya memandangkan Hanisah masih lagi perlu berehat di hospital selama beberapa hari lagi.

   "Hari Khamis nanti saya akan adakan kelas karangan. Dua jam waktu saya nanti dan kita akan belajar tentang karangan sahaja. Jadi saya taknak seorang pun daripada kelas 5 Sains 2 tidak hadir ke sekolah pada hari Khamis tu termasuk awak! Perkara ni saya dah cakap pada rakan sekelas awak semalam." Serius kedengaran suara Busyairi. Begitu juga dengan wajahnya.

   Hanisah tau bahawa Busyairi sangat serius apabila membincangkan tentang pelajaran. Tidak berani dia hendak menjawab jauh sekali membantah setiap suruhan Busyairi. Ya, di sekolah Busyairi tidak akan menjadi peramah seperti hari ini. Di sekolah, dia hanya banyak diam dan berperwatakan serius dan susah hendak melihat Cikgu Busyairi senyum seperti sekarang.

   "Mak saya mana ye cikgu? Dari tadi cikgu je yang teman saya. Risau saya ni menyusahkan cikgu pula." Soal Hanisah.

   "Mak awak ada je tunggu di luar. Dia saja je nak bagi kita masa untuk sembang berdua." Busyairi menunjukkan senyuman nakalnya. Terpikat pula Hanisah melihat senyuman manis gurunya ini. Patutlah di sekolah susah benar nak senyum. Mahal rupanya nilai senyuman Cikgu Busyairi ini. Sesiapa saja yang melihat pasti terjatuh cinta!

   Setelah satu jam mereka bersama, Busyairi meminta diri untuk pulang kerana banyak lagi tugasnya yang belum selesai di rumah. Hanisah hanya senyum memandang guru disiplin itu. 

   "Hari Rabu dan Khamis nanti awak wajib datang ya kalau awak taknak tengok saya bertukar jadi serigala." Tuturnya dengan wajah yang serius tetapi mahu tergelak Hanisah mendengarnya. Busyairi melambai-lambai tangannya sebelum kelibatnya hilang daripada pandangan mata Hanisah. Hanisah tersenyum bahagia. Dia merasakan hari ini adalah hari yang paling bahagia bagi dirinya. Dapat juga dia meluangkan masa dengan guru kesayangannya.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now