Busyairi datang ke tapak perhimpunan dan mencari Hanisah. Matanya asyik mencari-cari kelibat Hanisah di tapak perhimpunan namun tiada. Masa tinggal lagi sepuluh minit saja lagi sebelum perhimpunan dimulakan.
Setelah beberapa saat Busyairi menunggu di belakang barisan kelas 5 Sains 2 itu, dia terus nampak kelibat Hanisah yang sedang berlari-lari anak menuju ke tapak perhimpunan.
"Huh, mujur tak lewat harini!" Katanya di dalam hati.
Busyairi sudah berjalan dan berada di belakang Hanisah. Baru saja Hanisah mahu berpaling untuk membeli air mineral di kantin, dia terus terkejut melihat Busyairi yang sudah tercongok di belakangnya. Busyairi memerhatikan dirinya dari atas hinggalah ke bawah.
"Lagi 10 minit perhimpunan nak mula, mujur awak tak lambat. Kenapa awak berpeluh-peluh ni?" Busyairi memandang Hanisah lagi.
"Maaf cikgu, motor saya rosak. Jadi saya terpaksa naik bas tambang je. Abang saya tak dapat nak hantar sebab dia kerja syif malam. Jadi dia tak balik lagi." Jawab Hanisah. Busyairi tahu abangnya bertugas sebagai anggota polis kini. Faham sangat kerja polis ni camana memandangkan ayahnya juga dulu seorang anggota polis.
"Takpalah, lepas ni awak jumpa saya kat bilik disiplin selepas perhimpunan ni. Jangan lambat!" Busyairi sudah memberi amaran kepada Hanisah.
"Ada apa cikgu?" Soal Hanisah.
"Adalah benda saya nak bincangkan dengan awak. Sekejap je. Bukan lama pun." Balas Busyairi acuh tak acuh. Namun daripada riak wajahnya, Hanisah nampak wajah kegembiraan Busyairi pada pagi ini. Hari ini adalah hari pertama persekolahan selepas bercuti selama dua minggu.
"Baik cikgu.'" Balas Hanisah ringkas. Dia sudah melihat Busyairi yang sudah menaiki tangga untuk masuk ke biliknya. Pelik betul dia kenapa Busyairi nak jumpa dia pagi-pagi ni. Rasanya dia takde buat salah pun tadi. Haih, hairan!
********************
Berdebar-debar hati Hanisah apabila hendak berjalan ke bilik disiplin. Nak ajak Maisarah, tapi Busyairi tak benarkan dia bawa sesiapa. Hanya datang seorang saja. Hanisah reda sajalah sekiranya ada buat kesalahan tanpa sedar sebelum cuti sekolah baru-baru ini.
Hanisah sudah mengetuk pintu bilik disiplin itu. Busyairi sibuk tengah sibuk mencari sesuatu di almari tempat letaknya fail-fail itu. Namun dia memberanikan diri untuk mengetuk pintu bilik disiplin itu sebelum masuk.
"Haa Hanisah. Masuklah.." Pelawa Busyairi yang sudah tersenyum manis ke arahnya. Hanisah membalas senyuman Busyairi.
"Ada apa cikgu panggil saya ni?" Hanisah terus menyoal Busyairi kerana dia mahu cepat-cepat mahu masuk ke kelas kerana sekarang adalah waktu Sir Syahir yang mengajar subjek Addmath. Tambah-tambah subjek Addmath adalah subjek kesukaannya.
"Kenapa awak tak balas mesej saya?" Soal Busyairi. Pelik benar Hanisah dengan soalan Busyairi. Panggil ke bilik disiplin bukan main serius lagi. Tapi itu je soalan yang dia nak tanya?
"Telefon saya rosak cikgu." Balas Hanisah dengan nada yang malas.
"Ohh." Balas Busyairi semula.
"Ada apa-apa lagi soalan cikgu? Saya nak masuk kelas cepat ni. Sekarang subjek favourite saya ni." Soal Hanisah serius.
"Oklah awak boleh masuk kelas." Balas Busyairi.
"Cikgu panggil saya ke sini nak tanya soalan tu je ke?" Soal Hanisah semula. Busyairi mengangguk. Rasa nak marah saja kat Busyairi ni!
"Maaf cikgu saya nak cakap sikit. Cikgu marah tak kalau orang ganggu masa cikgu dengan bertanyakan soalan-soalan bodoh macam ni?" Berkerut-kerut dahi Busyairi atas soalan yang diajukan oleh Hanisah.

YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomansaBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...