Hari ini Busyairi sudah dibenarkan keluar daripada hospital. Badannya sudah semakin sihta walaupun batuknya masih berbaki sedikit lagi. Sakit kepalanya juga sudah hilang dan tekanannya darahnya juga sudah back to normal. Bermakna hari Jumaat ini dia sudah dibenarkan untuk kembali bertugas di sekolah semula seperti biasa.
"Kau okay dah ke Ri?" Soal Mazlan yang sedang memandu kereta itu.
"Aku okay dah. Kenapa?" Busyairi sudah memandang Mazlan dengan wajah yang pelik.
"Kau tak rindu ke buah hati kau kat sekolah tu? hari-hari aku nampak dia tertunggu-tunggu kau kan?" Balas Mazlan.
"Betul ke kau ni Lan? Kau jangan nak tipu akulah. Aku tau dia camana. Aku je yang beria excited jumpa dia. Tapi dia relax je macam aku ni tak penting dalam hidup dia." Busyairi sudah memandang keluar kereta.
"Betullah Ri. Masa aku bagitahu kat budak-budak kelas kau yang kau masuk hospital haritu, aku tengok muka dia risau gila Ri. Yang lain pun sama. Diorang ada tanya aku kau masuk hospital mana. Tapi aku tak bagitahu pun sebab aku taknaklah diorang ganggu kau nak rehat." Jelas Mazlan.
"Takpalah Lan. Esok aku pergi sekolah aku jumpa jugak diorang. Thanks tau sebab kau sanggup ganti kelas aku selasa haritu. Rugi masa aku harini Lan. Sepatutnya aku ada masa dua jam kat kelas diorang. Boleh aku ajar balik camana nak buat karangan tu." Jelas Busyairi dengan nada yang begitu kesal.
"Kau kena fikir pasal diri kau dulu Ri. Badan kau baru nak sihat kau dah fikir benda negatif macam ni. Karang naik balik tekanan darah kau. Lek lek sudahlah Ri. Aku nak bagitahu kau ni, karangan yang kau bagi diorang hari selasa haritu aku dah tolong semakkan. Jadi kau takyah fikir apa dah lah." Balas Mazlan dengan nada yang menceriakan.
"Banyak dah aku menyusahkan kau Lan." Balas dengan ringkas dengan kesedihan yang terpancar diwajahnya.
"Eh Ri, takde apalah. Aku ikhlas tolong kau ni. Nanti kalau aku susah kau tolonglah aku pulak. Boleh kan?" Mazlan sudah menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.
Busyairi hanya mengangguk. Mazlan memimpin tangannya dan terus membawa Busyairi masuk ke dalam rumah. Busyairi terus menuju ke biliknya dan mencapai tuala untuk mandi. Dia terus sahaja masuk ke dalam bilik air swngan membiarkan telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Selesai sahaja dia membersihkan diri, Busyairi terus menunaikan solat Asar sebelum kembali berehat di katilnya sambil membelek telefonnya.
"Ri, nanti kau makan ya. Aku daah sediakan makanan kau kat dapur tu. Lepastu jangan lupa makan ubat eh." Mazlan mengingatkan sahabatnya. Busyairi hanya mengangguk saja tanpa menegeluarkan sepatah kata.
Busyairi melihat mesej yang dihantar oleh buah hatinya yang dirindui kini. Dia tersenyum sambil memandang mesej itu. Ya, mesej itu dari Hanisah, bakal isterinya. Busyairi terus membalasnya sebelum keluar dari bilik untuk makan. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah pintu bilik dan terus memusing tombol pintu itu.
Cikgu sihat?- Hanisah.
Aik tetiba mesej saya ni. Rindu ke?- Busyairi.
Mana ada rindu. Saya nak pastikan cikgu kesayangan saya ni sihat je.- Hanisah.
"Betul ke Hanisah ni? 'Kesayangan'? Apa maknanya? Adakah Hanisah sudah membalas cintanya yang dalam diam itu?" Busyairi sudah mencium telefonnya. Memang sah dia sedang angau bercinta!
Rindukan saya ke tu?- Busyairi.
Mana ada! Jangan mengarutlah cikgu! Dahlah saya nak buat kerja sekolah ni. Jangan lupa makan ubat ya!- Hanisah.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...