BAB 5

1.4K 48 0
                                    

   Hanisah baru sahaja selesai solat subuh. Alhamdulillah, dia kini sudah pulih daripada demam denggi yang dihadapinya beberapa hari lepas. Dia sudah bersedia untuk hadir kembali ke sekolah selepas dimasukkan ke hospital beberapa yang lalu. dia hadir ke sekolah dengan semangat baru kerana beberapa bulan lagi SPM bakal tiba. Dia telah berazam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana masanya sudah suntuk. Dia kini tidak mahu bermain-main lagi kerana dia perlu melangsaikan misi untk mencapai cita-citanya suatu hari nanti dan mengubah nasib keluarganya.

   "Ibu, Nisah pergi sekolah dulu ya!" Laung Hanisah kuat.

   "Tak nak makan dulu ke?" Jawab Puan Nafisah.

   "Takpalah ibu, dah lambat ni." Jawab Hanisah yang sedang sibuk mengikat tali kasutnya. Puan Nafisah hanya mengangguk saja.

*********************

   Maisarah berlari-lari menuju kepada sahabat baiknya itu. Dia ingin saja meminta maaf kerana tidak dapat melawat Hanisah di hospital tempoh hari. Sejujurnya, Hanisah tidak terasa hati pun apabila Maisarah tidak datang melawatnya. Dia faham Maisarah terpaksa menjaga bapanya yang sedang sakit selepas sahaja dia pulang dari sekolah. Kadang-kadang saja dia dapat keluar untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan yang lain.

   "Takpa, aku faham keadaan kau. Nanti kalau kau datang melawat aku, sapa nak jaga ayah kau?" Jawab Hanisah sambil memandang wajah sahabatnya yang dirindu itu dengan senyuman yang terukir dibibir.

   "Terima kasih sebab kau faham keadaan aku Nisah." Jawab Maisarah tersenyum.

   Hanisah dan Maisarah begitu banyak persamaanya. Hanisah kehilangan ayah manakala Maisarah pula kehilangan ibu kira-kira setahun yang lalu. Tapi peristiwa malang yang menimpa sahabatnya itu apabila ayahnya terkena serangan angin ahmar selepas tiga bulan arwah ibunya meninggal. Maisarah mempunyai dua beradik dan kakaknya sedang menyambung pelajarannya di London sejak dua tahun yang lalu. Jadi, Maisarah terpaksa bekerja di kedai makan untuk mengurangkan beban keluarga. Namun, Hanisah tetap hormat pada sahabat baiknya apabila dia tidak pernah tidak hadir ke sekolah dan kerja sekolahnya tetap siap walaupun dia terpaks memikul beban keluarga.

   "Terima kasih tau sebab kau dah Whatsapp aku segaka kerja sekolah tu. Aku dah siap semuanya!" Bersorak Hanisah kerana dia berjaya melangsaikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru sepanjang ketidakhadirannya di sekolah.

   Maisarah hanya memandang muka sahabatnya itu dengan pandangan yang pelik. Rajin pulak dia ni siapkan kerja sekolah. Kalau tidak, dia hanya menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Busyairi saja. Yelah, dalam ramai-ramai guru yang mengajar kelasnya, Cikgu Busyairilah yang paling garang sekali. Maklumlah, dah nama pun guru disiplin kan? Sudah tentulah semua pelajar takut padanya.

   "Kenapa pandang aku macam nak telan je?" Rajuk Hanisah.

   "Tak tak. Aku pelik dengan kau ni. Sejak bila kau rajin buat kerja sekolah ni? Setahu aku, dalam kelas tu kaulah yang paling malas dan selalu tak siapkan kerja sekolah. Kau buang tebiat ke apa ni Nisah?" Jawab Maisarah hampir-hampir nak tergelak.

   "Ye, aku dah insaf sejak aku sakit haritu. Kau jangan nak gelak pulak Sarah. Aku ni takdelah malas mana pun. Cuma cikgu-cikgu je yang anggap aku ni pemalas." Jawab Hanisah muka meluat.

   "Lagipun tinggal beberapa bulan je lagi nak SPM kan. Aku pun nak berjaya macam orang lain juga." Tambah Hanisah lagi. Maisarah hanya mengangguk tanda faham. Gembira rasanya apabila Hanisah berubah seperti ini.

   "Moga kau berjaya, sahabat! Camana pun perangai kau, kau tetap sahabat aku dunia akhirat." Doanya didalam hati.

**********************

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now