BAB 38

778 23 0
                                    

   Keputusan peperiksaan SPM tahun lepas bakal keluar pada esok hari. Sudah tentulah calon SPM pada tahun lepas sudah berasa berdebar dan gemuruh. Perasaan itu juga wujud pada Hanisah.

   "Abang, result SPM Hanis nanti nak ambil dekat mana?"

   "Ambil dekat JPN sayang. Calon persendirian semua ambil di JPN. Sayang dah mula nervous ke?"

   "Yelah abang. Hanis dah start nervous dah ni."

   "Esok jam 9:30 pagi pastikan sayang dah siap tau. Sebab nanti abang akan datang ambil sayang kita terus ke JPN."

   "Abang boleh ke keluar waktu-waktu macam tu?"

   "Boleh sayang. Abang dah beritahu pengetua. Pengetua pun dah kenal dengan sayang tau. Lagipun JPN Perak ni dekat je dengan rumah. Jadi takde masalah pun." Jelas Busyairi.

   "Sayang jangan check result tu dekat mana-mana lagi tau. Online ke, SMS ke. Biar kita pergi JPN sama-sama." Hanisah mengangguk.

   "Abang, kalau sayang tak boleh mengandung camana?" Tanya Hanis tiba-tiba membangkitkan soal itu.

   "Sayang kenapa macam ni?"

   "Kita dah cuba banyak kali dah. Tapi takde tanda-tanda pun. Hanis risaulah abang." Balas Hanisah. Wajahnya nampak membimbangkan.

   "Sayang, kita dah pernah pergi check kan? Doktor pun kata kita berdua sihat. Apa yang sayang nak risau laginya?" Balas Busyairi. Suaranya dilembutkan.

   "Kalau kita takde anak, abang masih sayangkan Hanis tak?" Sebak suaranya.

   "Hei sayang..." Lembut suara Busyairi memanggil dan memujuk isterinya.

   "Pandang muka abang. Kita ada anak atau tidak, itu semua ketentuan Allah. Allah akan bagi kita anak dalam masa yang sesuai. Kadang kita rasa kita dah sedia nak ada anak, tapi pada Allah kita belum bersedia. Lagi satu, ada anak atau tidak, kasih sayang abang pada isteri abang ni takkan pernah pudar. Abang terlalu sayangkan Hanis. Banyak kali dah abang cakap benda ni. Abang harap lepas ni kita jangan cakap soal anak semua ni. Kita serahkan semua pada Allah. Allah nak bagi, dia akan bagi. Kalau dia taknak bagi, adalah sebab dan hikmahnya yang kita tak tahu. Lepas ni jangan tanya dah pasal benda ni. Kita terus je berusaha. Insya-Allah ada rezeki kita akan datang." Busyairi sudah mencium dahi isterinya.

   Hanisah berasa selesa dan tenang bila berada dalam dakapan Busyairi. Busyairi saja mampu menenangkan hati dan jiwanya bila terfikir soal anak. Ya, Hanisah bimbang sekiranya dia tidak mampu beri zuriat. Tapi pada Busyairi dia akan terima Hanisah seadanya.

********************************
    "Abang, berapa Hanis dapat ni?"

   Busyairi yang masuk kereta itu sudah menunjukkan wajah yang sedih. Hanisah dah dapat agak dah bagaimana dengan keputusan SPMnya. Dia reda sajalah sebab mungkin itu sedang rezeki yang Allah tetapkan untuk dia.

   "Kenapa abang senyap je ni? Cakaplah!" Busyairi terus bagi slip keputusan kepada isterinya.

   "Tengoklah sendiri." Sebak suaranya. Hanisah terus mengambil slip keputusan di tangan suaminya dan terus membuka slip itu.

   "Abang! Betul ke ni?"

   "Congratulations sayang abang! Abang happy sangat!" Busyairi sudah memeluk isterinya.

   "Alhamdulillah abang! Hanis dapat 6A 3B! Alhamdulillah syukur!"

   Hanisah sudah bersorak kegembiraan. Usahanya berbaloi juga. Penat lelah belajar siap malam akhirnya membuahkan hasil yang sangat memuaskan untuk dirinya. Tidak lupa juga pada suaminya yang banyak membantu.

   "Tapi..." Busyairi sudah terdiam.

   "Tapi apa bang?" Hanisah sudah membalas. Takut pula dia melihat perubahan muka suaminya daripada gembira bertukar serius.

   "Kenapa Bahasa Melayu sayang dapat B?" Terluah juga apa yang terkandung dalam hati Busyairi.

   "Abang, Hanis minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat skor BM ni. Hanis tahu subjek ni lah yang abang nak tengok Hanis dapat A kan." Wajah Hanisah turut hampa. Hanisah terus menarik tangan suaminya lalu dicium berkali-kali. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.

   "Takpalah. Keputusan pun dah dapat. Tapi abang sangat-sangat bangga dengan sayang tau!" Busyairi menceriakan semula suaranya.

   "Nasib baik B+ tau. Kalau tidak nanti abang suruh sayang repeat balik paper masa ulangan bulan Julai nanti."

   "Alhamdulillah abang. Terima kasih tau untuk segalanya. Banyak abang bantu Hanis." Hanisah berasa sebak tiba-tiba.

   "Hanis tak dapat bayangkan camana kalau abang takde. Mesti Hanis tak ambik SPM lagi kan selepas kemalangan dulu."

   "Abang memang ditakdirkan untuk sayang. Hadirnya abang pasti ada sesuatu yang Allah nak suruh abang buat. Antaranya adalah bantu isteri abang ni untuk capai cita-cita apa yang dia nak. Alhamdulillah sekarang cita-cita sayang hampir untuk dicapai. Sayang doakan abang ya moga-moga abang dapat realisasikan impian sayang." Kata Busyairi. Airmatanya yang jatuh terus diseka laju-laju.

*********************************
Beberapa bulan kemudian...

   "Tak sangkanya abang, sayang nak pergi belajar jauh-jauh tinggalkan abang."

   "Kenapa? Takut rindu ya?" Hanisah terus mengemas kain bajunya dan terus memasukkan pakaiannya di dalam bagasi.

   "Yelah. Nanti abang kena duduk sorang-sorang balik. Takutlah abang. Mazlan pun takde kat sini. Siapa nak teman abang ni sayang?"

   "Alolo mengadanya suami saya seorang ni. Bila masa abang jadi macam ni? Tiba-takut bagai. Abang bagi ke tak Hanis pergi ni?" Tanya Hanisah untuk mendapatkan kepastian.

   "Abang izinkan sayang pergi. Abang nak sayang belajar rajin-rajin. Pastikan dekan setiap sem. Hanis jauh daripada abang untuk masa 3 tahun tahun tau. Bukan sekejap. Tapi lama. Sayang ingat pesan abang, solat jangan tinggal ya. Itu kunci kejayaan seorang manusia. Kalau solat pun tidak camana Allah nak bantu kan." Busyairi sudah mengusap rambut isterinya yang ikal mayang itu.

   "Hanis faham abang. Hanis akan ingat segala pesan abang. Yang penting Hanis nak abang redakan sayang pergi ya. Jangan menangis macam ni. Camana Hanis nak pergi kalau abang dah macam ni?" Hanisah terus memujuk suaminya.

   "Mana ada abang menangislah sayang." Cepat-cepat Busyairi mengelap airmatanya.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now